"KAU cantik..."
Aku beku. Mata beralih pandang buku di tangan. Cantik? Dia tak pernah puji aku cantik sebelum ini. Bohonglah kalau tak cair. Ah, pipi mula terasa merah. Aku pusing badan dan pergi saja dari situ.
Buk!
Buku tadi tergolek jatuh ke bawah. Aku terlanggar seseorang. Bila pandang gerangan itu, aku rasa sedikit lega. Neil!
Dalam kekalutan takut Qais kejar aku, buku itu aku ambil dan peluk."Laila okey tak ni? Sakit tak?" Prihatin suara Neil menegurku. Aku angguk laju dan kaut lengannya dan bawa ke meja kami tadi. Mujur meja kami agak tersorok. Dapat berselindung dari si Qais gila tu!
Neil pula hanya mengikut. Mesti dia rasa pelik aku pegang lengannya walaupun berlapik.
"Sorry, Neil... Terpegang lengan awak..."
Neil hanya senyum lalu duduk. Di tangannya tiada buku pun. Mungkin dia baru lepas jawab panggilan.
"Kenapa awak macam kelam kabut?"
Aku sengih. Teruk kan aku ni? Kena puji cantik dengan duda gila tu pun aku boleh blushing. Kau kena cari pengganti Qais secepat mungkin. Bimbang aku tergilakan semula Qais. Dari awal memanglah rasa benci, tapi kalau dia puji aku. Ah, susah nak kawal diri! Eee, bencinya kenapa dengan kau ni Laila!
"Er, takde apa. Tadi ada nampak lipas nak terbang kat saya. Tu saya cam kelam kabut sikit..." Kelentongku tak agak-agak. Ada ke patut fitnah lipas? Tapi betul jugak kan memang ada lipas. Lipas versi manusia. Qais itulah, lipas yang suka muncul tiba-tiba. Dari awal, tiba-tiba jadi lecturer aku. Hari ini, tiba-tiba nak ajak aku makan. Dan, tadi tiba-tiba cakap aku cantik. Sah, memang lipas! Kena lari sebelum kena serang.
"Are you sure? Ada lipas kat library ni?" Terjongket kening tebal Neil menyoalku. Bibirnya tak lepas dari tersenyum pandang aku. Mesti dia tak percaya aku, kan. Aduh, nak temberang apa pulak kat dia?
"Ada... Besar wak. Warna coklat keperangan." Aku turut ketawa bila bayang baju Qais kebetulan warna coklat hari ini. Sesuai sangat jadi lipas! Dengan cermin mata hitam yang sengaja disangkut di pangkal hidung. Poyo betul... Tapi sebenarnya nampak macho. Eh, jangan puji dia Laila!
"Wah, Laila. First time saya nampak awak bahagia sangat. Padahal cerita pasal lipas je. Awak ni tak suka lipas ke atau suka lipas tu? Naik heran saya." Senyuman Neil makin lebar.
Aku garu kepala yang tidak gatal. Kenapa dengan aku ni? Tolong berhenti senyum. Malu ditengok Neil tau. Kau senyum bukan lawa pun, mesti muka macam makcik-makcik kan.
"Tak suka. Hehe, cuma geli hati je. Awak tak cari buku ke?" Aku cuba tukar topik. Pipiku aku usap keduanya hilangkan hangat kerana malu.
"Ke tadi ada orang ngurat awak... Tu, pipi pun merah-merah. Nak cendol?" Usikan Neil makin buat aku tak keruan. Aku kemam bibir tahan senyuman dari terus mekar. Tagline pipi merah-merah tu sangatlah kelakar tau. Dulu kan ada viral pasal awek cendol. Tak dapat cendol pipi merah-merah. Konon manja. Dan aku akui, dulu aku begitu. Manja sangat. Kalau tak dapat apa yang aku nak, mulalah merajuk. Bila jadi isteri Qais pun aku buat perangai begitu. Agaknya tak tahan sangat dengan perangai aku. Aku manja dengan orang yang aku selesa, mak dan ayah, Mia, Qais je. Selain itu jangan harap nampak perangai manja aku. Cuma sekarang ni je buang tebiat nak blushing bagai.
"Mana ada..." Meleret saja aku jawab.
"Laila... Pandanglah saya. Suka sangat lari-lari mata. Buruk ke muka saya ni? Tak sudi betul nak tengok saya, eh?"
"Mana ada. Awak ni..." Meleret lagi. Buku yang berada atas meja aku selak-selak bagi kurangkan malu. Perangai macam gadis remaja. Tak malu!
"Okey, saya tak usik dah... Saya nak cakap sikit ni..."
YOU ARE READING
Lecturer Itu Duda Aku! ✓
RomanceBerawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana lelaki itu punya pilihan hati sendiri. Al maklumlah, kahwin pilihan keluarga. Tapi, bila dia tak ada zuriat, keluarga mertuanya juga turut t...