Farhan & Alexa ♤

19 2 0
                                    

Aayan pergi ke Farhan yang sedang termenung sambil memandang telefonnya. Dia teragak-agak untuk pergi ke Farhan. Kalau dia pergi mungkin dia akan dia maki hamun tapi kalau dia tak pergi nanti keseorangan pula kawan baiknya itu.

"Oi! Kau termenung apa?" tanya Aayan. Farhan yang mendengar jerkah terus menutup telefon pintarnya dan memandang ke arah Aayan.

"Kau memang tak reti nak bagi salam ke? Jerkah macam tu je." Balas Farhan dengan nada dan riak wajah yang tak dapat ditafsirkan.

Aayan yang mendengar apa yang dibalas Farhan hanya mampu tertawa kecil.

"Haha. Btw kau tengok apa? tekun je." tanya Aayan sekali lagi. Farhan yang mendengar soalan Aayan tadi terus memandang telefon pintarnya dan memandang Aayan semula.

"Ouh. aku just tengok galeri aku. saja nak kosongkan storage." Jawab Farhan dengan biasa. Aayan yang mendengar jawapan Farhan hanya mengangguk sahaja.

"Ha weyh. Kau tak nak try ke minah tadi tu? Comel je aku tengok minah tadi." Aayan bersuara kembali.

"Malas aku. Tapi dia siapa?" Tanya Farhan. Aayan yang mendengar soalan Farhan memandang Farhan dengan pelik. First time kawannya ini tanya pasal orang. Selalunya dia yang paling tak peduli dengan orang.

"Entah lah. Mungkin apik tambah budak baru, tapi tak akan lah perempuan." Balas Aayan. Dia jugak hairan. Tak akanlah budak baru. Selalunya kalau salah seorang tambah didalam kumpulan mereka mestilah Rafiq akan bagitahu mereka dahulu.

"Nanti pepandailah kau tanya dengan cina celup tu. Aku nak pergi makan" Balas Farhan dengan selamba. Aayan hanya menunjukkan ibu jarinya.

Farhan & AlexaWhere stories live. Discover now