Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Jeda. Bunyi ombak menyapa gegendang telinga. Punggung dihenyakkan pada pasir pantai. Tangan kanan pula memeluk tangan kiri Arjuna. Kepala dilentokkan pada bahu kiri Arjuna. Sungguh, ini yang aku mahu sekiranya aku berhoneymoon.
Kalau ikut jam di Itali, sekarang ini sudah masuk pukul sepuluh malam. Lama juga kami bersiar-siar di Puglia. Tapi, tidak pada aku. Bagi aku, semua ini bagaikan sekelip mata. Sekejap saja, semua yang berlaku pada hari ini sudah menjadi kenangan padaku.
Aku angkat kepala pandang wajah Arjuna. Saja nak tatap lama-lama wajah dia. Tanpa sedar, aku mula mengukir senyuman.
"I love your eyes," aku berkata jujur. Bila pandang lama-lama anak mata Arjuna, makin terpukau aku jadinya.
Automatik kepala Arjuna berpaling ke arahku. Dia renung anak mataku dalam-dalam. Senyuman manis mula terukir dibibirnya.
"Really? Well, me too." Dia membalas.
Makin lebar senyumanku, buatkan aku rasa nak cium dia sekarang ini juga. Aku ambil patung beruang kecil yang Arjuna berikan kepadaku di depan kedai patung. Tiba-tiba rasa lucu apabila teringatkan semula cara dia melamarku. Comel dan lucu. Aku tunjukkan patung itu kepada Arjuna.
"Patung ni sebiji macam abang," ujarku seraya membelek-belek patung itu.
"Apa yang nampak sebiji tu?" Soalnya.
"Nampak buruk. Sama macam muka abang. Tiap-tiap hari tengok rasa nak muntah. Nasib Laila boleh tahan." Autaku. Saja nak menyakat.
Apabila rasa tangan Arjuna seperti bergerak-gerak, terus aku bangun. Pandang dia sebelum mulakan larian pecut. Muka Arjuna jelas kemerahan, tahan geram rasanya. Haha.
"If I caught you, you will totally regret about what you just said!" Arjuna berkata lantang. Suaranya jelas kedengaran walaupun aku berada dalam anggaran tiga puluh meter jauhnya.
Huh.. aku tak takut. Dekat sekolah dulu aku merupakan pelajar perempuan yang paling laju tahu! Tak mungkinlah aku akan kalah.
Dari jauh aku melihat Arjuna mulakan lariannya. Fuh, laju mat! Automatik aku juga berlari jauh daripadanya. Tak nak kena tangkap. Silap-silap kalau kena tangkap, dia minta aku belanja macam-macam. Bukannya aku dapat jangka pun apa yang berada di dalam benak seorang lelaki bernama Arjuna.
"You can't caught me!" Aku mencabarnya.
Makin dia dekat denganku, makin aku menjauh daripadanya. See, inilah kelajuan seorang Rozana Laila. No counter tahu.
Aku berlari jauh sehinggakan aku terlanggar pasangan sejoli yang aku langsung tak sedar sedang berjalan di depanku. Inilah padahnya jika berlari tak pandang depan. Kan dah mendapat.
Masuk hari ini, sudah tiga kali aku melanggar orang. Apalah nasib. Lepas ini boleh lah rasanya ubah nama aku menjadi 'Laila Si Buta Jalan'.
Nasib langsung tak menyebelahi aku kali ini. Aku jatuh tersungkur hampir mencium pasir. Nasiblah pasir ini lembut. Kalau tak, dah luka tapak tangan aku sekarang ini.