Semalam seharian Hanna berehat di kediaman Keluarga Andersson. Kini Hanna sudah mula melaksanakan tugasan kerjanya lagi. Walaupun ditegah oleh Mark untuk tetap berehat tetapi Hanna enggan.
Ini tanggungjawab Hanna jadi Hanna perlu laksanakan.
"Miss Hanna, your coffee?"
James meletakkan coffee Latte yang dipesan Hanna. Hanna masih sibuk memainkan sound track di bilik 'Sound System'Dewan Royalty itu.
"Thanks James."
James memberi senyuman. Dia suka melihat Hanna ketika berkerja kerana Hanna seorang wanita yang akan memberikan tumpuan penuh kepada pekerjaannya.
"Nice the sound."
"Hmm, nice tapi saya rasa ada yang kurang. Event ni besar. Saya takut kru saya melakukan kesilapan." Hanna memerhati pentas utama yang sudah siap terpasang indah dari bilik sound system itu yang terletak di atas penjuru dewan itu dan menghala terus ke arah pentas.
Pentas yang sangat megah. Tidak hairanlah jika jenama-jenama luar negara seperti Dior dan Gucci juga mengambil bahagiaan dalam melaksanakan pementasan pemodelan ini.
Difahamkan juga bahawa acara ini turut disertai oleh negara-negara Asean dan Malaysia terpilih sebagai tuan rumah yang dinaungi oleh syarikat fashion tempat James bekerja.
Hanna memerhatikan gadis-gadis peragawati sedang membuat persediaan pementasan.
Hanna melihat Mark juga berada di situ. Mungkin turut serta dalam memerhati pergerakkan acara ini.
"Apa hubungan awak dengan Mr. Ayden?"
Hanna menoleh ke arah James.
"Apa maksud awak, James?"
"Nothing, cuma saya selalu nampak awak kerap memerhatikan dia dan dia juga selalu datang ke atas ni."
Hanna membuang pandangan kembali ke bawah.
"Kami kawan rapat."
Tatkala itu mata Mark dan Hanna bertemu. Dapat dilihat pada raut wajah Mark tanda tidak puas hati ketika melihat kelibat James disisi Hanna. Pantas Hanna melarikan pandangan.
"Markkkk!!"
Nancy terus menerpa kearah Mark.
Hanna hanya memerhati dari birai kaca bilik sound system. Hanna memerhati gerak geri wanita yang perlahan-lahan mendekati Mark. Hanna sangat mengingati wajah perempuan itu. Perempuan itulah punca kesucian dirinya dirampas oleh Mark.
"Mesti you datang nak tengok I kan? I tak sangka you masih caring pasal I." Tangan Mark diraih Nancy.
"This is my place and now I'm working."
Mark menyilangkan tangan memeluk tubuhnya sendiri. Kaca mata hitam dibetulkan.
Hanna sudah mencebik.
Gediknya.
"Mark, please honey.. Give me second chance. I janji lepas ni I akan setia sampai mati dengan you!" Nancy cuba meraih tangan Mark.
"Stop Nancy. I dah nak kahwin."
Terbuntang luas mati Nancy. Seakan tidak percaya apa yang dibicarakan Mark ketika itu.
"What the fuck. Please tell me you're kidding right now?! Mark, you lupa ke our memories?"
"Aku tak pernah lupa dan aku tak pernah lupa yang kau curang dengan aku." Mark pantas meninggalkan perkarangan pentas utama Dewan Royalty itu.
"Shit! Just wait and see Mark!"
YOU ARE READING
TUAN MARK AYDEN
RomanceHari pertama menjejakkan kaki ke Korea Selatan melakar banyak peristiwa hitam buat Hanna. "Sudahlah kekasih aku kantoi curang, aku diperkosa oleh lelaki yang aku tidak kenal. Kenapa malang sangat hidup kau Hanna Andersson?!" "Sumpah aku tidak sengaj...