Bab 2

51 1 1
                                    

" Jadi, untuk assignment pertama saya bagi masa 3 minggu untuk siapkan dan saya nak awak semua hantar dalam tempoh itu. Ingat! Sekiranya gagal hantar pada masa yang ditetapkan, tindakan akan dikenakan. "

" Baik, sir! "

Dia memandang wajah-wajah pelajarnya setiap satu. Kemudian pandangannya tertumpu ke arah seorang pelajar perempuan yang sedang lena diulit mimpi. Amboi, bukan main lena dia tidur waktu aku tengah mengajar.

" Fazreen Irdina! "

Fazreen yang tadinya lena terus tersentak dan cepat-cepat duduk menegak.

" Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi? " tanya Faliq dengan nada tegas. Muka dingin ditayangkan.

" Ha? " Fazreen hanya menayangkan muka blur. Satu apa yang mamat tu cakap tadi langsung dia tak dengar.

Faliq menarik nafas panjang mendengar perkataan yang keluar dari mulut gadis itu. Aku penat-penat cakap kat depan dia jawab ' ha? ' je?

" Saya nak jumpa awak kat pejabat saya lepas ni. Class dismissed. " kata Faliq sambil menayangkan muka dinginnya sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah.

Haih kenapa malang sangat nasib kau harini Fazreen? Nak taknak terpaksa lah dia akur, salah dia juga sebab tak boleh tahan matanya daripada terlelap.

" Kau ni buat hal betul lah Reen. Yang kau bantai tidur tu dah kenapa? " kata Helena sambil menampar lembut lengan Fazreen. Kawannya itu hanya mencebik.

" Mood aku tak elok harini jangan tambahkan lagi. "

" Haih kau ni. Dah lah kita orang balik dulu tau. " kata Mikayla.

" Bye Reen! " dengan itu Mikayla dan Helena hilang dari pandangan Fazreen. Dengan tak rela kakinya melangkah ke pejabat mamat annoying yang bernama Faliq itu.

Tok! Tok!

" Masuk. "

Pintu dibuka, terpampang lah wajah mamat tu tengah sibuk buat kerja di laptop.

" Have a sit, Fazreen. " si gadis hanya diam dan patuh. Dia duduk berhadapan dengan Faliq. Bilik itu senyap selama beberapa minit sebelum Faliq menutup laptopnya.

" So..Fazreen, how are you? "

" As you can see, I'm fine sir. "

" Tak payah nak formal sangat lah dengan aku. Aku kenal dan ingat siapa kau. "

Semakin tajam renungan Fazreen ke arah jejaka itu. Dadanya jugak semakin sesak. Tidak sangka bahawa jejaka itu masih ingat siapa dia.

" Kita diluar waktu kelas sekarang so you can be yourself. Lagipun aku panggil kau ke sini bukan nak cakap pasal belajar. " sambung Faliq sambil membalas renungan membunuh Fazreen.

You can be yourself eh. Okay.

" Habistu kenapa kau panggil aku ke sini? "

" Saja. Nak borak dengan kau. "

" What the hell? Jangan buang masa aku lah. Kalau tak ada benda nak bincang, aku blah dulu. " Fazreen segera bangun dari duduknya.

" Eh? Duduk lah dulu, aku tak habis cakap lagi. " namun Fazreen tidak mengendahkan kata-kata Faliq.

" Duduk, weirdo. " dengar sahaja nama itu keluar dari mulut lelaki itu, Fazreen segera menoleh. Dia memandang tajam lelaki itu.

" Duduk. Jangan sampai aku angkat kau bawak ke sini. " tegas Faliq bersuara. Fazreen hanya menggulingkan matanya sebelum dia berjalan semula ke meja Faliq dan duduk dihadapan lelaki itu.

Suri Hati Mr. LecturerWhere stories live. Discover now