Fazreen masuk ke dalam rumah dengan wajah masam. Faliq muncul di belakang Fazreen tidak lama kemudian. Sedar Faliq berada di belakangnya, langkah Fazreen dilajukan menuju ke mamanya.
" Haa Fazreen, kenapa muka kamu tu? Masam je kenapa? Faliq ada buat apa-apa ke? " tanya Puan Ruhaila. Baru sahaja Fazreen ingin bersuara, Faliq sudah bersuara terlebih dahulu.
" Eh ibu ni, Faliq waras lagi takkan lah Faliq nak apa-apakan anak dara orang. "
Fazreen masih lagi berdiri tegak disebelah mamanya. Muka masih masam apabila perasan Faliq memandang ke arahnya.
" Tak apa lah, Ila. Anak aku ni kadang memang macam ni. Suka merajuk. " Puan Azrina meredakan situasi.
" Eh aku balik dulu lah ye, dah lewat ni. "
" Jangan lupa datang minggu depan, ada dapat panggilan daripada peguam juga kan? " kata Encik Fauzan.
" Ada dan insyaallah kami datang. "
Encik Fauzan, Puan Azrina dan Fazreen mengiringi Faliq dan Puan Ruhaila ke pintu.
" Terima kasih ya untuk harini. Sedap kau masak, Az. Nanti bila-bila aku pula yang ajak kau datang rumah aku. " kata Puan Ruhaila sebelum memeluk kawan baiknya itu.
" Ya lah, Ila. Hati-hati bawak kereta tu Faliq. " balas Puan Azrina. Faliq hanya mengangguk dan melemparkan senyuman nipis pada Puan Azrina sebelum menyalam tangan wanita itu dan Encik Fauzan.
" Kirim salam kami kat Naim. " Puan Ruhaila hanya mengangguk sebelum masuk ke dalam kereta. Kereta Faliq perlahan-lahan menghilang dari pandangan.
" Sudah lah tu dengan muka masam kamu tu, pergi naik atas tidur. Esok ada kelas kan? " pujuk Encik Fauzan. Fazreen hanya mengangguk.
" Reen naik atas dulu ma, pa. Good night. " tangan mama papanya disalam sebelum berlalu naik ke biliknya.
Pagi itu Fazreen terasa malas untuk pergi ke kelas. Sebab apa? Sebab kelas pagi itu adalah kelas Faliq. Ya, kelas mamat sewel tu.
Fazreen memandu ke universiti dengan hati yang kosong. Tak bersemangat seperti selalu. Sejak kehadiran semula lelaki itu, hidupnya semakin gelap.
Faliq Haikal. Lelaki yang ingin dia lupakan. Setiap kali melihat wajah Faliq, dia teringat akan kebodohannya dulu. Kebodohan yang dibuat oleh Fazreen yang berusia 13 tahun ketika itu.
Malam itu, Fazreen amat bersemangat membalut hadiah untuk senior aka crush kesayangannya. Esok merupakan hari ulangtahun lelaki itu, dia sanggup membeli hadiah untuk lelaki itu menggunakan duit belanjanya yang dikumpul.
" Semangat betul kau ni. " kata Nurin, kawan baik Fazreen melalui panggilan video.
" Untuk crush kesayangan, mestilah dibalut dengan semangat cinta. " balas Fazreen. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
" Eww please nak muntah aku dengar. "
" Ada yang makan penumbuk ni kang. " ugut Fazreen.
" Nurin.. "
" Hmm? "
" Patut tak aku confess kat dia? "
Air muka Nurin berubah namun cepat-cepat dia sorok.
" Ermm..try je lah confess. Mana tahu dia suka kau juga. " balas Nurin, senyuman palsu diberikan kepada Fazreen.
" Tapi kalau dia reject aku macam mana? "
" Apa susah. Move on je lah. "
" Kau ingat senang ke nak move on? "
YOU ARE READING
Suri Hati Mr. Lecturer
Novela JuvenilFazreen Irdina, seorang gadis terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tak dicintainya yang juga merupakan pensyarahnya, Faliq Haikal. Semua ini berpunca daripada wasiat arwah datuk Fazreen yang ingin cucu perempuan pertamanya disatukan dengan cucu kep...