Bab 10

30K 1K 80
                                    

LIDA 10

LEPAS pulang ke dorm, aku termenung panjang. Sikit-sikit aku mengeluh. Terasa tak nak menghadap muka Qais lagi.

"Kau kenapa, kak?" Aku cuba sembunyi raut wajahku yang mendung. Terasa nak menangis tapi aku tak nak menangis kerana Qais. Aku rasa perkara itu membuang masa.

"Takde apa," jawabku tidak mahu beritahu perkara sebenar. Seboleh mungkin, tentang hari ini aku takkan ceritakan kepada sesiapa, termasuk ahli keluargaku. Biarlah terkubur dalam lubuk hatiku saja, meskipun ianya sangat mendera jiwaku.

"Kakak balik dengan abang Qais, kan?"

Aku terdiam. Macam mana dia tahu?

"Abang Qais beritahu Mia kat mesej tadi. Dia kata kakak kat rumah mama dia."

Aku tak terkata. Rupanya dua ekor ni dah berbalas mesej. Bertukar pesanan lagi. Tanpa beritahu pun, memang dah terkantoi dengan Mia.

"Kenapa Mia perlu layan dia? Mesej dia? Dia bukan sesiapa pada kita, Mia." Aku minta penjelasan. Sudahlah Qais bikin hati aku sakit, sekarang Mia pula.

"Mia... Hm, Mia minta maaf, kak..." Bukan permohonan maaf yang aku nak, tapi penjelasan.

"Mia suka Qais, ke? Kalau suka Mia ambik dia. Tapi jangan babitkan akak dengan dia." Saja aku tebak. Dah awal pertemuan Mia dah tergedik-gedik, kemungkinan Mia ada hati dengan Qais. Kalau ada hati pun lagi bagus, kahwinkan ajelah kalau itu dapat puaskan hati masing-masing.

"Apa akak ni? Mia mana ada suka Abang Qais. Cuma Mia tak sampai hati pula, dah Abang Qais tu merayu kat Mia nak minta nombor Mia, supaya senang apa-apa jadi pada akak nanti dia tahu..."

Aku berdecit sambil geleng kepala. Kenapa dengan Qais ni? Dah aku kata jangan ungkit masa silam dan anggap aku hanya orang luar. Kenapa masih berdegil nak tahu tentang diri aku? Bukan ke dia pernah cakap aku ni macam-macam dulu. Hina aku itu ini. Semua yang aku buat, tak kena di mata dia. Aku isteri tak sempurna di mata dia. Sebab itu dia buang aku. Dan sekarang? Apa mahu dia? Apa lagi!

"Akak nak Mia stop sampaikan aktiviti akak pada dia. Kalau nak cakap pasal lain terpulanglah. Jangan ada satu pun tentang akak. Faham tak Mia?" Aku mula bertegas. Kalau dah aku tak suka, jangan cuba buat lagi. Jangan cabar kesabaran aku. Cukuplah hati ni terluka. Tak ada lagi peluang untuk baiki hubungan yang retak ini. Rasanya memang takkan berlaku. Sudah cukup aku sengsara.

"Kalau dia paksa macam mana?"

"Mia pun dah besarkan, nak takut apa dengan dia tu? Manusia jugak, bukan harimau."

Kelihatan Mia tak senang duduk. Mukanya mendung, risaukan apa lagi pun aku tak tahu.

"Jangan disebabkan dia, kita pulak bermasalah. Mia kena sebelahi akak, Mia tu adik akak... Bukan adik dia."

Mia angguk je.

"Pening Mia. Kenapa Mia belajar dengan akak. Tengok dah sakit kepala fikir."

"Ada akak ajak Mia ke belajar dengan akak? Mia yang nak sangat ambil kos sama dengan akak." Aku pula mengulang kisah lama. Berapa kali aku tanya betul ke keputusan dia ambil kos sama dengan aku. Dia tetap juga nak. Sekarang dia nak mengeluh pulak?

"Iyalah, tapi... Tak sangka Abang Qais tu lecturer kita."

"Nak buat macam mana. Teruskan jelah hidup. Akak nak anggap dia lecturer je lepas ni. Malas nak serabutkan otak. Akak harap Mia pun macam tu, melainkan Mia ada hati kat dia."

"Ish, janganlah cakap macam tu. Mia pun dah tak nak sesiapa. Tawar hati sejak Ziyad tu."

Kami masing-masing terdiam. Aku baring dek kerana keletihan, Mia pun turun baring di sebelah aku. Pandang siling kipas. Macam-macam aku teringat tentang peristiwa petang tadi, dah halau masih juga melekat. Nak luahkan pada Mia, tapi malas. Mia pun dah macam tu. Aku sukar nak percaya dia. Nak cerita isi hati aku pun dah susah.

Lecturer Itu Duda Aku! ✓Where stories live. Discover now