Deer 0-5

191 32 3
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...

"Dear?" Panggil Areeq di dapur.

Tiada sahutan daripada Maya. Lebih musykil setiap ruang rumah kosong. Pintu utama pula terkunci tiada tanda Maya keluar.

Kembali resah hati seorang Areeq bila Maya hilang daripada pandangan.

Kembali dia mencari di tempat lain.

"Maya!"

"Maya man-" kaki Areeq berhenti melangkah bila lihat pintu bilik melukisnya sedikit terbuka.

Buka pintu dan tubuh Maya berdiri di tengah ruang bilik. Perhatikan setiap sudut bilik.

Areeq dekati isterinya. Maya perasan kehadiran Areeq di belakang berpusing bersama senyuman manis di wajah. Tangan Maya Areeq pimpin.

"Areeq, boleh tak lukis diri Areeq dan penuhkan semua ruang bilik ni dengan gambar Areeq?" Soal Maya buat sebelah kening Areeq ternaik.

"Tapi Dear, gambar Dear lagi indah dari Areeq. Kenapa kena tukar muka Areeq yang macam Shrek ni?"

Tawa Maya lepaskan. Pipi Areeq diusap, "Areeq kacak. Areeq hensem, Areeq tampan. Tak macam Shrek pun!"

"But you're the most beautiful woman I've seen."

"Goes same to you, Areeq!"

Areeq tergelak sambil menggeleng kepala. Tangan Maya yang mengusap wajah Areeq dicapai kembali kepada genggaman.

"Pleaseee?" Pinta Maya manja. Runtuh segala dinding jiwa Adam milik Areeq bila ratu hati buat begitu.

"Tapi..."

"Eyy, tapi! Tapi! Ingat! Areeq hensem! Hensem buat Maya seorang. Kalau Maya lupa muka Areeq macam mana?"

Senyuman Areeq mati. Dia lupa yang Maya bakal lupa segalanya. Termasuk Areeq. Tangan naik ke wajah Maya. Kedua ibu jari mendarat pada kelopak mata Maya buat pandangan Maya gelap.

Maya diam tidak melawan. Dia dapat rasa hangat ibu jari Areeq.

Tapi hakikatnya, Areeq tak mahu Maya nampak wajah sedihnya.

"Okay, only for Maya. Hanya Maya boleh tengok."





...
Maya diam membisu menunduk kepala ke bawah. Tangan yang bersilang di belakang saling menari bersama hilangkan resah.

Lelaki yang berpangkat bos tak berhenti melepaskan amarah kepada Maya. Hati kecil itu hanya diam menangis tahan air mata sebenar terjurai bersama.

Bukan hal besar pun Maya buat. Cuma dia lupa hidangkan kopi yang jadi tugasnya sentiasa.

Entah macam mana dia boleh lupa hal itu hari ini.

Terasa tangan yang dibelakang berlaga dengan kulit kasar seseorang. Mencuri pandang sedikit dia di belakang. Areeq di meja belakang tersenyum sambil bermain tangan Maya.

"Saya harap awak tak lupa benda lain selepas ni, Maya."

Maya hanya mengangguk. Pergi sahaja lelaki itu terus Maya ambil tempat duduknya. Areeq di sebelah tolak kerusinya dekati Maya meja sebelah.

Kedua keningnya naik serentak bersoal tanpa soalan.

Ibu jari Maya pula bergerak tuju ke pantri. Areeq faham isyarat itu bangun menuju dahulu ke pantri sebelum Maya. Orang ramai sudah pandang Maya yang baru sahaja dimarahi bos.

Maya yang ekori daripada belakang Areeq perlahan menutup pintu pantri. Muncung tak perlu kata. Memanjang kalah itik.

"Maya lupa buat kopi je bukan buat kerja," kata Maya sudah berkaca matanya.

Memandangkan hanya ada mereka suami isteri, Areeq datang dekat dengan tubuh Maya. Ubun-ubun rambut Maya dibelai lembut.

"Nak Areeq marah bos pula ke?"

"Eyy, Areeq gila ke?"

Tawa Areeq hamburkan perlahan dengan nada berbisik. Lapisan antara dinding pantri pejabat itu tidaklah tebal. Dengar orang luar nanti.

Tanpa berbunyi satu seretan pun terus pinggang Areeq dilingkari tangan kecil Maya. Kepalanya tepat berdarat di dada Areeq. Telinganya tepat dengar bunyi degupan hangat jantung Areeq.

"Energy boost?"

Hanya anggukan Maya menjawab. Pelukan itu Areeq balas.
Erat buatkan lebih jelas gegendang Maya disapa degupan jantung Areeq.

"My Dear Maya," kata Areeq berbisik tepat di telinga Maya.

"My dear deer, Maya."

"Maya Areeq punya."

"Selamanya," langsung tidak berona merah pun wajah Maya bila Areeq berbisik dengan kata-kata magis itu.

Energy boost.

Hanya khas Areeq buat untuk Maya. Setiap sesaat kata-kata magis itu akan keluar daripada mulut manis Areeq.

Macam charger telefon juga. Tapi ini charger manusia yang Areeq buat untuk charger Maya jadi bertenaga kembali.


tbc

My Dear Deer, Maya ©Where stories live. Discover now