Telefon Farhan berdering dengan kuat. Farhan mengangkat panggilan itu.
"weyh Han. Datang tempat biasa." Farhan sudah dapat meneka itu siapa. Yeah itu Aayan. Kawan baiknya dari sekolah rendah sampailah dia lulus sekolah.
"Pahal tiba-tiba je?" tanya Farhan. Dia pelik tapi dia tidak menunjukkan reaksi apa pun.
"Tch. Datang jela. Aku tunggu. Apik pun ada" balas Aayan dan dia terus mematikan panggilan itu.
"Gila." Sepatah sahaja Farhan balas selepas panggilan itu di tamatkan. Dia pergi ke ibunya.
"Mommy Kiki pergi jumpa kawan dulu." Farhan menyalam tangan lembut wanita itu dan terus berlalu pergi. Puan Bella sudah pelik dengan anak lelakinya itu. Nak dikatakan panik wajahnya tidak menunjukkan apa apa reaksi. Dia mengabaikan apa yang di fikirkannya tentang anak lelakinya itu dan dia terus menolong Yani yang sedang memasak di dapur.
♠️♠️♠️♠️
Farhan sudah sampai di tempat yang selalu dia dan kawan kawanya melepak. Dia memandang satu motor berwarna hitam.
Farhan masuk ke dalam rumah yang tidak lah usang tapi tidak digunakan lagi. Dia memandang Aayan yang sedang duduk sambil bermain game mobile lagend tanpa menyedari kehadiran Farhan.
Aayan yang baru perasan kehadirannya tersenyum kecil. Farhan terus mengambil tempat disebelah Aayan.
"Kenapa kau suruh aku datang sini? and motor siapa warna hitam kat luar tu? nak kata motor kau, motor kau warna biru tua." Farhan menanyakan soalan yang berada di fikirannya.
"Aku suruh kau datang sini sebab aku tau kau bosan terperap kat rumah je. Pasal motor tu aku tak tahu sebab motor tu dari semalam ada kat situ." balas Aayan.
Farhan hanya menangguk faham. "Cina celup tu mana? tak nampak pun batang hidung dia dari tadi." tanya Farhan.
"Cina celup, cina celup, aku ada namalah gila" jawab Rafiq yang baru sahaja munculkan diri. Dia sudah lama geram dengan Farhan yang selalu memanggilnya cina celup.
"Btw Han, lain kali kalau nak letak mayat jangan letak dekat dapur menyusahkan aku je nak bawak mayat tu pergi belakang rumah." Rafiq kembali berbicara.
"mayat? bila masa aku bunuh orang ni?" tanya Farhan. Rafiq memandang Farhan pelik. Aayan juga turut memberikan reaksi pelik.
Bam!
Mereka bertiga menoleh ke arah bunyi tersebut. Rafiq dan Aayan sudah terkejut melihat seorang perempuan yang berambut panjang masuk ke dalam rumah itu menggunakan pintu belalang.
Farhan pergi ke perempuan itu. Rafiq dan Aayan sudah menelan air liur. Mamat ni memang tak takut mati. Itu sahaja yang berada di fikiran Rafiq dan Aayan.
YOU ARE READING
Farhan & Alexa
Roman pour AdolescentsHati farhan yang terlalu beku dan tiada sesiapa dapat mencairkan hati bekunya termasuk keluarganya sendiri. Suatu hari dimana tempat Farhan melepak dengan kawan kawannya, dia berjumpa dengan gadis yang tak pernah dia kenali selama ini. Tetapi kenapa...