Bab 26

26 0 0
                                    

Darlene baru sahaja siap daripada solat asar. Dia kini berbaring di atas katilnya. Dia menutup mata. Penat sungguh hari ini! Besok adalah tarikh di mana Darrell dan Darrnell bakal disatukan dengan buah hati mereka.

Ibunya beria-ria hendak tolong masak untuk majlis perkahwinan abang-abangnya. Katanya, tak payahlah lagi mereka mahu menempah katering. Bersyukur sangatlah ibu dan bapa mentua abang-abangnya hanya setuju.

Sedang dia berbaring, pintu biliknya diketuk. "Masuk." Darlene hanya menyuruh gerangan yang mengetuk pintunya masuk. Terlihat abangnya, Darren, masuk bersama bayi kecil.

Tersenyum Darlene melihat si kecil itu. Darren memberikan Dahlia kepada Darlene. "Comel dia tu. Kenapa comel sangat ni, hah?" Darlene mengagah-agah si kecil itu.

Darren hanya tersenyum. Suka dia melihat Darlene dengan budak-budak. Darlene memandang Darren dengan senyuman. "Ada apa abang masuk bilik Darlene ni?" Darlene bertanya.

"Abang nak tanya sesuatu." Darren membalas. Mata Darlene dialihkan kepada wajah abang mithali nya itu. "Apa dia?" Darlene menunggu abangnya untuk bertanya.

"Darlene setiap malam menangis. Kenapa?" Soalan Darren membuatkan Darlene terkaku. "Macam mana abang tau?" Darlene membalas soalan abangnya dengan soalannya.

Darren mengeluh dahulu. "Abang dengar setiap kali abang nak panggil Darlene turun bawah untuk makan malam. Sebab Darlene tak turun lepas Isyak, abang nak panggil Darlene, tapi Darlene menangis. So, abang cakap dengan ibu, Darlene dah tidur." Panjang lebar penjelasan Darren.

Darlene hanya senyum paksa. "Ada orang main-mainkan Darlene ke?" Darren masih lagi bertanya. Darlene menggeleng. "Atau Darlene ada masalah?" Soalan itu tetap tidak ubah. Darlene menggeleng.

"Habis tu, kenapa?" Darren bertanya lagi. Darlene diam. "Darlene hilang someone special ke?" Darren membuat spekulasi sendiri. Dan spekulasi itu berjaya membuatkan Darlene menoleh ke arah Darren.

Darren mengangguk faham. Betullah tu Darlene hilang seseorang. "Siapa lelaki itu?" Darren bertanya sambil mata birunya memandang mata biru Darlene.

"Izaac Hanz. Izaac, after I is Z and Hanz, after N is Z..." Nama Izaac disebut. Darren tiba-tiba terkaku. "Nama bukan calang-calang." Darren mengetus perlahan. Darren terkejut mendengar nama lelaki yang di sebut Darlene. Namanya unik. Hebat betul citarasa adiknya itu.

Baru sahaja Darren mahu membuka mulut, tiba-tiba pintu bilik Darlene sekali lagi diketuk. "Along, ibu mintak tolong kau kat bawah." Darrean berkata pada Darren. Darren mengangguk sebelum berdiri.

"Jaga Dahlia kejap tau." ujar Darren kepada Darlene. Darlene hanya mengangguk. Darren terus melangkah keluar dari bilik Darlene.

Kini, tinggal Darlene dan anak buahnya. Darlene mengagah-agah Dahlia dan Dahlia tersenyum. "Kenapa comel sangat dia tu, hah?" Darlene hanya bermain dengan Dahlia di bilik itu sahaja.

___________________________________




Ramai orang datang bertandang untuk melihat Darrnell dan Darrell berkahwin. Dan sekali lafaz sahaja, Cassandra dan Ellie sah menjadi isteri kepada Darrnell dan Darrell.

Selepas membaca doa, keluarga Darlene duduk di meja yang di khaskan untuk keluarga mereka manakala Darrnell, Cassandra, Darrell dan Ellie duduk di meja pengantin.

"Reena! Lama tak jumpa." Seorang wanita yang sudah berumur itu, menegur Datin Dareena. Datin Dareena terus memandang ke arah suara yang memanggilnya itu. "Eh! Hartini! Apa khabar?" Datin Dareena dan wanita yang bernama Hartini itu saling berpelukan.

My Husband Code Name: Ace QuicksilverWhere stories live. Discover now