Bab 2

61 1 0
                                    

Darlene berkemas untuk pulang ke rumah sewanya. Maya terlebih dahulu pulang mengatakan bahawa dia mempunyai hal penting. Darlene melangkah keluar dari lecture hall dan pergi ke arah keretanya.

Sebaik sahaja dia memasuki keretanya, telefon pintarnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Dia melihat nama pemanggil tersebut sebelum mengesel ikon hijau untuk menjawab. "Hello Lucy. Do you want anything?" Darlene menanyakan jika kawan serumahnya itu mahukan sesuatu. "Yeah. Can you buy snacks for me at the convenience store?" Lucy memberitahu niatnya yang dia mahu meminta tolong dari Darlene untuk membelikan sesuatu di kedai serbaneka. "Of course. What snacks do you want me to buy?Potato chips?"

Darlene bersetuju untuk membelikan makanan ringan untuk Lucy. Dia juga bercadang untuk membeli makanan ringan sekali lagi. Makanan ringan yang dibelinya tadi sudah dia habiskan ketika waktu rehat di universitinya.

Mendengar Darlene memberi kebenaran untuk membelikan makanan ringan untuknya, Lucy terus menjawab "Yes, buy very spicy potato chips. I will pay you back. Thank you Darlene." Lucy berterima kasih kepada Darlene. Darlene mengucapkan sama-sama dan mematikan panggilan telefon itu. Dia menghidupkan enjin kereta dan memandu ke kedai serbaneka yang dia pergi pagi tadi sebelum ke universitinya.







___________________________________








Darlene sampai ke kedai serbaneka itu. Dia meletakkan keretanya di sebelah kedai itu. Dia memasuki ke dalam kedai dan mengambil beberapa makanan ringan yang diminta oleh Lucy. Dia juga mengambil beberapa air Tropicana Twister berperisa oren dan epal dan air mineral untuknya.

Sedang dia sibuk memilih air, dia terjumpa lelaki yang dia langgar pagi tadi. Dia memandang sekilas sahaja. Dia berfikir yang lelaki itu memang tinggal berdekatan dengan kedai itu. Lelaki itu tiba-tiba menegurnya.

"We'll meet again here at this convenience store." Darlene memandangnya dan senyum nipis sebelum menjawab "Yeah, we'll meet again. You seem to really like coming here often." Darlene memandangnya sekali lagi sebelum sambung mengambil air di peti ais di kedai itu. "Yeah, I come here quite often to buy things like snacks or canned water. How about you?Do you come here often?" Lelaki itu bersuara lagi. Darlene cuma mengangguk. Dia memang datang ke kedai itu selalu hanya untuk membeli makanan ringan. Kadang kala dia membeli barang keperluannya. Dia melangkah ke arah kaunter untuk membayar.

Dia mengeluarkan dompetnya dari dalam poket seluar yang dipakainya. Dia mengeluarkan dua keping 20 dolar untuk membayar. Sebelum dia memberi duit tersebut kepada Juruwang itu, lelaki itu terlebih dahulu memberikan wangnya ke arah juruwang di situ. "I treat you." Lelaki itu senyum kepada Darlene. Darlene membalas senyuman lelaki itu.

Dia dan lelaki itu keluar dari kedai bersama-sama. "Thank you. Thank you, because you sincerely paid for me. I will pay you back." Darlene menghulurkan duitnya yang tadi hendak diberikan kepada juruwang.

Lelaki itu hanya memandang duit itu lalu mengalihkan pandangan ke arah Darlene sambil tersenyum sebelum menjawab "No need to pay me back.I am sincere." Lelaki itu senyum manis kepada Darlene. "Laki ni saje je buat aku rasa bersalah. Dah lah aku tak kenal dia. Suka hati je nak belanja orang asing macam aku" Darlene mengatakannya dalam bahasa Melayu dengan perlahan tapi didengari lelaki itu. Lelaki itu cuma senyum sebelum bersuara "Nama saya Izaac Hanz. You can call me Izaac."

Darlene yang tadi matanya melihat ke arah lain, kini matanya membulat dan tertumpu terhadap lelaki itu. Jelas dia terkejut dengan kefasihan dan kefahaman lelaki yang bernama Izaac Hanz. "Lah laki ni pandai bahasa Melayu rupanya." Dia mengatakan dalam hatinya. Ingin saja dia menepuk dahinya.

Dia kembali senyum paksa terhadap Izaac. Melihat kebisuan Darlene, Izaac kembali bersuara "What is your name, beautiful lady?" Darlene yang terus menjawab "Darlene Arluna." kali ini dia tersenyum manis. "Darlene Arluna... What a beautiful name."

Izaac menyebutkan namanya dan memuji. "Well, ibu saya memang pandai memilih." Darlene hanya mengangkat kedua belah bahunya. Izaac hanya ketawa kecil "Saya rasa saya kena balik dah. Saya harap kita berjumpa lagi Darlene..." Izaac mengatakan selepas dia mendapat mesej dari seseorang di telefon pintarnya. Darlene hanya tersenyum sambil memberi ruang untuk Izaac berjalan. Izaac mengucapkan selamat tinggal sebelum melangkah pergi.

Darlene juga melangkah ke arah kereta miliknya selepas menghantar Izaac pergi menggunakan matanya. Dia menghidupkan enjin dan pulang ke rumah sewanya.







___________________________________








Darlene menanggalkan kasutnya sebelum masuk ke dalam rumah. Lucy yang berada di biliknya terus keluar selepas terdengar bunyi pintu rumahnya terbuka. Dia hanya tersenyum melihat Darlene yang memegang plastik berisi makanan ringan. "Let me help you." Lucy mengambil plastik tersebut daripada tangan Darlene. "I want to go to my room first." Darlene berkata kepada Lucy. Lucy hanya mengangguk faham.

Darlene membuka tudung shawl nya sebaik sahaja masuk ke biliknya. Dia menutup pintu menandakan dia mahu privasi bersendirian untuk mandi. Dia terus melangkah ke arah bilik air yang berada di dalam bilik tersebut.

Usai sahaja mandi dia berasa segar dan bertenaga semula. Dia solat Asar sebelum keluar dari biliknya. Terlihat Lucy dan Leanor di sofa menonton televisyen sambil makan kerepek yang dibelinya tadi. Lucy dan Leanor yang matanya tertumpu kepada tv tadi memandang ke arah Darlene. Mereka tumpukan perhatian kepada tv semula selepas melihat Darlene yang baru sahaja keluar daripada biliknya.

Mata Darlene melilau mencari kelibat kawannya yang seorang lagi. "Where is Alya?" Darlene menanyakan Lucy dan Leanor. "She still in university." Leanor menjawab sebelum menumpukan perhatian kepada tv semula. Darlene hanya mengangguk faham. Darlene mengambil kerepek ubinya dan air Tropicana Twister perisa oren kemudian dia membawa masuk ke dalam bilik.

Dia membuka telefonnya dan melihat notifikasi daripada sosial media Instagram miliknya. Terlihat kakaknya, Darleena menghantar gambar dia bersama suaminya sedang berseronok berbulan madu di Jepun. Sungguh dia berasa gembira dan iri hati terhadap abang dan kakaknya yang sudah berkahwin.

Tetapi dia merasakan bahawa dia tidak mahu bercinta dahulu. Ini kerana dia memikirkan tentang kesibukan kerja selepas dia menjadi seorang doktor.

Ketika dia sedang merenung gambar kakaknya, panggilan telefon daripada abang pertamanya, Darren. Dia mengesel ikon hijau dan meletakkannya di telinga.

"Assalamualaikum, Abang." Darlene memberi salam. "Walaikumsalam Darlene. Darlene apa khabar?" "Alhamdulillah, sihat... Abang pulak? Sihat?" "Abang sihat je." Mereka berbual kosong sebelum Darlene menanyakan tentang bila kakak iparnya bersalin. Darren berkata bahawa lagi dua minggu bakal abangnya bergelar seorang bapa. "Jadi, abang masih cuti ke time kak Nina bersalin?" Darlene bertanyakan perihal cuti abangnya ketika isteri abangnya bersalin. "Abang masih cuti. Tak pe, Darlene jangan risau. Abang ambik cuti selama sebulan 3 minggu." Darren menyuruh adiknya untuk tidak risau tentang isu cuti kerjanya. Darren berkerja sebagai seorang pegawai polis. Dia berpangkat inspektor.

Darlene hanya mengeluh sahaja. Bukannya dia mengeluh kerana isu cuti abangnya, tapi kerana dia tidak dapat berada bersama dengan keluarganya untuk menyambut kedatangan keluarga baharu iaitu anak buahnya yang pertama.

"Darlene dah kenapa mengeluh?" "Darlene cuma terkilan tak dapat ada di sana untuk menyambut anak Abang nanti." Darlene mengadu kepada Darren. Darren ketawa sebelum berkata "Kalau macam tu cepat-cepat lah balik supaya cepat sikit tengok anak buah pertama Darlene." "Insyaallah. Abang dah fikir nak bagi nama apa kat anak abang?" Darlene menanyakan tentang nama yang bakal di beri kepada anak abangnya. "Abang nak bagi nama Aisyah Dahlia binti Darren Arlan Haris. Amacam? Cantik kan?" Darren memberitahu nama yang akan diberikan kepada cahaya mata sulungnya nanti. "Cantik." Jawab Darlene dengan pendek. "Abang nak letak dah ni. Nanti sambung. Bye. Assalamualaikum" Darren memberi salam sebelum meletakkan telefon.

Darlene membalas salam dan meletakkan telefon pintarnya di sebelahnya. Darlene tersenyum dan menghabiskan makanan ringannya agar dia dapat berbaring sebelum membuat tugasannya dan solat maghrib.

My Husband Code Name: Ace QuicksilverWhere stories live. Discover now