Rafiq menghulur secawan kopi ke Farhan. Farhan mengambil cawan kopi itu tanpa memandang Rafiq sama sekali.
Aayan dan Rafiq memandang satu sama lain. Mereka cuba untuk melihat muka Farhan tetapi Farhan dari tadi hanya memandang lantai rumah itu.
"Carikan aku perempuan." Farhan mula bersuara tetapi bagi Rafiq dan Aayan, apa yang dikatakan Farhan itu mustahil.
"Bodoh. Kau fikir cari perempuan macam cari motor?" Balas Rafiq. Mau tak geram dibuatnya. Dah lah dari tadi senyap je sampai buat orang risau pastu tetiba minta carikan perempuan.
"tapikan, cari motor pun susah sekarang." Aayan tiba tiba bersuara. Ini pun satu juga. Sengal kalau boleh level max.
"tolong lah gila. aku ada seminggu ni je." Farhan mula bersuara. Aayan dan Rafiq tertawa mendengar jawapan Farhan.
Dapat melihat muka Farhan sudah merah tanpa reaksi itu membuatkan Rafiq dan Aayan semakin terbahak-bahak ketawa.
"Sial, aku tak memain gila." Balas Farhan. Rafiq dan Aayan terus terhenti ketawanya.
"O...ouh. kau tak main main rupanya." Balas Aayan. Farhan memandang mereka berdua dengan mata yang tidak puas hati. Rafiq dan Aayan sudah telan air liur.
pak! pak!
Rafiq dan Aayan mengusap kepala mereka yang dihepuk dengan sarung tangan motor itu (tak tau nak sebut benda tu macam mana).
"Sekarang ni, boleh tolong ke tak?" Tanya Farhan. Rafiq dan Aayan menganggukan kepala mereka. Farhan menunjukkan ibu jarinya sebagai tanda 'ok'.
♤♤♤♤
Farhan hanya melihat sahaja kawan kawannya mencari latar belakang semua perempuan yang ada di kawasan situ.
"Ha. Aku dah jumpa." Rafiq mula bersuara. Farhan hanya memerhati.
"Nama dia Mirza Alexa, Umur dia 20 tahun and dia belajar dekat Internasional Medical University (IMU)." Rafiq bersuara kembali.
'Budak medic? menarik.' bisik hati Farhan. Rafiq memandang Farhan yang sedang mengelamun sendiri. Entah dia dengar ke tidak tu.
"Oi. Dengar tak?" Tanya Rafiq. Farhan hanya mengangguk. Rafiq menggelengkan kepalanya sahaja melihat Farhan.
"Dia tinggal dekat mana?" tanya Farhan.
"Ermm...Dia tinggal dekat jalan xxx." Balas Rafiq. Farhan hanya menganggukkan kepalanya.
YOU ARE READING
Farhan & Alexa
Teen FictionHati farhan yang terlalu beku dan tiada sesiapa dapat mencairkan hati bekunya termasuk keluarganya sendiri. Suatu hari dimana tempat Farhan melepak dengan kawan kawannya, dia berjumpa dengan gadis yang tak pernah dia kenali selama ini. Tetapi kenapa...