Bab 5

41 0 0
                                    

Di kelas, Fazreen banyak mendiamkan diri. Mikayla dan Helena pelik dengan perangai Fazreen, dari sebelum masuk kelas lagi perangai kawan baik mereka itu tidak seperti selalu.

" Fazreen Irdina? " panggil Faliq.

" Reen! " Mikayla memanggil nama Fazreen dengan nada berbisik dan menyiku lengan Fazreen yang berada disebelahnya. Namun tiada respon dari gadis itu.

Faliq mula berjalan menuju ke meja yang diduduki oleh tiga sahabat itu. Matanya masih memandang Fazreen yang duduk di tengah antara Mikayla dan Helena. Dua gadis yang duduk di kiri dan kanan Fazreen itu sudah mula cuak.

" Awak termenung apa tu Fazreen? Hmm? " lembut sahaja suara garau Faliq. Mikayla dan Helena sudah mencair. Terus berubah air muka mereka dari cuak menjadi ulat bulu.

" Eee sibuk lah kau ni! " suara Fazreen tiba-tiba meninggi. Semua terkejut dengan sergahan dari Fazreen itu. Mikayla dan Helena sudah melopong disebelah. Berani betul kawannya itu meninggi suara pada pensyarah sendiri.

" Fazreen Irdina. " suara garau itu yang tadinya lembut tiba-tiba bertukar tegas. Fazreen seakan tersedar dengan kata-katanya terus mengangkat kepala. Terkejut dia melihat Faliq berdiri tepat di hadapannya sekarang.

" M-maaf sir..s-saya... "

" Ini bukan kali pertama, Fazreen. Semalam kelas saya awak tidur, sekarang awak termenung. Boleh tak awak fokus? "

Fazreen menunduk. Walaupun dia membenci lelaki dihadapannya ini tetapi dia tetap perlu mengawal emosinya sewaktu berada di universiti memandangkan lelaki itu merupakan pensyarahnya. Untuk tidak menjadi bualan orang dan dicop sebagai pelajar biadab, dia haruslah menghormati lelaki itu.

" Lepas habis kelas ni saya nak jumpa awak. Sekarang, awak fokus pada kelas saya. Boleh? "

Fazreen masih berdiam diri.

" Saya tanya ni, boleh tak Cik Fazreen Irdina? "

" B-boleh sir. "

" Good. Now kita sambung kelas kita. "

Sekarang Fazreen berada di pejabat Faliq. Masih berdiam diri. Malas mahu bergaduh dengan mamat sewel itu.

" Aku tak tahu apa masalah kau tapi tolong lah fokus waktu kelas aku. "

Fazreen mengangkat kepalanya. Dia berdecit perlahan.

" Kau kisah apa? Kalau aku fokus ke tak fokus ke apa kaitan dengan kau? "

" Of course ada kaitan. Aku pensyarah kau dan kau pelajar aku. Kalau pelajaran kau dalam subjek aku menurun, aku juga yang kena soal dengan pihak atasan nanti. "

" Acah prihatin je kau ni. " terus kepalanya ditoleh ke kiri. Pandang dinding lagi bagus!

" Fazreen. " tegas Faliq memanggilnya. Fazreen hanya buat tidak tahu. Menoleh ke arah lelaki itu pun tidak. Keadaan sunyi seketika sebelum Faliq mula bersuara.

" Kau benci sangat ke kat aku? "

" Kan aku dah cakap semalam yang aku benci kau. Dah nyanyuk ke kau ni? Ke pekak? "

Faliq menghela nafas panjang. Matanya masih tidak lepas memandang Fazreen.

" Whatever lah. Aku malas nak bergaduh dengan kau. " Fazreen bangun dari duduknya dan melangkah ke pintu.

" This is one last warning, Fazreen. Fokus masa kelas aku atau aku report kat Aunty Azrina. Kau lupa ke apa yang Aunty Azrina cakap semalam? " Faliq memancing emosi Fazreen. Serta merta Fazreen teringat apa yang mamanya suruh lelaki itu lakukan.

Suri Hati Mr. LecturerWhere stories live. Discover now