Deer 0-3

237 33 6
                                    

•••Termenung Areeq melihat refleksi sendiri di cermin hadapannya sambil tangan mengikat tali leher

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••
Termenung Areeq melihat refleksi sendiri di cermin hadapannya sambil tangan mengikat tali leher. Fikirannya tidak putus memikirkan isterinya.

Kata-kata Maya semalam berpusing di fikiran. Katanya sudah cari Areeq tapi tak jumpa. Walhal tak sampai satu minit pun mereka berjauhan. Maya pula tak pernah jadi begitu.

"Areeq," Maya merengek di belakang memanggil Areeq. Berpusing jejaka itu mencari Maya.

"Kenapa Dear?"

"Rindu," tersenyum manis Areeq buat Maya.

Kaki mula dekati Maya dan tangan milik isterinya ditarik melingkari pinggangnya. Sepasang tangan miliknya pula sama melingkari tubuh kecil Maya.

Bibir muncung itu ditarik ke hadapan. Terbuntang mata Maya dengan apa Areeq buat. Tempat biasa yang hanya tangan Maya sahaja boleh tepuk, bidang dada Areeq ditampar.

"Areeq tak ke mana."

"Maya tak pergi kerja hari ni, Areeq duduklah rumah," lemah jiwa Adam milik Areeq bila Maya bermanja begitu.

"Kalau Areeq cuti nanti gaji Areeq kena potong. Kalau kena potong, tak dapat duit. Kalau tak dapat duit siapa nak bagi Dear Areeq makan?"

"Eyy, tengok tu! Buat Maya rasa macam rusa lagi!"

"Hehe, dear not deer. Cuba dengar betul-betul. Deaaaarrrr!" Bisik Areeq dengan nada kuat di telinga Maya.

Maya yang naik menyampah dengan perangai Areeq menolak bidang dada luas itu jauh seinci. Tali leher yang belum terikat Maya tarik.

Sedang kusyuk Maya ikat tali leher Areeq, Areeq pula kusyuk tenung wajah manis Maya walaupun sedang muncung seperti itik. Walaupun jarak mereka sudah jauh tetapi tangan Areeq masih memeluk tubuh Maya. Jadinya, Maya terkunci.

Satu minit berlalu dan Maya masih belum selesai menyikat tali leher Areeq.

Wajah Areeq berubah hairan. Maya yang dia kenal cepat sahaja ikat tali lehernya. Tapi kali ini makan satu minit dan masih belum terikat.

Rasa hairan itu dia buang jauh.

Tangan kecil Maya dia ambil dan bawa turun berhenti mengikat tali lehernya. Rambut terurai panjang ke bawah Areeq belai penuh cinta.

"Dear ingat tak apa jadi dekat mall semalam?"

"Kita pergi mall ke semalam?" Bercantum kening Maya dengan soalan dilontarkan Areeq.

"Dear ingat tak apa kita buat semalam?" Maya mengangguk sahaja tapi mulut bisu tidak menjawab. "Betul?" Soal Areeq mahu kepastian.

"Areeq! Dah lambatlah!" Jam di dinding belakang Areeq Maya tunding. Terhinjut bahu Areeq ke atas, tersedar.

Laju dakapan itu dileraikan. Beg pejabatnya dicapai. Berhenti dia di hadapan Maya.

"Love you, Dear," ucap kalut Areeq sebelum kucup lembut pipi dan dahi Maya.





...
'Ayaiyaiyai Pak Ali jual petai'

Pantas tangannya menjawab panggilan. Orang ramai di pejabat itu pandang tapi Areeq tidak endahkan. Berbunga dan ada rama-rama dalam perutnya bila tertera nama kenalan 'My Dear Deer' yang keluar.

Gegendang telinga pun laju mendengar suara rusa kesayangannya.

"Areeqqqq, eyy Maya rindu!"

"Macam mana Dear tahu yang Areeq pun rindu?"

"I'm your wife," tertawa Areeq mendengar jawapan Maya. "Banyak lagi ke kerja? Tak balik lunch?"

"Sorry, Maya. Tak boleh balik. Areeq nak settle semua kerja. Nanti Areeq boleh balik awal dinner dengan Maya."

"Janji?"

"Janji."

Tak sempat berbual lagi laju talian Maya putuskan. Areeq dan Maya akan guna telefon bila berjauhan. Telefon jika penting, maklumlah topup sekarang semakin mahal namati. Jadinya hal tadi penting.

Bak orang dilamun cinta, dia terus buka mesej daripada Maya.

My Dear Deer
Online

AREEQQQQ
RINDU
15:40 pm

Nanti balik dear nak makan apa?
15:44 pm

Maya masak
ᕙ(@°▽°@)ᕗ
15:44 pm

Serius?
15:44 pm

Photo
Tak meletup pun?
:O?
15:55 pm

Tersenyum nipis Areeq menetap bibir agar tidak terlepas tawanya. Mahu menjerit pun ada. Lantas tangannya naik menutup separuh wajah.

Gambar ikan goreng di dalam kuali yang Maya hantar tadi buatkan Areeq geli hati. Minyak belum panas tapi ikan sedia terendam dalam minyak.

Maya bukan wanita typical pilihan menantu terbaik. Tapi Areeq banyak kali ingatkan yang Maya dream girl Areeq yang mampu buat dia angau. Biarlah orang nak kata Maya tak pandai masak. Maya tetap rusa paling sempurna pernah hadir dalam hidup Areeq.

Orang juga selalu kata yang perkahwinan tanpa anak tak menjamin kebahagiaan tapi sepuluh tahun mereka bertahan.

Apa orang kata karut.

Maya sendiri jadi saksi bila Areeq menangis tersedu-sedan bila mereka halal pegang tangan tanpa alas. Pimpin tangan tak mahu lepas.




•••
"DEARRRR AREEQ DAH BALIK!" Jerit Areeq masuk ke rumah tanpa beri salam.

Adab mana adab?

Balik malam tak reti beri salam. Syaitan ikut masuk baru menyesal.

Sepi tiada sahutan. Dapur Areeq tuju pula. Terang lampu menyala. Tapi ikan yang dalam gambar yang Maya hantar petang tadi masih berendam dalam minyak. Api langsung tidak dibuka.

Ruang dalam rumah lain Areeq cari. Ruang tamu, bilik tidur dan bilik tetamu pun tiada. Garaj tiada lampu yang menyala sama dengan loteng.

"Maya! Areeq balik ni!" Jerit Areeq harap Maya sahut.

'ayaiyaiyai pa-'

Punat hijau diseret kasar bila kenalan yang telefon ialah Maya. Gegendang telinga dilekapkan dengan telefon.

"Maya! Maya dekat mana?"

"Maya tak tahu. Areeq ambil Maya boleh? Maya tak tahu nak balik," bercantum rapat kening Areeq.

"Okay, bagitahu Areeq kawasan sekeliling Maya macam mana?"

"Ada taman permainan, belakang ada apartment dan ada tadika," wajah Areeq sedikit tenang bila kawasan yang Maya ceritakan tak jauh daripada kawasan yang dia dapat cam.

Laju Areeq capai kunci kereta baru diletakkan atas meja tadi.

"Dear tunggu situ diam-diam. Areeq datang, eh."

tbc

My Dear Deer, Maya ©Where stories live. Discover now