Bab 30

22 0 0
                                    

Darlene mengeluh. Hari ini dia akan berjumpa Izaac di kelasnya. Darlene berjalan ke arah dewan kuliah. Sedang dia berjalan, tiba-tiba namanya dipanggil.

"Darlene!!!" Darlene menoleh. Terlihat Faliq menghampirinya dengan senyuman. Darlene membalas senyuman Faliq juga. "Faliq... Awak buat apa kat sini?" Darlene bertanya.

"Saya ada hal kat sini. Awak nak pergi kelas ke?" Ujar Faliq. Darlene mengangguk pada soalan Faliq. Baru sahaja Faliq mahu membuka mulut, terdengar satu lagi suara memanggil nama Darlene.

"Darlene!!!" Kini kepala Darlene berpusing melihat ke arah orang yang memanggil namanya. Dia membulatkan matanya. Orang yang memanggilnya adalah Izaac. Izaac berjalan ke arah mereka.

Kini Izaac berdiri di sebelah kanan Darlene. Mata hazel coklatnya bersambung dengan mata hitam Faliq. Mereka berdua seolah-olah berkomunikasi dengan begitu serius menggunakan mata mereka.

Setelah beberapa minit mereka berdua merenung sesama sendiri, akhirnya Faliq mengalah dan memandang dan memberikan senyuman kepada Darlene. Darlene hanya membalas senyuman Faliq.

"Jumpa lagi nanti, Darlene." Faliq berkata pada Darlene. "Oh yeah... I hope you not see Darlene again." Izaac bersuara. Darlene memandang Izaac dengan wajah berkerut. Faliq pula hanya memberikan jelingan mata sebelum berjalan pergi.

Setelah Faliq pergi, Izaac memandang Darlene yang sudah merenungnya dengan perasaan geram tetapi masih ditahan. Darlene menggelengkan kepala seolah-olah dia kesal dengan sikap Izaac dan berjalan pergi ke dewan kuliah.

"Darlene!" Izaac mengejar Darlene tapi Darlene tidak menghiraukannya. "Hey, Darlene." Beg bimbit di tangan sebelah kanan Izaac kini bertukar tangan. Dia memegang beg bimbitnya menggunakan tangan kiri. Tangan kanannya menarik lengan Darlene.

"Lepaslah!" Darlene cuba merungkai lengannya daripada Izaac. Tapi Izaac menggenggam lengannya dengan lebih kuat. "Izaac, sakitlah! Awak nak apa?!" Darlene bersuara lagi.

"Then, Listen to me!" Izaac berkata dengan penuh serius. Darlene akhirnya berhenti daripada merungkai lengannya. Apabila Izaac melihat Darlene tenang, dia melepaskan Darlene.

Darlene menunggu Izaac berkata sesuatu. Izaac menarik dan menghembuskan nafasnya sebelum memulakan penjelasannya. "Okay... I'm sorry. Saya tak patut tipu awak... Okay." Izaac meminta maaf.

Darlene memandangnya dengan pandangan yang susah ditafsir oleh Izaac. "Saya tak nak dengar permintaan maaf tanpa mendengar alasan yang kukuh sebab awak tipu saya. Bagitahu saya, alasan yang kukuh, untuk Saya terima permohonan maaf awak." Darlene berkata.

Terlihat Izaac menelan air liur. Lama mereka mendiamkan diri. Akhirnya Darlene mengeluh dan berjalan ke arah dewan kuliah semula. Tetapi belum sempat dia berjalan, Izaac bersuara.

"Saya takut awak akan jauh dari saya kalau saya bagitahu awak." Izaac diam semula. Darlene kini menunggu Izaac untuk menjelaskan sesuatu.

Melihat Izaac mendiamkan diri, Darlene tahu Izaac tidak menipu jika dia memberitahu hal sebenar, Darlene akan menjauhkan diri. Akhirnya Darlene bercadang untuk bersuara.

"Izaac... Awak dah jadi pensyarah sebenar sekarang... Bagitahu saya hal sebenar... Tolong..." Darlene memandang Izaac. Suara Darlene seakan-akan memujuk Izaac memberitahu hal sebenar.

Izaac memejamkan matanya sebelum membukanya semula. Dia mengeluh. "You have no idea who am I... Awak akan takut bila saya bagitahu awak siapa saya." Izaac berkata kepada Darlene.

"Of Course I know who you are... Awak pensyarah saya dan saya student awak... Kenapa saya kena takutkan awak? Bukannya awak ni pembunuh pun..." Darlene membalas kata-kata Izaac.

Buat seketika mereka saling memandang seolah-olah tiada orang lain berada di situ. Tiba-tiba, loceng universiti berbunyi. Mereka tersedar dari lamunan.

"Saya akan bagitahu saya siapa bila saya dah bersedia. Tapi saya minta awak tolong percayakan saya, boleh?" Izaac membuat permintaan. Darlene terlihat seperti sedang memikirkan permintaan Izaac. Setelah itu, dia cuma mengangguk tanda setuju dengan permintaan Izaac.

Izaac tersenyum. Melihat Izaac tersenyum, Darlene juga turut tersenyum. "You owe me explanation, Izaac... But, I will wait for you explain to me." Darlene berkata lagi kepada Izaac.

"I promise, I will tell you." Izaac membalas. "But for now, should we go to the class?" Izaac bertanya. Darlene ketawa kecil. "Sure, Sir. But I'll will go first. Saya tak nak dorang salah faham." Ujar Darlene. Izaac hanya mengangguk.

Izaac memberikan isyarat agar Darlene pergi dahulu. Darlene senyum dan berjalan menuju ke arah dewan kuliah. Selepas itu, Izaac mengikutinya dari jauh.












___________________________________












Darlene sibuk mengemas barang-barangnya. Esok dia bakal menjalani latihan kedoktoran. "Tak sabar aku besok... Lagi tak sabar sebab kau satu hospital dengan aku..." Adreana tersenyum.

Darlene hanya mengangguk dan memberikan senyumannya. Darlene memandang ke meja pensyarah. Terlihat Izaac sudah memandangnya dengan senyuman. Darlene terus tersenyum.

"Wei, kau dapat bahagian yang ibu mengandungkan?" Mata Darlene kini tertumpu kepada Adreana. Darlene mengangguk. Impiannya untuk menjadi doktor ibu dan anak tercapai.

Selepas selesai mengemas barang, mereka berdua berjalan keluar dari dewan kuliah. Memandangkan hari ini hanya kelas bersama dengan Izaac, mereka berdua bercadang untuk berjalan-jalan di Sunway Piramid.

Sedang bercerita dengan Adreana, tiba-tiba, Darlene mendapat mesej dari seseorang. Apabila dia membuka aplikasi Whatsapp, terlihat Izaac yang menghantar mesej. Dia membukanya.

Good Luck for your doctoral training❤️...

Darlene tersenyum membacanya. Adreana yang melihatnya terus tersenyum senget. "Siapa mesej tu?" Adreana bertanya. Darlene terus meletakkan telefon pintarnya di dalam beg apabila Adreana cuba untuk melihat nama yang menghantar mesej kepadanya.

Darlene hanya senyum. "Tak de siapa." Darlene menjawab pertanyaan Adreana. Adreana memuncungkan mulutnya. "Ye lah tu tak de siapa. Boyfriend lah tu..." Adreana berpura-pura merajuk.

"Bukan Boyfriend lah. Kawan biasa je." Darlene memujuk kawannya. Adreana cuma menjeling mata. "Kawan dari US ke?" Adreana bertanya. Darlene mengangguk.

Adreana teringat yang Darlene mempunyai kawan serumah ketika dia berada di US. Dia terus berfikir yang kawan dimaksudkan oleh Darlene adalah salah satu daripada kawan serumahnya.

"Kereta aku atau kereta kau?" Darlene bertanya. Adreana berfikir dahulu. "Erm... Kereta kau lah." Adreana membalas. Darlene mengangguk. Mereka bersetuju untuk naik kereta Darlene untuk ke Sunway Piramid. Izaac yang memerhatikannya tersenyum sendirian.
















___________________________________
















Darlene dan Adreana beredar di kedai buku Popular. Mereka mencari bahan bacaan yang perlu mereka gunakan ketika latihan nanti. "Lene... Aku pergi sana kejap..." Adreana memberitahu Darlene dia mahu ke bahagian alat tulis dengan menunjuknya menggunakan jari telunjuk.

Darlene mengangguk. Adreana terus berlalu ke tempat alat tulis. Darlene sibuk membelek buku-buku yang harus digunakan. Sedang dia sibuk mencari buku, seseorang memerhatikannya dari jauh.

Darlene masih tidak perasan. Orang itu berjalan ke arahnya. Dia berjalan dan berhenti di sebelah Darlene. Darlene yang perasan ada orang disebelahnya terus memusingkan kepalanya.

Matanya meluas melihat orang itu. Orang itu memberikan Darlene senyuman. "Hi, Darlene..." Dia mengucapkan Hai kepada Darlene. "Lucy..." Dan orang itu adalah Lucy.


My Husband Code Name: Ace QuicksilverWhere stories live. Discover now