“Darlene Arluna Hazelina.”
Nama gadis yang telah menambat hati Izaac telah disebut. Dan itu adalah nama Darlene. Hati Darlene kini berdegup kencang dua kali ganda. Darlene kini dapat merasakan suhu di pipinya kini berubah.
Izaac tersenyum puas hati melihat Darlene yang sudahpun mula memblushing. Dia menjarakkan mukanya dari Darlene. Darlene terus mencubit lengan Izaac membuatkan Izaac mengaduh tetapi selepas itu dia ketawa. Muka Darlene masam mencuka. Ada je Idea Izaac nak sakat dia.
“Sengaja je dia ni...” Darlene mengumam sendiri. Tapi selepas itu, dia tersenyum. “Aik? Senyum ke?” Izaac perasan yang Darlene tersenyum. Darlene cepat-cepat membuat muka selamba.
“Mana ada.” Darlene berkata. Dia abaikan usikan Izaac. Tiba-tiba, suara Anastasia bergema sekali lagi.
“Did you like the show?” Orang yang berada dewan itu bersorak gembira berserta dengan tepuk tangan. “It looks like tonight's ceremony... It's about to end...” Anastasia berkata dengan nada yang dibuat-buat sedih.
Para tetamu dan pelajar juga mengeluarkan bunyi-bunyi kecewa dan sedih mereka kerana majlis makan malam itu, akan berakhir.
Anastasia yang tadi konon-kononnya bersedih, kini menukar moodnya menjadi gembira dengan ucapannya. “But, we still have one more event...” Terus, dewan itu kedengaran lagi bunyi sorakan.
“You're curious, aren't you?” Anastasia sengaja bertanya walaupun dia tahu yang semua orang di dewan itu sudah tahu acara apa yang bakal diadakan pada akhir majlis itu.
Tetapi, semua masih lagi menjawab “Yes!!!” dengan serentak. Anastasia hanya senyum mendengar. “The final event that everyone has been waiting for is... THE LUCKY DRAW!” Anastasia mengumumkan acara terakhir.
Dewan itu bersorak gembira. Darlene pula hanya sekadar senyum sahaja. Izaac pula sedang 'scan' dewan itu sekali lagi tetapi kadangkala dia melihat ke arah Darlene dahulu. Takut Darlene bertanya sekali lagi.
Sedang dia sibuk 'scan' dewan itu, tiba-tiba adiknya, Izlyna memberi isyarat agar dia ke luar dewan. Izaac hanya membalas dengan sekali anggukan kepala.
“Darlene.” Izaac memanggil Darlene. Darlene melihat ke arah Izaac sambil keningnya terangkat. Izaac senyum dahulu sebelum memberi tahu niatnya memanggil Darlene.
“Saya nak pergi tandas sekejap.” Izaac memberikan senyuman apabila dia melihat Darlene hanya mengangguk faham. Dia terus berlalu ke arah luar Dewan. Darlene terus menumpukan perhatiannya kepada ucapan Anastasia.
___________________________________
Izaac menumbuk seorang lelaki di kawasan yang terpencil itu. Mukanya sekarang menjadi merah menandakan dia marah. Tiba-tiba seorang menahannya daripada terus menumbuk lelaki itu.
“Izaad, lepas! Abang tak nak awak cedera. Lepas!” Izaac memberikan amaran kepada Izaad yang sedang menahannya. “Abang, Stop! Tumbuk dia tak dapat menyelesaikan masalah. Boleh bawa bersabar tak? Biar Siren yang uruskan...” Izaad menenangkan Izaac.
Izaac hanya akur apabila dia melihat Izreen dan Izlyna berjalan mengiringi Lucy. Apabila sampai di mana Izaac, Izaad dan lelaki yang ditumbuk itu, ketiga-tiga gadis itu melihat ke arah Izaac dan Izaad dengan kening terangkat sebelah tanda meminta penjelasan.
YOU ARE READING
My Husband Code Name: Ace Quicksilver
RandomFirst book of Code Name series DARLENE ARLUNA gadis yang belajar dari luar negara mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia untuk menyambung pengajian dan latihan kedoktoran yang kemudiannya bertemu semula dengan IZAAC HANZ yang menjadi pensyarah...