BAB 5

13.8K 720 59
                                    

“AULIYA,” tegur Haura. Auliya melangut dan memandang ke arah Haura yang sudah berdiri di hadapan mejanya. Keningnya dijongketkan sebagai tanda mahu Haura meneruskan bicaranya. Auliya kembali menyibukkan dirinya menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sambil bersedia memasang telinga terhadap apa yang ingin Haura sampaikan.

Tanpa banyak bicara Haura menghulurkan sekeping sampul surat berwarna putih kepada Auliya. Huluran Haura itu langsung bersambut dan Auliya menatap Haura lama. Tertanya-tanya siapa pengirim sampul surat tersebut.

“Bukalah,” arah Haura lagi. Auliya tidak banyak menyoal langsung sahaja sampul surat itu dibuka. Kut walimatulurus Haura ke? Haura ni nampak je senyap tapi, diam-diam ubi berisi bak kata orang.

Sampul surat tersebut dibuka. Terdapat sekeping kad jemputan kahwin yang dituju khas buat Auliya. Nama pengantin diperiksa dan jemputan kahwin itu diamati lama. Ternyata walimatulurus milik salah seorang bekas rakan sekolah mereka. Setahu Auliya, dia sudah lama terputus hubungan dengan rakan mereka itu. Tahu-tahu, jemputan kahwin pula yang diterima.

“Bila kau jumpa dengan Aisyah?” soal Auliya. Tertanya-tanya juga dibuatnya. Kali terakhir mendengar khabar akan rakan mereka itu, beberapa tahun lepas ketika rakan mereka itu ditugaskan ke Sabah. Selepas itu, langsung mereka terputus hubungan dan tidak berhubung. Masing-masing sibuk fokus dengan kerjaya sendiri. Sehingga ke hari ini barulah dia mendapat khabar tentang Aisyah. Itu pun melalui walimatulurus.

“Tiga hari lepas. Aku terserempak dengan dia dekat mall. Jadi, dia terus kirim sekali dengan jemputan kahwin tu dah alang-alang terjumpa. Dia kirim salam sekali kat kau. Tapi kan babe, bapak handsome bakal suami dia.” Haura sudah mulai mahu membuka sesi gosip. Auliya bukan tidak kenal sahabat dia ni memang kaki gosip. Semua berita dia tahu. Kalau boleh, benda jadi akan datang pun dia tahu.

“Kau borak panjang ke dengan Aisyah?” soal Auliya lagi. Kad kahwin dimasukkan semula ke dalam sampul surat.

“Lama juga. Sebab bakal suami dia terpaksa call Aisyah sebab nak kena cari barang-barang kahwin,” jawab Haura mengundang tawa Auliya. Dia faham sangat dengan mulut becok Haura. Kalau dah buka cerita sampai ke esok belum tentu habis. Lagi-lagi kalau bertemu dengan rakan lama mereka. Pasti banyak yang mereka bualkan.

“Jadi, kau pergi tak kahwin Aisyah? Jomlah. Dia jemput semua kawan-kawan kita. Masa ni jelah kita dapat reunion ramai-ramai,” pujuk Haura. Dia bukan tidak tahu Auliya liat sangat nak ke majlis keramaian lagi-lagi melibatkan rakan-rakan lama sekolah mereka.

“Insha-Allah. Aku tak janji. Kalau abang Zaf izinkan, aku pergilah majlis Aisyah tu. Kalau tak, kau sampaikan je salam aku kat dia.” Haura menggulingkan biji matanya. Tak sudah-sudah dengan Zafran.

“Kau ni kan selalu nak jadi isteri mithali untuk Zafran tu tapi, ada tak dia hargai kau? Tak ada kan? Geram pula aku dengan kau ni kadang-kadang.” Haura bernada sebal. Geram dengan Auliya yang masih boleh bersabar dan cuba menjadi isteri yang terbaik buat Zafran. Sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai Auliya sebagai isteri.

Auliya hanya tersenyum kelat. Mujur tidak ramai yang berada dalam bilik guru tersebut. Auliya sendiri juga tidak tahu selama mana dia mampu bertahan dengan Zafran. Tetapi, andai jodoh mereka panjang pasti suatu masa akan tiba di mana Zafran betul-betul menerima dirinya sebagai isteri lelaki itu. Auliya hanya mampu berdoa kerana hanya DIA yang mampu membolak-balikkan hati makhluknya. Dan Auliya berharap akan tiba masanya DIA membuka pintu hati Zafran untuk menerima dirinya. Mungkin inilah ujian untuk dirinya mempertahankan rumah tangga mereka. Insha-Allah dengan izinnya pasti ada pelangi selepas hujan.

Hadis Riwayat Muslim:

Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Hati seorang hamba berada di antara dua jari Rahman (Allah). Allah membalik-balikkannya sesuai dengan kehendak-Nya."

Kapten Hafiy Lutfan | SUWhere stories live. Discover now