" Fazreen! Bangun! Dah pukul berapa ni? Lambat pergi kelas nanti! " panggil Puan Azrina, pintu bilik anak daranya diketuk berkali-kali.
Fazreen menggeliat seketika sebelum dia bangun dari baringnya. Masih lagi mamai. Telefon yang berada disebelah dicapai. Membulat matanya apabila tersedar yang dia sudah lambat untuk pergi ke kelas. Jam sudah menunjukkan pukul 8.10 pagi manakala kelasnya pula bermula pukul 9 pagi. Terus dia bangun dari katil dan kakinya laju menuju ke bilik mandi. Mati lah aku!
Ada lagi masa 50 minit untuk dia bersiap. Perjalanan untuk ke universiti pula mengambil masa 20 minit dari rumahnya. Agak-agak sempat tak dia sampai sebelum kelas bermula?
Setelah selesai bersiap, dia bergegas menuruni anak tangga dan terus sahaja meluru ke pintu.
" Sarapan dulu sayang, nanti masuk angin perut tu. " panggil Puan Azrina.
" Tak apa ma, Reen dah lambat sangat ni. Jumpa balik nanti! Love you! " tanpa berlengah dia terus masuk ke dalam perut kereta dan terus menghidupkan enjin.
" Drive elok-elok! " kata Puan Azrina sebelum kereta yang dipandu anak daranya hilang dari pandangan mata.
Fazreen berlari menuju ke dewan kuliahnya. Pihak universiti pun kenapa lah buat dewan kuliah jauh sangat. Penat tahu tak!
Sesampai sahaja dia di dewan kuliah, dia menarik nafas lega. Sempat juga dia sampai sebelum kelas bermula. Jam tangan dikerling, lagi 3 minit sebelum pukul 9. Dia meneruskan langkah menuju ke tempat duduknya dengan keadaan termengah-mengah. Effect dari lari pecut tadi tak habis lagi.
" Kau dah kenapa? " tanya Helena sebaik sahaja kawan baiknya itu duduk disebelahnya.
" Kena kejar hantu ke apa kau ni? " tanya Mikayla pula.
" Diam. Aku penat berlari ke sini tadi. Bangun lambat punya pasal. " balas Fazreen, nafasnya sudah sedikit teratur.
" Ni mesti kau marathon drama korea sampai tak ingat jam kan? Tahu sangat perangai kau ni. " kata Helena. Apa yang dikatakan itu adalah fakta. Fazreen terlalu leka layan drama korea sampai tak sedar jarum jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Memang barai habis dia harini, sah dia akan tertidur dalam kelas nanti.
" Aku kata diam. " belum sempat Helena dan Mikayla membalas, pensyarah sudah pun masuk ke dewan kuliah maka bermula lah sesi pembelajaran mereka.
Kelas mereka pagi itu berlangsung selama 2 jam.
" Aku dengar ada pensyarah baru masuk nanti, gantikan Prof Khalidah. " kata Mikayla, sebaik sahaja kelas mereka pada pagi itu habis dia terus memulakan sesi membawang dengan dua kawannya itu.
" Oh my god serious lah? Lelaki ke perempuan? " tanya Helena teruja. Fazreen hanya menayangkan wajah menyampah. Kawannya yang satu ini memang, pantang nampak lelaki terus jadi ulat bulu!
" Tak sure tapi firasat aku kuat mengatakan pensyarah baru kita ni lelaki. Boleh lah aku cuci-cuci mata nanti aww tak sabarnya! " kini giliran Mikayla pula jadi ulat bulu.
" Kau orang ni memang pantang kan jumpa lelaki, menyampah aku. " kata Fazreen pula setelah sekian lama berdiam diri.
" Biar lah, daripada kau hati batu. " bidas Helena pula.
" Kau ni, takkan lah tak boleh ubah hati batu kau tu jadi macam kita orang? Macam mana kau nak ada boyfriend kalau macam ni. " mula sudah topik ni keluar. Tak habis-habis pasal lelaki dan boyfriend. Menyampah!
" Malas lah aku dengan kau orang ni, balik-balik topik ni juga jadi modal nak bidas aku. Kau orang pergi lah cafe dulu cari tempat duduk. Aku nak pergi tandas kejap. "
YOU ARE READING
Suri Hati Mr. Lecturer
Novela JuvenilFazreen Irdina, seorang gadis terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tak dicintainya yang juga merupakan pensyarahnya, Faliq Haikal. Semua ini berpunca daripada wasiat arwah datuk Fazreen yang ingin cucu perempuan pertamanya disatukan dengan cucu kep...