Bab 20

408 17 0
                                    


Tangan aku digenggam erat dalam tangannya. Kini kami di mall untuk mencari hadiah untuk Ameera. Dia berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Semester satu dia. Jadi aku cadangkan untuk Aariz hadiahkan sesuatu untuk Ameera. Biar untuk Semester dua nanti, dia makin semangat belajar.

Tiada tanda-tanda Aariz mahu lepaskan tangan kami.

Dan aku belum memberitahu dia. Hawa juga aku tidak beritahu lagi. Aku mahu buat kejutan untuk dia. Pasti dia melompat suka sangat.

" Abang cari la baju ke beg ke kat dalam tu..saya nak pergi toilet kejap "

Aku mahu melepaskan tangan aku tapi dia tarik balik.

" Ni dah berapa kali dear masuk keluar toilet. Are you sure you okay?"

Aku sejak berbadan dua ni, sering kali aku ke toilet.

" I'm very sure that I'm fine. "

Nampak berat Aariz mahu lepaskan tangan aku.

" Abang.. i'm just need to pee . I won't leaving" aku pujuk dia supaya lepaskan aku.

Akhirnya dia lepaskan juga tangan aku. Nak pergi toilet pun susah.

Aku masuk ke dalam tandas dan lenggang. Tiada orang pun even makcik cleaner pun takde.

Aku rancang mahu berikan kejutan pada dia semasa makan malam nanti di Secret Resepi . Aku memastikan gambar ultrasound bayi kami di dalam kotak warna kuning. Kecil saja lagi tapi cukup buat kami bertambah bahagia.

Sebaik saja aku mahu keluar semula mencari Aariz, satu tangan mendahului mulut aku.

Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Telefon dan kotak tadi terlepas dari tangan aku. Ada bau yang kuat buatkan aku tak dapat buka mataku. Akhirnya aku terlena.

______________

Sudah masuk satu jam elena di tandas. Di mana dia? Lamanya shishi.

Aku keluar dari kedai baju dan berjalan mencari Elena di tandas. Kemudian aku nampak ada seorang makcik cleaner keluar dari tandas perempuan. Aku menghentikan langkahnya.

" Cik..ada nampak seorang perempuan pakai tudung warna biru cair dengan baju warna hitam? Orangnya tinggi lebih kurang...."

" Dalam tandas tiada orang dik.. makcik baru habis cuci, tiada satu orang pun dalam tandas "

Kata-kata aku dipotong oleh makcik itu. Tiada orang? Mustahil. Tadi terang-terangan dia masuk dalam tandas. Makcik itu minta diri dulu dan aku mula rasa cemas.

" Ya Allah...mana awak ni Elena.."

Kemudian aku terpandang telefon dan juga kotak warna kuning yang ada di lantai dan aku ambil telefon tu. Aku belek telefon tu dan itu telefon Elena!

Mata aku melilau cari kelibat dia. Tiada satu pun tunjukkan bayang elena.

Aku pula buka telefonnya. Tiada yang mencurigakan. Jangan kata kat aku elena...

Ting!

Satu mesej dari telefon aku terus aku lihat. Dari nombor yang tidak dikenali.

Satu gambar Elena diikat pada kerusi yang berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Badan menggigil kemarahan. Aku rasa aku tahu siapa yang berani cabar aku.

'kalau kau nak isteri tercinta dan anak kau selamat, kau datang sendiri. Kau tahu kan kat mana? Jangan lambat, lambat aku ngap bini kau lagi. Sedap lagi ni hmm '

Amarah aku makin membuak bila dia mahu apa-apa kan Elena. Tapi kejap...

Anak? Jangan cakap..

" Elena is pregnant?"

Mienne [C]Where stories live. Discover now