Bab 2

344 17 0
                                    


Aku melangkah keluar dari bilik Dr.Ilham dengan nafas berat. di akhir kata, aku tetap tiada pilihan lain.

" please elena.. dia nak kau aje yang rawat dia.. aku penat la nak hadap pesakit macam tu hari-hari "

Amboi..dia ingat aku tak penat la tengok muka dia hari-hari?

Aku meletakkan kepala aku di meja aku. Laptop yang terpaparkan laporan pesakit aku hiraukan. Aku berfikir seketika. termenung memikirkan sama ada nak terima atau tidak.

aku tak nak buat Dr.Ilham semakin stres sebab anak baru masuk sekolah, nak layan isteri, semua tanggungjawab keluarga, dia yang buat. aku ni? kalau nak kata aku OT hari-hari memang ya. kalau pesakit lain tak apa. ini si Sciocco tu!  benci la aku nak sebut nama dia. nama dah cantik tapi tak bagi orang sebut nama dia. nak juga panggil nama mat saleh dia.

" hai, jolie (pretty) doctor "

suara yang tiba-tiba muncul membuatkan aku terkejut dan angkat kepala secara mengejut. itu menyebabkan aku sedikit pening. aku memegang kepala aku bagi reda sakitnya.

" you sick? "

" tak.. pening. ni dah kenapa boleh ada dalam bilik saya ni? " pening kepala tadi sudah semakin reda.

terlihat si dia melabuhkan punggung di sofa bilik aku. aku mahu naik bengang sebab main redah je masuk bilik aku. privasi tau tak!

" get out! it's about privacy you know?!"

aku memarahi dia sebab buat macam ni rumah dia pulak. dia dengan tangan yang berbalut silangkan kaki dengan lagaknya.

" what i said before? i want you to treat me not that man. i just want you" 

rasa macam nak pengsan la. perangai mamat ni memang minta penampar dengan aku. dia ingat aku ni doktor peribadi dia ke?

" i'll pay you double "

" hah? "

apa dia cuba sampaikan dia bayar aku dua kali ganda?

" be my private doctor "

pung! 

rasa macam betul-betul nak pengsan sekarang ni. dia macam tau-tau aje apa yang aku fikirkan. memang naik gila aku dengan mamat ni.

"no"

aku menolak tawaran dia. kalau jadi doktor peribadi dia, habis la aku asyik tengok muka dia aje dua puluh empat jam! lepas tu kalau jadi doktor peribadi ni kena keluar masuk rumh dia tiap-tiap hari. penat aku!

" triple "

aku mengeluh panjang. ini bukan faktor berapa bayaran yang aku nak. ini faktor privasi aku. aku nak kerja macam biasa. keluar masuk hospital dah jadi rutin harian aku selama 5 tahun dan tiba-tiba aku keluar masuk rumah dia pulak? mana tau dia tinggal seorang? mati mak kena tangkap basah!

" saya tinggal dengan ibubapa saya. jadi jangan risau. ada adik perempuan saya juga"

bagaikan dia tau isi kepala aku, menjawab persoalan aku. aku tegakkan badan dan pandang dia.

" kenapa awak nak saya juga? saya biasa-biasa aje. sakit awak ni tak serius mana.. cuma perlu banyak rehat dan ikut sesi rawatan. itu aje. kenapa perlukan saya juga? " kata aku dengan lemah lembut. kasar tak dengar, buat tak dengar pon sama. mana tau kalau cakap lembut-lembut dia dengar?

" listen. i just want you. i need you "

dia balas pandangan aku dan kami tenung mata masing-masing. aku cuba cari kebenaran kata-kata dia. betul ke dia perlukan aku? kenapa aku? kenapa mesti aku?

Mienne [C]Where stories live. Discover now