LIDA 3
"KAKAK... maafkan Mia, ya..." Lembut suara Mia memujuk.
Aku kesat tubir mata yang basah. Aku fikir aku kuat, namun pulang saja ke bilik dorm. Perlahan-lahan air mata turun sendiri. Dari bisu jadi esak-esakan. Sampai Mia pun beria nak pujuk aku. Tak tahu kenapa dengan aku. Yang pastinya, hati aku tersangat sakit kerana kecewa dan terlampau marah dengan pertemuan tidak terjangka ini. Kenapa dia muncul dalam hidup aku setelah 3 tahun aku cuba melupakan dia?
Jujur... Qais adalah cinta pertamaku.
Dia pernah menetap lama dalam hatiku sejak aku berumur setahun jagung. Keluarga Qais memang rapat dengan keluargaku. Cumanya, sejak kami berpisah. Hubungan jadi renggang. Entahlah, keluarga Qais bencikan aku kerana aku mandul kut. Padahal kahwin baru 2 tahun, mandul ke?
Mereka tidak tahu hakikat sebenar hubungan rumah tangga kami bahawa aku tak dilayan selayak isteri. Bukanlah dia pukul aku. Mulut dia je pedas, tak pandai jaga hati aku. Lama-lama bersikap dingin. Sudah lama juga Qais tak sentuh aku. Boleh dikira jari berapa kali kami buat hubungan intim. Mungkin Qais tidak berminat denganku. Dan, firasatku ternyata benar. Qais kembali berhubung dengan bekas kekasih hatinya bernama Safya.
Itupun aku dapat tahu melalui handphone Qais. Curi-curi tengok, masa itulah Qais mengamuk sakan. Dimakinya aku, diherdiknya aku, sangat-sangat teruk tingkah lakunya terhadapku masa itu. Nasib, badanku tidak dipukul. Hanya kata-kata kasarnya menumbuk-numbuk relung hatiku paling dalam.
Aku ambil tisu yang Mia bagi lalu hembus kuat. Bila Mia datang dan peluk aku, lekas saja aku paut pinggangnya. Walaupun mulut Mia jahat, dia sajalah adik yang aku ada, dunia akhirat. Aku pejam mata, memori lama itu datang agar aku melayarinya kembali. Aku biarkan kenangan itu menjelma, menyeksakan pun tidak apa. Perlahan-lahan layar ingatan itu datang.
"Abang... Apa salah Laila? Tak cukup ke Laila selama ni berkorban untuk abang? Laila rela berhenti kerja, Laila rela kuburkan cita-cita Laila demi abang dan kahwin dengan abang. Semuanya Laila lakukan untuk abang. Tapi, ini yang abang balas?" Terluka parah bila skrin handphonenya tertera gambar perempuan lain, yang sangat-sangat cantik. Tidak dapat dibandingkan dengan aku. Aku kalah jauh.
"Siapa benarkan kau sentuh handphone aku!" Bengis Qais menjerkah. Dia pantang aku sentuh barangnya sedangkan aku isterinya. Apa jijik sangat ke kalau aku sentuh barang dia? Apa aku ini tidak bernilai di matanya? Hanya kain buruk? Kalau begitu, kenapa masih teruskan perkahwinan penuh luka ini! Kenapa?
Kerana amarah yang membuak, aku lontar handphone Qais bertembung dinding. Jatuh berkecai atas lantai. Skrinnya juga retak. Aku puas! Seperti dapat hapuskan perempuan yang telah rampas suami aku!
"Kau melampau, Laila!" Tangan hampir naik, menggigil tangan itu separas bahunya. Mahu menampar aku. Teganya! Rahangnya bergerak-gerak keras tika ini. Muka putih Qais merah padam. Matanya mencerlang tajam, berkilauan bak helang. Kebenciannya tampak bersinar, seakan menghantar maksud padaku agar berhambus dari hidupnya.
"Tamparlah saya, abang! Tampar! Tampar puas-puas! Lepas dah puas, abang ceraikan saya pulak! Biar hati abang bahagia sebab dah hancurkan hati isteri yang mencintai abang dari dulu sampailah sekarang! Tampar!" Provokku nyaring bersama deraian air mata yang berjuraian. Ikutkan hati, aku yang sepatutnya menampar dia kerana berlaku curang. Tapi, aku masih waras. Dia adalah suami, aku tak berhak angkat tangan dan berlaku derhaka, kan? Walaupun suamiku sejahat ini. Dia masih syurga aku.
"Melampau! Sebab tulah aku benci kau, sial! Sebab perangai kau suka mencabar aku! Kau fikir aku akan pukul kau? Silaplah, aku takkan kotorkan tangan aku dengan kasari tubuh kau. Aku masih hormat kau sebagai isteri walaupun kau langsung tak hormat aku sebagai suami kau!"
YOU ARE READING
Lecturer Itu Duda Aku! ✓
RomansBerawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana lelaki itu punya pilihan hati sendiri. Al maklumlah, kahwin pilihan keluarga. Tapi, bila dia tak ada zuriat, keluarga mertuanya juga turut t...