LIDA 5
"MAAF, saya lewat... Ada hal peribadi." Mudah saja Qais ucap permohonan maaf kerana datang lewat ke kelas kami. Dah lah lewat hampir setengah jam. Kalau aku jadi lecturer, aku nak saja halau dia macam dia buat kat aku semalam. Aku jeling dari jauh dia yang sedang seka peluh dengan sapu tangan hitam. Acah sangatlah tu. Poyo!
"Untuk subjek hari ni, saya bagi latihan saja. Kuiz terpaksa dibatalkan. Minggu depan baru dimulakan. Siapa ketua subjek Linguistik Am?" soal Qais kepada pelajar sini.
Sunyi sepi pula.
Apahal semua ni takut dengan Qais ke?
"Minta sorang tampil jadi ketua subjek." Matanya mula tercari-cari salah seorang mangsa.
Aku teguk liur. Haraplah ada sorang volunteer.
"Saya volunteer." Ada seorang pelajar lelaki angkat tangan. Siap berdiri lagi. Aku cuba fokus kepada gerangan itu. Berani betul, eh? Tabik spring!
"Ok baiklah, Niel. Kertas ni awak ambil dan edarkan. Buku teks pula awak perlu fotostet memandangkan buku keluaran terbaru tak akan keluar untuk batch awak. Hm, siapa pula bendahari kelas ni?"
Amboi, dah dapat ketua subjek sibuk pulak cari bendahari. Acah macam guru kelas pulak dia ni. Dr Hajah Maimunah, lecturer yang jaga kelas kami pun tak ada perangai macam ni. Relaks je, apa-apa jawatan biar kami tentukan. Ini senang-senang nak carikan.
"Kalau takde orang lagi, saya nak sebut nama seseorang. Siapa yang saya sebut tak boleh bantah, ya. Terima je jawatan ni..."
Alamak, risau kalau dia sebut nama aku. Manalah tahu dia nak kenakan aku ke. Aku dah mula pandang Mia di sebelah. Fokus betul pandang ke depan.
"Lai..."
"Saya cadangkan Laila Kaisara." Suara Neil.
Merah padam muka aku. Semalam malu tak habis lagi, hari ni pula nama kena sebut. Famouslah aku lepas ni, ramai orang kenal aku pulak. Masing-masing pandang aku tak berkelip. Over betul budak fakulti bahasa ni.
"So, Laila Kaisara... Awak jadi bendahari okey. Nanti awak collect duit, dan berurusan dengan Neil tentang buku teks subjek Linguistik Am ni. Pastikan awak berdua sediakan buku seawal mungkin sebelum kuiz bermula minggu depan. Saya tak nak ada alasan apa-apa. Faham Neil, Laila?"
Aku hela nafas berat. Terasa dah menggunung sakit hati. Aku nak hidup tenteram, nak fokus belajar. Tapi, dah jadi busy pulak disebabkan jawatan baru aku. Kenapalah Neil ni? Dia ni kawan aku atau musuh? Semalam baik aje berbual, hari ni macam nak kenakan aku pulak.
"Baiklah, Dr Qais..." Aku dan Neil jawab serentak.
"Okey, good. So, buat latihan yang saya berikan. Apa-apa yang tak faham boleh tanya saya kat depan ni. Jangan berlagak pandai pulak, kalau tak tahu tanya. Lagi satu, Neil. Esok saya nak kertas latihan ni atas meja saya sebelum pukul 1. Pastikan semua hantar."
Semua pelajar kelihatan berbisik-bisik, nampak wajah tak puas hati. Aku geleng kepala, stress hidup hadap lecturer perangai persis Qais. Semua benda nak cepat. Dia lambat boleh pulak? Sebal!
Dapat saja kertas latihan itu, aku mula garu kepala. Boleh tahan susah jugak, ke aku je kurang cerdik? Banyak sangat aku tak tahu tengang subjek ini. Aku tanya Mia, dia banyak ajar aku. Tapi, aku jadi susah hatilah. Subjek ni agak sukar nak skor kalau aku tak faham. Macam mana kuiz minggu depan? Kalau dapat markah sikit macam mana?
Aku cuba jawab dulu apa yang aku tahu, ralit menulis. Sementara Mia berbincang dengan Bedah. Aku pula jadi terkontang-kanting.
"Laila..." Terkejut aku. Kena seru tiba-tiba. Baru nak dongak, kertas aku ditariknya.
![](https://img.wattpad.com/cover/325277197-288-k507919.jpg)
YOU ARE READING
Lecturer Itu Duda Aku! ✓
RomanceBerawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana lelaki itu punya pilihan hati sendiri. Al maklumlah, kahwin pilihan keluarga. Tapi, bila dia tak ada zuriat, keluarga mertuanya juga turut t...