Deer 0-1

429 43 11
                                    

•••Gramofon memutarkan piring hitam untuk memainkan lagu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••
Gramofon memutarkan piring hitam untuk memainkan lagu. Ruangan tamu itu bergema dengan alunan muzik dipasang. Irama bermain diikuti dengan kaki mengikut rentak tari. Kasut tumit merah itu sepadan dengan gaun merah milik Maya serta mengenakan bibir merah delimanya.

Satu tangan melingkari pinggang milik wanita itu. Jarak antara dia dengan cintanya itu tiada pun menghalang. Senyuman kekal bersinar di wajah dua mempelai itu.

'Whisper in my ear, baby'

'Words I want to hear'

'Tell me,'

'tell me that you love me too'

'tell me that you love me too'

"Dengar tu rusa Areeq? Cepat bagitahu Areeq yang Dear pun sayang Areeq," bisik Areeq manja di telinga Maya, rusa kesayangan Areeq.

Bidang dada Areeq yang luas ditampar puas oleh tangan kecil Maya. Mendongak dia melihat wajah suaminya. Tertawa Areeq mendekati wajahnya dengan Maya. Dahi mereka saling bersandar antara sama lain.

"Maya tak bagitahu pun, Areeq tahukan yang Maya sayangkan Areeq?" Semakin erat tangan kekar Areeq menggenggam tangan mulus milik Maya.

"I know, Dear."

Tertawa mereka serentak di dalam dakapan. Mata Areeq tatap bibir mungil tercalit gincu itu. Perlahan naik ke mata bersinar Maya yang sama menatap wajahnya.

Perlahan genggaman tangan mereka Maya leraikan. Gramofon yang masih berputar piring hitamnya dihentikan. Kusyen di belakang mereka Areeq duduk terlebih dahulu diikuti Maya di sebelah.
Ruang itu menjadi sepi seketika. Tapi dalam sepi itu tangan Areeq mencapai tangan lembut Maya.

Jari telunjuknya menari di atas tangan Maya membuat bentuk hati. Senyuman cuba ditahan Maya bila suaminya buat begitu.
Perlahan Areeq dekatkan tubuhnya dengan Maya. Kepala Maya disandarkan tepat di atas bidang dadanya yang luas. Tepat telinga Maya dapat dengar degupan jantung milik Areeq.

Setiap degupan khas buat Maya.
Hanya Maya.

"Maya tak bosan ke dengar lagu ni?"

"Maya tak pernah bosan dengar lagu ni!" Kata Maya buat Areeq tertawa.

Lembut ubun-ubun milik Maya dibelai. Daripada pandangan Areeq hanya nampak ubun kepala milik Maya yang tersandar di dada miliknya. Dan pandangan itu hanya buat Maya.

Wanita yang paling dia sayang dan cinta. Tiada siapa yang boleh ganti tempatnya yang sudah bertahta di hati Areeq. Datanglah wanita lain tak dapat lawan manja Maya. Memandangkan hanya Maya sahaja yang dia ada sekarang. Perkahwinan sepuluh tahun mereka kekal hanya kerana Areeq berikan sepenuhnya cinta buat Maya.

"Areeq, nak cakap ni. Dengar!" Dada Areeq sebelah ditepuk pula Maya.

"Ya, Dear. Cakap je Areeq dengar."

"Katakan eh, kalau Maya kata Maya tak sayang Areeq nanti. Jangan percaya tau," Areeq tertawa dengan pesanan Maya itu.

Karut baginya.

"Dear saya ni mana pernah nak serius. Kalau Maya kata macam tu maksudnya dia merajuk dengan Areeqlah tu."

"Ish, betul-betul!" Terbangun Maya daripada sandaran di dada Areeq.

Bibir mungil bergincu merah delima itu muncung ke hadapan memandang Areeq tidak berpuas hati.

"Betullah!"

"Malaslah nak cakap dengan Areeq!" Maya berura-ura untuk bangun tapi pergelangan tangannya laju ditarik Areeq. Badannya jatuh ke dalam dakapan Areeq kembali di kusyen.

Daripada atas, Areeq boleh nampak telinga milik Maya berona merah.

Tawa perlahan terlepas.

"Dear, Areeq tahu Maya Areeq ni macam mana. Okay, Areeq tak akan percaya kalau Maya kata macam tu."

"Promise?"

"Promise," balas Areeq lalu mendaratkan dagunya di atas kepala Maya yang di dadanya.



•••
Lena Areeq terganggu apabila hidung terbau sesuatu yang hangit di dapur. Buka sahaja matanya kelibat Maya di sebelah katil kosong. Kalut dia turun daripada katilnya berlari ke arah dapur.

Perkataan pertama yang terlintas di bibir jejaka itu, "MAYA!"

"Areeq!" Sedar Maya nampak Areeq sudah berdiri di pintu dapur.

Asap tebal berkepuk-kepuk daripada kuali. Terus lengan Maya ditarik menjauhi dapur yang berasap.

Berlari dia ke bilik air. Terisi penuh saja air dalam gayung terus Areeq menyimbah ke kuali itu. Hilang saja asap daripada kuali Areeq laju pusingkan api dapur untuk dimatikan tapi sudah sedia tidak hidup api di dapur. Isi kuali pula dia pandang. Hanya ada pancake hangus yang sudah basah dengan air.

Maya masak pancake.

"Areeq! Maya tengah masak!" Jerit Maya lihat kuali dan pancake yang dibuat olehnya sudah habis basah.

"Maya masak?"

"Yalah!" Terhambur tawa Areeq dengan situasi sekarang. Dia ingatkan dapur terbakar. Rupanya bau pancake hangus sahaja.

"Jahatlah ketawakan Maya!"

Air mata di tubir mata Areeq kesat hilangkan rasa geli hatinya. Maya di hujung dia dekati. Pinggang ramping milik Maya didakap. Melawan Maya tiada guna dengan kudrat milik Areeq itu. Pasrah sajalah walaupun geli tidak tahan pinggang diusik.

Tubuh ringan Maya Areeq letakkan di atas kabinet sebelah sinki. Kini tubuh Maya terkunci antara lengan kekar Areeq.

"Dear, Dear, Dear, muncung pun comel."

Maya diam tidak menjawab. Areeq masih tersenyum tepat di hadapan wajah Maya. Perlahan juga mata Maya akhirnya memandang Areeq di hadapan. Tidak dapat tahan mata bila suaminya belanja tubuhnya tidak berbaju.

"Pakailah baju!" Maya tolak bahu Areeq ke belakang tapi tidak seinci pun Areeq bergerak.

"Untuk my dear tak haram pun," berona merah seluruh wajah Maya.

"Okay, tell Areeq nak makan apa? Areeq buat."

"Kesian Areeq. Dahlah kahwin dengan perempuan tak pandai masak. Masak pun suami dia masak. Mesti Areeq menyesalkan?"

Tawa lagi sekali Areeq lepaskan, "Tapi isteri Areeq ni comel. Tak kesian ke dengan Areeq nak tahan kecomelan Maya?"

"Ish, orang serius ni!"

"Seriuslah ni!"
Dan begitulah hari-hari dua mempelai yang dilamun cinta setiap hari.

tbc

My Dear Deer, Maya ©Where stories live. Discover now