Bab 3

53 1 0
                                    

Terkejut Fazreen apabila melihat gerangan lelaki yang memberi salam itu. Mamat ni lagi!

" Haa muncul pun kamu, Faliq. Ibu ingat kamu taknak masuk tadi. "

" Tak ada lah ibu. Ada hal penting sikit tadi bincang dengan pihak universiti. Itu yang lama Faliq jawab call tu. " Faliq berjalan menuju ke ruang tamu, mengambil tempat duduk di sebelah ibunya. Dia juga terkejut saat melihat Fazreen yang duduk berhadapan dengan ibunya namun cepat-cepat dia kawal. Tak mahu terlihat begitu jelas yang dia terkejut.

" Ini lah anak aunty. Faliq nama dia, pensyarah kat universiti tempat Fazreen belajar tu. "

Fazreen hanya diam. Tidak mampu membalas apa-apa kerana terkejut. Kenapa mamanya berkawan dengan ibu lelaki itu? Huwaa dugaan apa lagi ni?

Puan Azrina bersama suaminya, Encik Fauzan menuruni tangga menuju ke ruang tamu.

" Eh? Bila anak kau masuk ni, Ila? " tanya Puan Azrina sambil ketawa kecil. Dari jauh lagi dia memerhati lelaki di sebelah sahabatnya itu.

" Baru je masuk tadi, Az. " Faliq disebelah Puan Ruhaila itu segera menyalam tangan Puan Azrina dan Encik Fauzan.

" Dah besar dah dia, segak sungguh! " puji Puan Azrina. Encik Fauzan disebelah hanya memerhati sambil tersenyum.

" Dah, dah. Nanti sambung lagi bersembang, sekarang kita makan dulu. " kata Encik Fauzan. Dengan itu mereka semua menuju ke meja makan untuk makan malam.

Riuh rendah suasana di meja makan dengan gelak tawa dari empat manusia itu. Fazreen yang duduk berhadapan dengan Faliq itu hanya diam. Sesekali dia tersenyum kelat setiap kali namanya terkait dalam perbualan mereka.

Tak! Sekarang ni kenapa dia kena duduk berhadapan dengan mamat ni? Hilang terus mood dia nak makan.

" Kamu kerja apa, Faliq? " tanya Encik Fauzan.

" Pensyarah, uncle. "

" Pensyarah kat universiti mana? "

" Universiti Kuala Lumpur. "

" Oh sama universiti dengan tempat Fazreen belajar lah ni. " Puan Azrina pula mencelah dengan nada terujanya.

" Ya, aunty. "

" Kamu ada mengajar kelas Fazreen ke? " tanya Encik Fauzan lagi.

Faliq memandang sekilas ke arah Fazreen yang sedang duduk berhadapan dengannya. Gadis itu berada di dalam dunianya sendiri. Bibir mengukir senyuman mengusik.

" Ada. Saya gantikan seorang pensyarah yang dah berpindah tapi tak sangka pula dia pensyarah kelas Fazreen. "

Faliq memandang Fazreen lagi.

" Kalau aunty dengan uncle nak tahu, masa saya mengajar tadi Fazreen- "

Fazreen segera mengangkat mukanya memandang Faliq dan menendang kaki lelaki itu di bawah meja. Pandangan maut juga diberikan. Makin melebar senyuman mengusik Faliq melihat reaksi gadis itu.

" Anak bertuah aunty ni buat apa masa kelas tadi? "

" Tak ada apa pun aunty, saya cuma nak bagitahu yang anak aunty ni bijak. Dia yang paling laju angkat tangan setiap kali saya tanya soalan. Betul tak Fazreen? "

" Ha? Haah betul lah tu. " jawab Fazreen sambil mengukir senyuman yang dibuat-buat.

" Ya ke ni? " Puan Azrina memandang anaknya. Tidak percaya. Dia tahu sangat perangai anak daranya itu.

" Eh betul lah ma. Sampai hati mama tak percaya Reen. " semakin sayu nada Fazreen. Kononnya nak merajuk dengan mamanya.

" Tak payah nak mengada-ngada depan tetamu ni. " tegas suara Puan Azrina.

Suri Hati Mr. LecturerWhere stories live. Discover now