BAB 7

11.9K 681 30
                                    

"KAMI dari pejabat agama. Kami ingin maklumkan bahawa suami Puan Auliya ditangkap berkhalwat bersama dengan seorang wanita,"

"Puan boleh ikat jamin suami di balai, tidak, ikat jamin suami di pejabat agama," Lontaran kata-kata itu terus tersemat di mindanya. Sepanjang perjalanan pulang setelah mengikat jamin suaminya di pejabat agama, itu sahaja yang terngiang-ngiang di ruang ingatannya. Tiada air mata yang merembes di wajah mungkin kerana sudah lali kerana berulang kali disakiti lelaki yang bergelar suami.

"Auliya, aku tak buat semua tu. Percayalah," Zafran bersuara setelah lama mendiamkan diri. Cuba untuk meyakinkan Auliya yang sejak tadi mendiamkan diri. Hatinya tidak tenteram apabila melihat Auliya begitu. Langsung tidak pernah melihat Auliya betingkah laku sebegitu rupa.

Berulang kali Zafran cuba meyakinkan Auliya. Malangnya wanita itu hanya mendiamkan diri. Mungkin masih mencuba mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan kenyataan yang menyakitkan ini. Dia tidak sangka Zafran sanggupkan melakukan hal terkutuk itu. Jikalau Zafran membencinya begitu sekali kenapa tidak lepaskan dia sahaja? Bukan dia tidak pernah meminta. Berkali-kali dia meminta untuk dilepaskan namun lelaki itu seolah-olah sengaja mahu menyeksa dia dalam perkahwinan yang tiada hala tuju ini.

"Kenapa tak pulang rumah? Kenapa kita balik rumah mummy dengan daddy?" soal Zafran apabila sedar kereta yang dipandu isterinya itu memasuki banglo dua tingkat milik kedua ibu bapanya. Dia kalau boleh tidak mahu apa yang terjadi ini diketahui oleh Datin Aida dan Datuk Amir. Malangnya, nasib tidak menyebelahi Zafran kerana tanpa dia ketahui Auliya berada di rumah ibu bapanya ketika isterinya itu menerima panggilan daripada pejabat agama.

"Tak guna nak lari. Mummy dan daddy dah tahu," jawab Auliya dingin. Setelah itu, Auliya langsung keluar dari perut kereta. Langkahnya ditala ke pintu utama yang sudah sedia terbuka yang memang menanti kedatangan dia dan suaminya itu. Mahu tidak mahu, Zafran terpaksa juga mengikut langkah isterinya itu. Langkah ditala perlahan-lahan menuju ke pintu utama. Debaran di dada usah dikata lagi. Jantungnya bagaikan ingin pecah. Dia tidak dapat bayangkan reaksi mummy dan daddy. Tapi, yang pasti memang dia akan menerima amukkan Datin Aida.

Zafran melangkah masuk ke dalam rumah. Tiba di ruang tamu, Datin Aida dan Datuk Amir sudah sedia menanti. Dapat dia rasakan suasana ketiga itu tegang. Pandangan Datin Aida tajam dan menatap Zafran bagai ingin tembus. Datuk Amir pula kelihatan tenang tetapi tenang itulah yang amat berbahaya. Zafran bersiap sedia menerima amukan kedua ibu bapanya.

"Mummy...-"

PANG!

Belum sempat Zafran menghabiskan kata-katanya, dia sudah menerima tamparan sulung milik Datin Aida. Pijar pipi Zafran dibuatnya. Inilah pertama kali Datin Aida mengangkat tangan kepadanya.

"Apa yang kurang pada Auliya Zafran?!" memetir suara Datin Aida di ruang tamu itu. Dadanya berombak ganas menahan amarah yang tidak terbendung. Ikutkan hati, mahu dia kerjakan Zafran ikut semahu hatinya. Tetapi akalnya masih waras. Dia kerjakan Zafran teruk bagaimanapun, nasi sudah menjadi bubur.

"Mummy.. Daddy..." Zafran langsung melutut di kaki Datin Aida. Apa lagi yang boleh dia lakukan saat ini melainkan memohon kemaafan daripada ibu bapanya?

"Zaf minta maaf. Zaf tahu Zaf salah tapi Zaf tak buat semua tu," sambung Zafran lagi. Cuba untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

"Jangan minta maaf dengan mummy dan daddy. Minta maaf dengan Liya. Kamu tahu tak betapa hancurnya hati seorang isteri bila suami sendiri ditangkap khalwat? Mummy pun perempuan Zafran. Mummy tahu Liya tengah hancur sekarang ni. Air mata dah tak ada lagi untuk menangis," Mata Datin Aida kemudian melirik ke arah Auliya yang duduk di sofa. Menantunya itu hanya diam sambil termenung jauh. Dia pasti Auliya berjauh hati dan juga sudah mulai tawar hati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 16, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kapten Hafiy Lutfan | SUWhere stories live. Discover now