Bab 19

25 0 0
                                    

"Izreen?" Izaac memandang ke arah adiknya, Izreen. Ya, seseorang yang datang ke tempat mereka tadi adalah Izaac. Darlene menoleh ke arah Izreen. Terlihat Izreen menelan air liur.

'Matilah aku' Izreen berkata dalam hati. Susan memandang Izaac pastu memandang ke arah Izreen dan pandang semula Izaac. Dahinya berkerut. "Who the hell is Izreen?" Soal Susan.

Darlene melihat ke arah Susan dengan wajah pelik. Dia inginkan Susan tahu nama sebenar Izreen tapi ternyata gadis itu tidak tahu. Apabila dia melihat ke arah Izaac, Izaac seperti mahu bersuara.

" I'm sorry, Miss. My mistake. I thought you my sister." Darlene mengangkat kedua belah keningnya dan melihat ke arah Izaac. "It's fine. I think, I need to go now. See you later, Darlene." Izreen terus berdiri dan meninggalkan meja itu.

Susan pula hanya sekadar berkelip mata. "Me too. I'm gonna leave you and your partner here. Have fun Darlene. Bye." Susan juga meninggalkan Izaac dan Darlene di situ.

Izaac dan Darlene saling berpandangan. Tiba-tiba mereka berdua ketawa bersama. Serius lawak. Selepas itu, Izaac duduk di sebelah Darlene. Dia duduk di tempat Susan duduk tadi.

Darlene terus memandang Izaac seperti mahu berkata atau bertanya sesuatu. "Pandai awak berlakon." Darlene memuji Izaac dengan sinis sekali.

Izaac hanya ketawa. "Saya terpaksa. Mesti awak dah tahu kan yang budak bertudung tadi adik saya." Izaac memberikan kenyataan. Darlene hanya mengangguk.

"Macam mana awak tau itu adik saya?" Izaac menyoal. Darlene mengangkat bahunya sebelum membalas; "Awak pernah kata yang adik awak, Izreen, selalu kenalkan diri dia sebagai Ivory."

"Wow! I'm impressed with you. Awak ingat apa yang saya cakap." Izaac puji daya ingatan Darlene. "Well... Ini Darlene. Of course saya ingat." Darlene akui dirinya memang kuat daya ingatan.

"Awak nak makan?" Darlene menanyakan jika Izaac mahu makan. Izaac berfikir dahulu. "Boleh lah." Izaac membalas. Darlene berdiri. Izaac hanya perhatikan kelakuan Darlene.

"Saya pergi ambik. Awak nak apa? Steak? Fries? Burger?" Darlene menawarkan diri untuk mengambil makanan buat Izaac. "Tak payahlah. Saya ambil sendiri." Izaac berkata. Dia tidak mahu menyusahkan Darlene.

Darlene mengeluh. "Tak pe lah. Saya ambik. Lagipun, saya nak ambik kek cheese tu." Darlene berkata sambil menunjuk ke arah kek keju yang berada di peti khas untuk kek.

Izaac turut memandang ke tempat yang ditunjukkan oleh Darlene. Izaac memandang semula ke arah Darlene. Kali ini, Izaac pula mengeluh. "Fine. Tapi kalau saya nak makan lagi, biar saya ambik sendiri okay?" Pinta Izaac.

Darlene hanya menunjukkan isyarat tangannya tanda 'ok' kepada Izaac. Dia terus berlalu ke arah tempat di mana hidangan makanan terletak. Dia mengambil stik, fries dan burger kerana Izaac tidak memberitahu apa yang dimahukan olehnya. Kalau dia tanya karang, Izaac pasti berdegil mahu mengambilnya sendiri.

Selepas sahaja dia mengambil makanan untuk Izaac, dia berlalu ke kaunter di mana terletaknya peti yang dikhaskan untuk meletakkan kek.

"May I help you, miss?" Salah satu gadis yang menjaga di kaunter itu. Apabila Darlene melihatnya, gadis itu memberikan senyuman manis. Darlene juga turut memberikan senyuman. "Can I have a slice of Cheese Cake?" Darlene berkata sambil jari telunjuk tangan kirinya menunjukkan ke arah kek cheese itu.

"Sure." Gadis itu terus mengambil pinggan kecil. Darlene hanya menunggu sahaja di depan kaunter itu. Sedang dia menunggu, ada seorang lelaki menghampirinya. "Hello, beautiful lady."








___________________________________








"Ivory, What your problem?" Izaac bercakap menggunakan in-ear miliknya tetapi dia berpura-pura meletakkan telefon di telinganya agar orang ramai tidak berfikir dia gila bercakap seorang diri.

"What?" Izreen menjawab menggunakan soalan. "How many times I told you, don't let your emotion control you." Izaac berkata dengan suara menahan marah.

"Okay, what I do this time?" Izreen bertanya kepada Izaac apa salahnya. Terdengar Izaac melepaskan keluhan. Dia masih mengawal kemarahannya. Tangan yang memegang telefon pintar itu di genggam dengan kuat. Bersyukur sangat-sangat yang telefon tu tak pecah akibat genggaman Izaac.

"Ivory... Saya bagitahu awak untuk perhatikan siapa yang mencurigakan. Bukan awak pergi cari gaduh dengan musuh awak. That's your problem." Izaac bercakap dengan nada yang keras. Dia 'berawak-aku' dengan adiknya apabila mereka berada dalam misi. Jadi, tak hairanlah kalau Izaac tidak membahaskan dirinya sebagai 'Abang', 'Abang long' atau 'Along' ketika berada dalam misi.

"Well... Saya cuma nak tengok siapa dia... Ingatkan orang SHADOW X. Awak juga yang nak kami perhati orang yang mencurigakan." Izreen memberikan alasan.

"Masalahnya..." Belum sempat Izaac berkata apa-apa kepada Izreen, tiba-tiba suara dari ahli lain menyampuk. "Ace, I know you mad right now... But, Darlene with Dark Ghost right now." Suara gadis itu sedang melaporkan kepada Izaac.

Izaac mencari kelibat Darlene. Matanya cekap melihat susuk tubuh Darlene yang berada di kaunter tepat di sebelah peti kek. " I'll take care of it. Thank you, Siren." Izaac berterima kasih kepada gadis yang dipanggil Siren yang duduk selang beberapa meja di belakangnya.

Gadis yang dipanggil Siren itu adalah Lucy! Lucy memandang Izaac dengan wajah yang serius. Lucy tidak memakai topeng matanya. Topeng matanya berada di atas meja makan itu. Lucy mengangguk kepala sekali tanda sama-sama. Izaac terus berdiri dan pergi ke arah Darlene.








___________________________________








"Hello beautiful lady." Lelaki yang bersuit maroon itu menghampiri Darlene. Apabila Darlene menoleh ke arah lelaki yang dipanggil Dark Ghost oleh Lucy tadi.

Dark Ghost menanggalkan topeng mascradenya. Darlene membulatkan mata apabila orang yang menegurnya itu adalah Jay. "Jay... What are you doing here?" Darlene sengaja bertanyakan soalan bonus dengan Jay.

"Ohh... My pretty Darling, Darlene... Of course I wanted get some dessert." Jay tetap membalas dengan senyuman sinisnya. Darlene hanya terkaku di situ. 'Mana kek aku ni... Lambat betul dia ambil.' Getus hati Darlene.

Pada waktu itu, barulah kek Darlene diletakkan di atas kaunter itu. "Thank you" Darlene berterima kasih dan mengambil pinggan yang berisi kek tersebut sebelum kakinya ingin melangkah pergi.

Tapi Jay terus menahan tangan Darlene. "Why are you leaving so quickly? I want to talk with you." Jay berkata dengan suara yang membuatkan semua gadis cair tapi tidak kepada Darlene.

Darlene tidak dapat menarik tangannya dengan kasar kerana kedua belah tangannya mempunyai pinggan berisi makanan. "Let me go, Jay." Darlene berkata dengan suara yang mendatar.

Jay ketawa sinis. "If I don't want, what you gonna do?" Jay menyoal dengan sinis sekali. "I'll gonna scream." Darlene membalas dengan serius. "Oh... You don't want to make a fuss here, do you? So, don't scream." Jay berkata dengan suara lembut. Tapi, terselit amaran di situ.

"So, let her go, then."

My Husband Code Name: Ace QuicksilverWhere stories live. Discover now