Darlene sedang berada di dalam biliknya. Dia baru sahaja habis solat subuh. Sebentar lagi dia akan bersiap-siap untuk ke universiti.
Hari ini merupakan hari graduasi pelajar semester 4. Dia bakal balik ke Malaysia dan mengambil latihan kedoktoran. Darlene tiba-tiba mengeluh.
“Izaac, mana awak ni... Awak cakap, kalau saya telefon, awak akan angkat... Tapi awak tak angkat pun...” Darlene berbicara sendiri.
Sudah sebulan sejak 'kejadian' itu berlaku dan sebulan juga Izaac hilang tanpa memberitahunya. Izaac langsung tidak menjawab panggilan telefon Darlene. Bahkan, ketika Darlene pergi ke kedai serbaneka juga, dia langsung tiada di situ.
Darlene teringat akan perbualannya bersama Leanor, Lucy dan Alya ketika dia di hospital selepas kejadian tersebut.
___________________________________
Darlene tersedar dari pengsan. Dia melihat sekeliling. Jarum IV drip berada di tangan kanannya. Darlene cuba mengingati kejadian malam tadi.
Sedang dia sibuk untuk mengingati kejadian itu, pintu bilik wad itu terbuka dan terlihat Leanor, Lucy dan Alya masuk ke dalam bilik wad di mana Darlene sedang berada.
Darlene terus duduk dari perbaringannya. Leanor, Lucy dan Alya menghampiri Darlene.
“Are you okay, Darlene?” Leanor bertanya kepada Darlene. Darlene hanya mengangguk tanda dia baik-baik sahaja. “What happened?” Darlene menyoal ketiga-tiga kawannya itu tentang isu hampir ke alam kuburnya itu.
Terlihat mereka bertiga mendiamkan diri sambil melihat sesama sendiri. Apabila mereka memandang Darlene, Darlene hanya mengangkat keningnya tanda dia meminta penjelasan.
Lama berdiam diri, akhirnya Leanor bersuara, “You almost lost your life last night. The stage lights almost hit you.” Leanor berhenti seketika. Darlene menunggu Leanor menyambung ceritanya.
“But, before the stage lights could hit you, a man saved you.” Leanor bercerita. Dia terus teringat kejadian itu. Dia dapat melihat Izaac berlari ke arahnya. Dia pasti Izaac yang selamatkan nyawanya.
“Where is the man who saved me?” Darlene terus menyoal kawan serumahnya itu. Tetapi, rakan serumahnya tidak menjawab.
Melihat kebisuan mereka bertiga, Darlene bertanya lagi. “Where is he now?” Mereka masih lagi diam. Setelah sekian lama Darlene menunggu jawapan, akhirnya dia mengalah. Di mahu baring semula.
Tiba-tiba Alya bersuara; “He was gone as soon as he sent you to the hospital.” Niat Darlene untuk baring terus terbantut. Izaac? Hilang? Izaac pergi lepas hantar dia ke hospital tanpa memberitahunya?
Darlene meraup wajahnya. Dia tidak percaya Izaac hilangkan diri lepas selamatkan dirinya. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Bisikan Izaac itu membuatkan dia terfikir. ‘Apa yang Izaac bisik malam tadi?’ Darlene berfikir. Tapi dia tidak ingat.
Darlene mengeluh dan terus baring semula. Dia penat sangat. Tapi dia ingat dia di hospital. Takkan dia kena tinggal di hospital lagi kalau dia dah bangun? Dia terus memandang ke arah tiga kawannya.
“When can I leave the hospital?” Darlene bertanya. “Just after the IV drip runs out.” Lucy membalas. Darlene melihat ke arah IV drip itu. Ada lagi separuh. Dia memandang semula ke arah tiga orang gadis itu. “I want to sleep. I woke up after the IV drip is finished.” Darlene terus menghempas badannya di tilam hospital itu dan memejam mata.
YOU ARE READING
My Husband Code Name: Ace Quicksilver
RandomFirst book of Code Name series DARLENE ARLUNA gadis yang belajar dari luar negara mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia untuk menyambung pengajian dan latihan kedoktoran yang kemudiannya bertemu semula dengan IZAAC HANZ yang menjadi pensyarah...