Bab 12

231 16 0
                                    


Lagu 'Rewrite the stars' bergema di bilik Elena menarik perhatian aku. Agak la buka lagu tu perlahan sikit. Aku yang baru habis solat isyak, berdiri di depan bilik dia. Esok baru dia dapat solat bersama aku. Lama aku tunggu nak rasa perasaan jadi imam.

Baru aku mahu ketuk pintu dia, perasan pintu dia terbuka sedikit. Aku pun tolak perlahan. Cari kelibat Elena .

" Ele.."

Kejung badan aku lihat dia cuma beralaskan tuala paras dada hingga peha. Dapat aku lihat dia sedang khusyuk melayan lagu itu. Aku cuma perhati dari jauh. Ya Allah kuatkan la iman aku malam ni.

Dia masih tidak sedar akan kehadiran aku itu masih terus nyanyi dengan merdu. Dia mengalihkan rambut panjang dia ke kanan dia mendedahkan leher dia di bahagian kiri. Naik turun iman aku malam ni. Sabar Aariz! Jangan sampai Elena hilang kepercayaan dengan kau.

Dia bangun dan mula menari dengan penuh goda. Kau memang tengah goda aku ke, Elena?

Kali ni dia pusing ke belakang dan sedar akan kehadiran aku.

" AAAAA ABANG! " terus dia terduduk menutup bahagian dada dia dengan tangan. Ingat dapat buat mata aku tengok benda lain la? No dear .

" You look beautiful tonight, dear " aku melangkah masuk bilik dia. Aku imbas lagi sekali tubuh dia. Memang aku mengaku, aku tergoda.

Aku berhenti di depan dia. Nampak dia gugup. Takut dengan tindakan aku. Aku tundukkan badan ke belakangnya. Muka aku dan dia sangat dekat. Nampak dia dah tutup mata. Dengan ketakutan. Aku mengeluh perlahan. Aku ambil selimut di belakang dia.

Aku menyelimuti badan dia. Dia jelas terkejut dengan tindakan aku. Kan? Aku pun terkejut dapat kawal diri.

" Lain kali pastikan bilik kunci kalau tak nak saya hilang diri saya. "

Dia makin eratkan selimut itu. Aduhh wahai Elena sayang..

" Dear...if you need someone to talk, you can talk to me. I always there for you. Either your concern or problem or past story. I listen and comfort you. Okay? I just want to know you more and more. "

Aku mengusap rambut basah dia dan mengucup dahi dia sebelum keluar semula.

Wah..hebat la Aariz. Kau dapat kawal!

___________________

Hari ini aku mula masuk kerja semula. Sama juga dengan Aariz. Memandangkan tempat Aariz jauh dan ambil masa lama nak sampai, dia terlebih dahulu keluar. Banyak kali dia kata maaf sebab tak boleh tolong hantarkan. Abang abang... macam mana nak hantar? Aku ni kerja shif petang. Nampaknya kena selalu minta shif pagi petang je la. Malam ada orang rumah kena teman.

Sebaik saja aku sampai ke dalam bilik aku, Tira semestinya bergegas masuk bilik aku juga. Nak gosip la tu. Pasal apa? Pasal aku la apa lagi.

" So macam mana? Bila aku dapat merasa jadi aunty hot ni?"

Aku memukul dia dengan carta pesakit aku.

"Lambat lagi la. Aku dengan dia pun sibuk. Ada rezeki, ada la tu. Dah tak payah nak gosip pasal aku. Pergi buat kerja "

Aku halau dia keluar. Kalau tak sampai terabai pesakit dia tu.

" Macam mana hidup lepas kahwin?"

Dia tanya kembali pada aku. Aku berfikir seketika.

" Boleh la. Dia layan aku baik. Macam princess. Semua benda tak bagi aku buat . " Luah aku

" Wahhh mesti Encik Aariz tu sweet gila kan? Untung kau lena.."

Hilang terus kelibat dia. Aku untung? Sweet tu ada la juga. Hehe

___________________

" Dr. Elena! Ada pesakit cedera kaki kejap lagi sampai! " Panggil Nurse Yuni.

Aku cuma angguk faham. Dan berlalu bersama stetoskop aku.

Sampai saja ku di lobi, aku berhenti seketika. Lelaki. Selama aku kerja, aku dah cakap awal-awal aku tak terima pesakit lelaki. Kes si Aariz tu lain. Dia bukan pesakit aku. Dan aku dipaksa jadi doktor peribadi dia. Kalau tak hari-hari dia datang merayu kat aku.

Aku melangkah ke belakang sedikit demi sedikit.

" Dr? "

Nurse Yuni ni orang baru. Jadi dia tak tahu. Aku pun satu tak bagitau dia.

" Panggil Dr. Ilham "

Nurse Dina menolak aku ke belakang. Aku terus berjalan laju masuk bilik aku. Situasi dia sama. Sama dengan aku dulu.

" Sakit! Tolong...nak balik.."

Dia makin lama pijak kaki aku. Penuh dengan gelak tawa dia di gudang lama itu.

" Awak... Saya nak ba..balik..saya pe..penat "

Dia dengan tanpa perasaan meninggalkan aku yang penuh kesakitan di sini keseorangan.

Aku meraup wajah lama. Meletakkan kepala di meja. Cuba membuang memori itu jauh dari ingatan aku. Aku tak nak ingat lagi. Sakit untuk aku ingat balik.

Pintu dibuka menandakan ada orang masuk ke dalam bilik aku.

" Dina, suruh Ilham ambil pesakit tu. Aku .. tak boleh. Memori tu masih segar dalam ingatan aku.. aku.. takut "

Diam. Tiada suara menyahut percakapan aku.

" Dina.. bagitahu aku. Macam mana aku nak hilangkan memori tu? Bila aku cuba lupa, dia datang balik. Sakit untuk aku ingat balik apa yang berlaku. " 

Tanpa sedar, air mata aku mengalir.

" I said your tears are to expensive, Elena. "

Dengar suara itu aku mendongak kepala aku. Aariz. Macam mana dia boleh ada kat sini? Oh ya..dia kata latihan dia habis jam 5 petang. Sekarang 6:30 petang. Aku punya shif habis jam 10 malam.

" A.. abang?"

Air mata yang mengalir tadi disapu oleh dia. Dia duduk di depan aku.

" You can't forget what happened in your past, dear. Once enough. Trust me. It's the key for your problem "

" Trust you?"

" Earn money is easy. But earn trust is more complicated,you know? You can't trust everyone you know, Elena. Just trust and believe in yourself. The strongest things are trust. Just trust me. Keep in your mind that you're married. You have a husband to listen all your problem. Use me. "

Percayakan Aariz? Percayakan diri aku sendiri? No aku sendiri tak boleh percayakan diri aku sendiri. Aku ibarat memakai topeng. Semua ingat aku nampak gembira, tapi semua itu palsu.

Ya..aku dah kahwin. Aku ada suami tempat aku luahkan semua masalah aku. Tapi bolehkah dia terima aku?

" You trust me, ma chère? "

Walaupun kami baru merasai alam perkahwinan, kepercayaan itu bukan mudah aku lepaskan saja. Tapi.. dia suami aku. Dia lah yang aku akan hidup untuk seumur hidup aku. Dia berhak tahu. Jika aku tak atasi ketakutan aku sendiri, sampai bila dia nak tunggu aku? Percaya dan yakin? Itu la kekuatan aku?

Aku percaya dia. Dia suami aku. I need him. He need me. I want him so bad!

" I... almost get raped "

Sampai situ saja. Terima kasih sudi membaca

Mienne [C]Where stories live. Discover now