AKU MASIH tak bersuara walaupun ada rasa ragu di hati tika ini. Kereta membelok ke belah kiri, masih sedikit jauh perjalanan. Suasana cengkerik, benar-benar sunyi sepi menyelubungi kami.
Ternampak Qais tekan butang radio. Berkumandang lagu di corong radio. Aku jadi terganggu bila lagu tersebut mengimbau kenangan kami dahulu. Waktu dulu-dulu aku sering melayan perasan, mendengar lagu jiwang sambil bermuram durja menanti perangai Qais berubah menjadi mesra. Namun itu hanya angan yang tidak akan terjadi. Kedinginannya menyeksa aku saban hari.
"Biarku lukakan semua, biarpun musnah di tanganku. Jika akhirnya dirimu denganku."
Aduh, sebak pula terasa. Kawal Laila, jangan ikut perasaan.
"Apa hubungan kau dengan Neil?"
Soalan itu buat aku tak selesa. Sebak yang datang tadi, perlahan aku pinggirkan agar menjauh.
"Untuk apa awak tahu?"
"Just curious. Dengan aku, senyum pun tak nak. Dengan Neil, senyum ketawa... Suara pun sengaja dimanjakan. Keluar terus perangai gedik kau dulu..."
"Perlu ke awak stalk saya macam ni sekali? Dr Qais yang hebat lagikan angkuh sedang gila talak dengan janda dia ke?" Aku persoalkan tentang perangai dia hari ni. Memang agak lain dari perangai sebenar dia. Tak pernah dia annoying begini. Sampai tahu apa aku buat dengan Neil. Sampai hantar pesanan teks pada aku.
"Perasan. Siapa yang stalk kau?"
"Dah tu kenapa kat mana-mana saya ada, awak pun ada?"
Qais diam. Dia pandang luar tingkap. Entah apa yang difikirkan. Nak kelentong akulah tu, ego tak bertempat. Mengaku sajalah.
"Isteri awak tak marah ke saya drive kereta ni... Karang ada salah faham pulak antara awak dengan isteri."
Aku sendiri tak berapa pasti dia sudah punya isteri baru atau belum. Mengikut firasat aku, pasti dia cinta mati pada perempuan dalam wallpaper handhonenya itu. Tak pernah kut aku nampak gambar aku diletak sebagai wallpaper handphone dia, sekali pun tak pernah. Dia tak pernah sayang aku, kut.
"Salah faham... Bukan ke kau yang banyak salah faham tentang diri aku, Laila?"
Aku pulak terkena. Betullah tu dia dah beristeri. Tapi kenapa dia kacau aku? Bukankah lebih elok bawa haluan masing-masing, dan melupakan kisah lalu? Itu lebih baik untuk kami, kan.
"Better berhentikan kereta tepi bus stop, biar saya tunggu grab di sini. Awak pulak pandai-pandailah bawa sendiri kereta. Saya risau berlaku salah faham antara awak dan wife awak."
"Tak perlu kau risaukan apa-apa, Laila. Dia tak kesah pasal ni."
Kenapa aku pula rasa nak marah ya? Sekarang dia dah miliki perempuan itu, dia nak curang dengan aku pula ke? Hangat betul hati ini.
"Hobi mencurang ke? Dulu curangi saya, sekarang awak nak mencurang dengan saya, sedangkan awak dah ada dia?"
"Siapa kata aku nak mencurang dengan kau?"
"Dasar lelaki tak cukup satu!"
"Kau sama macam dulu, Laila. Aku ingat kau berbeza. Masih suka bercakap tak fikir dulu. Kau melukai hati seseorang di sekeliling kau tanpa kau sedar. Dan kau anggap orang lain sakiti kau aje, padahal kau lebih kurang saja Laila..."
Aku tak faham! Benar-benar tak faham!
Siapa pula aku lukai? Aku bukan selancang bicaranya, aku masih tapis kata-kataku. Melainkan aku bersama Qais. Aku terlebih emosi. Dari dulu lagi, aku emosi kerana aku sangat menyayanginya. Dan kini aku emosi kerana dia pergunakan aku!"Laila... Dengar tak aku cakap ni?"
"Awak cakap jelah apa awak nak cakap. Puaskan hati awak tu. Awak je yang betul, kan?"
YOU ARE READING
Lecturer Itu Duda Aku! ✓
RomansaBerawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana lelaki itu punya pilihan hati sendiri. Al maklumlah, kahwin pilihan keluarga. Tapi, bila dia tak ada zuriat, keluarga mertuanya juga turut t...