Sepanjang perjalanan, mereka berdua tidak bercakap sepatah pun. Fazreen hanya mendiamkan diri manakala Faliq memberikan sepenuh tumpuannya kepada pemanduan. Sesekali dia menoleh sedikit kepalanya memandang Fazreen disebelah. Bibir secara tidak sengaja tersenyum kecil untuk beberapa saat sebelum memasang wajah dinginnya semula.
Entah mengapa jantung dia seakan berdegup laju dari kebiasaan setiap kali dia melihat wajah gadis itu. Walaupun wajah gadis itu selalu masam seperti cuka setiap kali berada dekat dengannya, dia tetap akan terpaku dan secara tidak sedar tersenyum sendiri. Perasaan apakah ini?
Deringan telefon milik Fazreen memecah sunyi.
" Assalamualaikum, ma. Kenapa call Reen ni? "
" Waalaikumsalam. Reen kat mana? " soal Puan Azrina.
" On the way balik ni. "
" Eh? Awal pulak kelas kamu habis harini? Kata busy dengan kelas? "
Fazreen menggigit bibir bawahnya. Apa aku nak cakap kat mama ni?
" Ehem. " Faliq sengaja berdehem. Hal itu membuatkan Fazreen memandang tajam ke arahnya. Faliq tersenyum mengusik.
" Reen dengan lelaki mana tu? Jangan macam-macam Reen, mengamuk papa nanti. " tegas Puan Azrina memberi amaran kepada anak daranya itu.
" Mana ada lah ma. Ni Reen dengan... "
" Dengan siapa? "
" Anak kawan mama yang datang semalam. "
Puan Azrina diam seketika sebelum bersuara.
" Faliq? "
" Hmm. "
" Kamu dengan dia? Sekarang ni? "
" Iya, ma. " Fazreen menggulingkan bebola matanya sebaik sahaja mendengar soalan dari Puan Azrina. Nada yang digunakan mamanya itu sukar ditafsir. Macam gembira pun ada lepas dapat tahu anak daranya itu ada dengan Faliq sekarang.
" Kamu buka loud speaker kejap. Mama nak cakap dengan Faliq. "
Tanpa berkata banyak, Fazreen membuka loud speaker dan telefon disuakan ke arah Faliq. Kepalanya ditoleh memandang tingkap.
" Hello? Faliq? "
" Ya, aunty? Kenapa? "
" Kamu dengan Reen kat mana? "
" Saya on the way hantar Fazreen balik ni aunty, tadi kereta dia rosak tu yang saya offer nak hantar dia balik. " jelas Faliq. Takut Puan Azrina salah faham.
" Oh. " keadaan sunyi seketika sebelum Puan Azrina bersuara lagi.
" Kalau aunty nak mintak tolong boleh tak, Faliq? "
" Tolong apa tu aunty? "
" Bawa Reen singgah pasaraya kejap, boleh? Aunty call ni nak suruh Reen belikan barang dapur, stok dah nak habis. "
" Boleh je aunty. "
" Betul ni? Tak susahkan kamu ke? "
" Ish, tak ada lah aunty. "
" Okay, kalau macam tu nanti aunty send list barang kat Reen. Sambil-sambil tu boleh lah korang dating nanti kan? " usik Puan Azrina.
" Mama! " laju kepala Fazreen menoleh. Dia sudah naik hantu disebelah manakala Faliq hanya tersenyum.
" Dah lah ma, jumpa kat rumah nanti. Reen nak merajuk dengan mama. Bye! " dengan itu panggilan telefon dimatikan. Muka Fazreen makin memasam.
" Ehem. Nak pergi pasaraya mana ni? "
YOU ARE READING
Suri Hati Mr. Lecturer
Teen FictionFazreen Irdina, seorang gadis terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tak dicintainya yang juga merupakan pensyarahnya, Faliq Haikal. Semua ini berpunca daripada wasiat arwah datuk Fazreen yang ingin cucu perempuan pertamanya disatukan dengan cucu kep...