RANDOM TEASER LIDA

25K 937 62
                                    

2 HARI LAGI PROMO! DUA EBOOK RM24

2 HARI LAGI PROMO! DUA EBOOK RM24

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.















Ada orang jealous lah 😂

"Assalamualaikum... Apa bising-bising ni?"

Tu dia... Singa jadian dah datang. Masing-masing zip mulut. Aku tahan bibir dari tersenyum. Kelakar lah bila terfikirkan semula, ada-ada saje kerenah Neil dengan Qalish ni.

"Waalaikumussalam, Dr Qais."

Qais menapak di tengah ruang. Briefcasenya di letak atas meja. Matanya scan kami satu persatu, lagak macam guru disiplin siap bercekak pinggang.

"Apa bising-bising tadi? Macam jualan murah pulak? Apa kes?"

Qalish tergelak kuat. "Dr Qais. Kami semua happy sebab kawan kami Neil dengan Laila nak kahwin nanti! Neil dah ajak Laila jumpa mak mertua dia petang nanti!"

Aku ambil file di mejaku dan tutup muka, sembunyi. Malu gila! Kenapa Qalish ni mulut becok?

"B... betul ke ni?" Qais menyoal serius.

"Kenapa, Dr Qais nak datang majlis kami?" Neil pula bersuara, berani.

Aku rasa nak cabut aje mulut Neil. Suka-suka aje cakap macam tu depan Qais.

"Nope, hm... I'm busy. By the way, kita teruskan dengan presentation kumpulan seterusnya. Fokus semua! Lupakan pasal Neil dan Laila. Kisah mereka tak ada masuk dalam exam pun, kan?" Aku letak semula file, dan curi-curi tengok muka Qais. Macam tak ada perasaan pun. Mesti dia tak kesah. Baguslah macam tu.

"Dr Qais!" Ada satu suara memanggil. Qalish rupanya. Apa lagi entah mamat tiga suku tu.

"Apa kata kita kasi tepukan gemuruh buat bakal pengantin baru ni... Haa tepuk!" Zakuan pulak menambah.

Seisi kelas bertepuk tangan, yang tak tepuk hanyalah Qais. Dia sekadar perhati aku, dari jauh dengan muka yang cemberut. Aik, takkanlah nak marah aku. Bukan aku yang melebih, dorang aje perangai tak semenggah.

"Dah... Ini bukan pesta. Saya nak kamu semua lebih serius. Kepada pasangan merpati dua sejoli Neil dan Laila, jangan seronok sangat bercinta di kampus. Zaman sekarang, cinta tak selamanya indah. Lebih baik fokus belajar daripada bermaksiat sana sini. Am I right?"

Aku gigit bibir geram. Tahan malu dan amarah. Dia sindir macam gitu sekali? Macamlah dia tu bagus sangat? Dengan Elaina pun bermaksiat. Puihh! Perasan bagus.

"Okey, fokus... Teruskan Raisya dan ahli lain, present..." Selamba saja dia tutup tirai kisah aku dengan Neil. Dia dah sembur begitu, buat muka toya pulak. Aku menjeling dia dengan tajam. Rasa nak kasi penampar pun ada.

Sedang aku fokus dengar presentation, sambil tulis beberapa nota penting di helaian kertas kajang, ada satu memo pad yang sudah renyuk jatuh di atas meja aku. Eh... Memo pad kuning?

Aku sedut nafas, perfumes Qais ni. Terus aku dongak, benar ada Qais berdiri sebelah aku. Keningnya terangkat dan jarinya tunjuk ke arah memo pad itu. Aku nak bertanya apa ni. Dia terus berlalu, tak pandang pun aku. Qais duduk semula di kerusinya, fokus pada Raisya yang masih belum habis pembentangan.

Aku kuis memo pad itu, risau pulak. Apa yang Qais tulis dalam ni?

"Laila..." suara Neil berbisik sayup-sayup kedengaran. Tak jadi aku buka kertas renyuk itu, terus aku simpan dalam pencil box aku. Balik nanti ajelah baca, tak pun buang dalam tong sampah kejap lagi.

Aku toleh kiri, Neil tongkat dagunya, sengetkan kepala memandang aku dengan senyuman manisnya. Tiba-tiba bibirnya memuncung, gaya-gaya minta dicium. Aku kerut dahi, geli gelaman ya rasa. Ya Allah, sejak bila Neil merenyam macam ni? Tersampuk orang minyak ke?

"Jangan macam tu, Neil!" Aku berbisik-bisik, gaya macam Neil akan dengar pulak. Padahal jauh juga jaraknya, memang tak akan dengar sangat dengan suaraku senipis kulit bawang. Aku pandang kiri dan kanan, Mia nampak kami berdua. Dia tekup bibir, elak nak termuntah.

Aku cari lagi wajah Neil. Kali ni dia kenyit mata dengan wajah gatalnya. Ya Allah, handsome memang handsome tapi agak-agaklah dalam kelas kut. Berbahang muka aku.

"Neil..." Tu dia, suara Qais. Aku cepat-cepat pandang depan.

"Ya, Dr Qais."

"Mata awak dah cacat ke asyik kenyit-kenyit? Ada penyakit baru?"

"Tak adalah, Dr. Saya buat senaman mata. Biar mata saya ni terang nak tengok wajah kekasih saya, Laila..."

Kedengaran tawa bersambung bergema dalam kelas. Siap ada berbunyi 'pewwit.' Aku sembamkan wajah atas file. Ya Allah, dugaan besar betul hari ni. Satu kelas dah tahu pasal kami. Padahal aku dengan Neil masih berkawan. Aaa, rasa nak gali tanah, tanam diri sendiri aje.

"Nak saya cungkil biji kata kamu ke? Saya kata fokus."

"Alaaa. Dr ni... Kasilah can, santai-santailah sikit. Asyik serius aje." Berani sungguh Neil berbicara.

Aku tahan gelak. Neil ni memanglah sehari tak buat aku pecah perut, tak sah!

"Kalau nak bersantai sangat, sila keluar kelas saya... Now!" Tinggi suara Qais menghalau Neil. Sampai begitu sekali ya, tak agak-agaklah Qais pun. Bergurau senda pun tak boleh. Memang dasar singa jadian!

"Baiklah, Dr. Qais. Menurut perintah..." Menganjing betul. Neil turun dan keluar kelas. Gayanya macam happy saje, tak ada pulak nak kesah. Muka maintain aje.

"Kamu Laila!"

Eh, nama aku pun kena ke?

"Ya, Dr. Qais?" Terpinga-pinga aku menunggu dia bercakap. Mukanya dah macam singa. Merah padam. Marah sangat, padahal tak ada apa sangat pun kan. Yang malunya aku, bukan dia.

"Jangan menggatal sangat. Sini tempat belajar bukan tempat merenyam."

Aku jugak yang kena. Macam kena bebel dengan cikgu sekolah menengah.

"Saya dah besar panjang, Dr. Qais. Suka hatilah kan nak merenyam ke menggatal ke. Bukan saya menggatal dengan Dr. Qais pun?"

Haa... Ambik kau! Muka Qais pun terpegun dengan jawapan aku. Mia senggul siku aku.

"Beraninya kau ni kak."

"Terlepas cakaplah. Terberani..." Aku tayang gigi, sengih kuda.

http://www.wasap.my/60175484297/Kombolastlove

Lecturer Itu Duda Aku! ✓Where stories live. Discover now