prolog

1K 26 0
                                    


" Elena!  Come here!  this patient having heart attack!"   Nurse Dina memanggilku yang baru saja masuk shif malam. 

Itu la kerjaku selama 5 tahun ku bekerja di Kajang Plaza Medical Centre. Aku akan berusia 27 tahun pada bulan ogos. dan dalam tiga bulan lagi aku digelarkan sebagai seorang isteri.

Ya isteri. tak salah cakap ya. aku nak kahwin.

dengan siapa? hm... orang paling aku benci.

" Wow!  tunang Dr. Elena bagi bunga lagi la.. Untungnyaa " kedengaran riuh-rendah di kaunter nurse membuatkan aku ke alam nyata.

aku mendengus. sudah duga siapa. Kau ingat dia nak bagi bunga-bunga semua ni? kirim salam la.

Telefon di poket kot putih ku berdering menandakan ada orang menelefonku. Aku seluk poket itu dan terpampang nama dia "Sciocco"

Naik menyampah aku nampak nama dia dan aku terus meminta diri ke bilik rehat untuk menjawab panggilan dia.

" Nak apa " jawabku dengan malas.

" Nak kau "

" Betul-betul la! aku tengah kerja ni! "

orang di sana diam

" Hello? Encik Aariz?" ya itu la nama bakal suami aku. yang menjadi pujaan para wanita kecuali aku.

" Aku dah kata jangan panggil aku dengan nama tu! Tak faham ke! " aku sedikit terkejut bila dia naik suara dengan aku.

" lah.. dah memang nama kau Aariz Louis Kim. takkan aku nak panggil kau dengan nama bapak kau pulak" ada aku kesah dia naik suara ke, naik tangan ke, naik kaki ke... selagi dia belum sah jadi suami aku, aku ada hak untuk bersuara balik. sesuka hati mak dia je nak marah anak dara orang. Nak aje aku carut dalam seribu bahasa. Nasib aku tau tiga bahasa je tau.

Ya.. aku kacukan Italian-Malaysia. Ibu ku orang itali dan ayahku Melayu malaysia. dan aku dilahirkan dengan agama Islam. kenapa aku tak letak nama keluarga ibuku? biar la itu menjadi rahsia saja. haha.

" Aku tak suka! ni.. dapat tak bunga baby breath tu? "

" dapat "

" well.. sama-sama" kedengaran suara riak di hujung talian sana. Eh suka hati mak nenek dia je.. ada aku cakap terima kasih ke?

" Sciocco! aku suka sunflower la! " terus aku tutup panggilan si dia. ada aku kesah dia tersentap ke. kalau dia terasa lagi bagus biar batal terus perkahwinan ni. Aariz Louis Kim musuh no satu aku jadi bakal suami aku. Baik aku kahwin dengan bangla tepi jalan je la mak..

" Hai, voiture! " sebaik saja aku melangkah kaki ke dalam butik, wajahnya yang terpaling suci menyapa aku.

" tak payah nak hai hai bagai. mana daddy dengan mummy? " ya.. kami sedang mencuba baju nikah dan baju sanding kami. padahal lagi tiga bulan lagi kot.. oh ya dan tarikh pernikahan kami pada tarikh hari lahir ku. katanya.. biar istimewa sikit. istimewa kepala hotak dia. mimpi ngeri aku nak sambut tahun depan.

" pergi lunch kejap. mereka belum makan. ni baju nikah. kau cuba dulu baru aku try " Aariz memberikan aku baju rekaan itu ke aku. Baju yang ditempah khas oleh mummy dan ibu Aariz.

Aku menyambut baju tersebut dengan hati yang tidak rela. pelik kan? ada ke pengantin perempuan yang tak suka mencuba baju nikah sendiri? ya itu la aku. aku jenis yang tidak suka shopping sebab lebih baik aku luangkan masa luang tu dengan kajian kes aku. lagi berfaedah.

aku merenung melihat diriku yang dihiasi manik-manik putih di bajuku. cantik. memang cantik rekaannya. melihat aku di pantulan cermin membuatkan aku hampir mengingat kembali peristiwa lalu..

Mienne [C]Where stories live. Discover now