Bab 10

262 17 0
                                    


Aku berjalan beriringan dengan Aariz. Aku hanya membeli beberapa skincare dan barang peribadi aku. Manakala Aariz berpisah dengan aku untuk mencari barang keperluan dia.

" Dear!" Aku menoleh ke arah pemilik suara dia. Dia seperti sedang menyembunyikan sesuatu dekat belakangnya.

Aku berjalan ke arah dia.

" Kenapa abang?" Tanya aku pada dia.

" Ni " dia mengeluarkan sesuatu dari belakang dia.

Wajah aku terus menjadi merah padam. Pipi, telinga satu badan panas tengok barang yang dia tunjuk kat aku. Baju tidur. Jarang gila! Memang nak kena dia ni.

" Abang! " Aku pukul dia berkali-kali. Menyuruhnya pulang balik ke tempat asal. Boleh pulak dia gelak kuat-kuat. Habis satu mall jadi saksi aku menjadi tomato. Memang nak kena dengan dia ni. Ingat kau suami aku, aku tak boleh buli kau la ni?

Dia kembali dengan muka selamba. Makin geram la aku dengan dia.

" Kenapa abang ambil baju tu hah?" Aku bertanya sambil bercekak pinggang.

Dia senyum sinis.

" Tak ada la..selalu pergi mall nampak suami belikan baju tu untuk isteri dia..so why not la kan?" Nampak jelas dia tahan gelak. Memang sah dia ni nak kena gusti dengan aku.

" Beli baju untuk saya boleh. Tapi bukan baju tu! " Geram aku tempias kan ke dia. Aku tolak troli meninggalkan dia ketawa seorang kat situ.

Aku menolak troli dengan cepat. Malas aku nak layan karenah dia ni. Sebelum kahwin ke lepas kahwin ke sama je, suka usik aku! Menyampah.

" Dear! Tunggu la suami mu ini!"

Dapat aku dengar dia berlari kejar aku dari belakang. Aku cepatkan lagi dan dengan cepat dia muncul di depan troli. Menahan aku menolak lagi laju.

Senyuman Colgate dia tu ingat buat aku cair? Aku tayang muka menyampah.

" Sorry laaa ... Hm?" Dia tayang muka comel dah. Ingat cair la?

" Erm...dear nak makan apa nanti. Abang carikan. Sampai ke kutub selatan sekali pun abang sanggup pergi "

Aku ketawa dengar kata-kata dia. Pergh sampai kutub selatan eh? Jari telunjuk aku diletakkan di kepala. Macam orang tengah berfikir.

" Tekak tiba-tiba rasa nak makan sushi la..erm..Empire Sushi?" Cadang aku.

" Baik boss !" Dia tabik hormat seperti polis di hadapan aku. Alahai...suami siapa la ni.

_______________________

Malam kami di rumah baru agak sunyi. Mungkin juga sebab Aariz sedang solat isyak dan aku tidak. Masih bendera jepun. Aku pula tidak mahu ganggu dia, jadi aku turun ke bawah. Duduk di ruang tamu tanpa membuka televisyen. Kami masih belum siap mengemas rumah sepenuhnya. Masih terdapat banyak kotak-kotak di ruang tamu. Aku meneroka setiap pelusuk rumah tu.

Aku tertarik dengan satu gambar yang ada tiga orang budak sedang bergembira bersama. Dua lelaki, satu perempuan. Dan semestinya perempuan itu bukan aku. Mungkin sepupu dia? Sedang aku meneliti gambar itu, satu tangan sambar bingkai gambar itu dengan pantas. Lalu aku tersentak.

" Eh abang.. dah siap solat isyak?" Suara aku tersekat-sekat sebab dah terlihat wajah dia yang tahan amarah. Aku tahu aku dah langgar privasi dia.

" Siapa suruh tengok gambar ni? " Dia cuba menahan marahnya.

" Err.. saya minta maaf , bang. Saya bosan. Saya tunggu abang siap solat, saya tak nak ganggu abang jadi saya turun bawah. Nak tengok-tengok rumah baru kita..sorry dah langgar privasi abang.. " panjang lebar aku berkata. Takut kena marah punya pasal.

Dia menghembus nafas berat. Lalu semua bingkai gambar yang mereka bertiga dibawa dan dibuang kan ke tong sampah. Sumpah aku terkejut gila.

" Eh..abang ! Kenapa buang?" Terbuntang mata aku dia ikat plastik sampah tu.

" Not a good memories. so it's need to throw away " tanpa menghiraukan aku, dia membuang plastik tadi ke luar rumah.

Aku yang masih terkaku tidak tahu buat apa. So kena halang ke ni? Ye la mana tahu tu kawan baik dia ke..main buang aje. Tapi aku sedar aku tak ada hak nak masuk campur.

Dia kembali masuk dan terus ke singki dapur. Aku membuntuti dia. Aku duduk di kerusi bar meja.

" Abang okay? Nak saya buatkan air?"

Aku nampak dia basuh muka banyak kali. Mungkin memori lama dia sangat lah tidak baik. Bersangka baik saja la, Elena.

Dia geleng. Tuala yang disangkut di tepi tingkap di ambil. Eh kejap!

" Abang! Tu tuala dapur! " Aku halang dia. Padahal dah terlambat.

" Jadi, kenapa pun? " Haih..nak kata bengap, tak. Nak kata bijak pun tak.

" Tadi saya bersihkan tingkap pakai tu. Baru basuh tak kering lagi. Abang dah sambar dulu " aku tahan gelak.

Wajah macho dia yang bengis tadi bertukar hitam. Aku dah kata jangan, dia buat juga.

" Cuba abang tengok dekat peti ais tu" aku menunjukkan pintu peti sejuk yang ada pantulan cermin.

Dia terkejut tengok wajah dia yang hampir penuh dengan warna hitam dan akhirnya tawa aku terlepas. Sampai keluar air mata aku dibuatnya. Tu padahnya .

" Meh saya basuhkan muka abang tu. Comot! " Aku bangkit dan memulakan langkah ke singki yang dia berdiri tadi.

" Oh..gelakkan abang ya? Ha ambil ni " dia calitkan tuala tadi ke muka aku. Wah ni dah main kasar bro.

" Abang! Saya baru mandi tau!" Aku buka pili air dan membasuh muka aku. Kemudian mengambil sedikit air dan basuh muka Aariz.

Dia selalu buli aku kan? Hehe masa aku dah tiba.

Aku simbah air ke muka dia. Jelas dia terkejut. HAHAHA jangan cabar seorang Elena Zahra.

" Oh..main kotor ya? " Dia turut merenjis air ke aku. Dan mula la perang air di singki dapur.

Aku senyum gembira. Dia senyum gembira. Kami seronok mengusik sesama kami.

Aku hentikan perang kami.

" Dah la bang. Saya nak masuk tukar baju. " Aku menutup pili air tadi dan mahu melangkah keluar.

Lantai dapur yang basah menyukarkan aku berjalan. Dan aku tak perasan ada kain pengelap kaki, aku tersilap langkah. Dan terjatuh di dada bidang Aariz. Aku terkejut. Dia terkejut.

Aku dongak sedikit untuk lihat dia. Dapat aku jelas halkum dia naik turun. Ya Allah baru aku perasan. Aku tak pakai baju dalam! Elena! Bodoh betul kau kan?

Dapat juga aku rasai degupan jantung dia laju. Kejap. Ni aku punya ke dia punya? Aku tolak dada dia dengan cepat. Dan aku dengan hati-hati melangkah keluar. Tidak sampai aku di pintu dapur, dia bersuara.

" Bendera jepun dah habis ke?" Lagi aku terkejut. Dah kenapa pulak dia tanya bila habis. Hah sudah. Jangan dia tuntut hak dia malam ni sudah. Aku takut!

Aku berdehem sebelum sambung cakap.

" Mungkin esok habis. Kenapa?"  Aku menelan air liur. Gugup mahu dengar balasan dia.

" Oh..tak ada apa. So lusa kita dah boleh solat sama-sama la kan? "

Aku menarik nafas lega aku. Ingat nak apa la tadi.

" Kalau esok dah habis, mungkin zohor? " Aku memusingkan badan aku ke belakang. Menghadap dia.

Dia hanya mengangguk. Oh ada benda baru aku teringat.

" Ha abang! Rumah saya tu, saya jual tau. Tapi esok, penyewa saya tu nak jumpa saya depan-depan. Tapi dia lelaki. Kalau abang izinkan, saya jumpa dia di depan rumah saya. " Aku menyuarakan soalan aku.

Dia bercekak pinggang. Dia memegang kain pelikat dia.

" Nama?"

" Danish "

Sampai sini saja untuk bab 10. Terima kasih semuaaaa

Mienne [C]Where stories live. Discover now