Epilog I

416 17 0
                                    


Sudah masuk satu tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah semua baik-baik saja.

Kejadian yang berlaku tempoh hari, sudah selesai.

Rupanya Danish ni anak kepada Daniel, kawan papa. Papa dulu belajar di negara asalnya, French dan bertemu dengan mama yang belajar di sana dan juga Daniel. Mereka bertiga seperti Aariz, Danish dan Hawa. Seperti sejarah berulang kembali.

Daniel ni mula ada perasaan dengan mama tapi mama dan papa masa tu sudah berkahwin senyap-senyap. Tanpa pengetahuan Daniel. Bila daniel tahu, dia marah sangat. Bukan sebab papa rampas mama. Sebab mereka tak jujur. Dia akan dapat terima kalau mereka jujur. Jika sejarah berulang, aku rasa mesti Aariz dengan Hawa kan?

Keluarga Daniel amat berpengaruh di French. Jadi dia penuh dengan dendam mahu seksa papa mama. Pada masa tu, mereka lari dan terjumpa dengan daddy. Daddy la yang bantu mereka lari ke Malaysia. Masa tu daddy dan mommy baru mengandungkan aku. Dalam tahun 1997. dan masa tu, Aariz baru berusia lima tahun. Dan nama Aariz tu belum wujud lagi dan dia dipanggil Louis saja. Masa tu juga kami bertunang tanpa sedar.

" Baby dalam perut mommy ni nanti jadi isteri Louis tau! Kalau daddy baik mesti dia baik juga kan? " Kata Aariz yang berusia lima tahun sambil usap perut mommy.

Aku belum lahir lagi dah bertunang. Kau ada? Tak ada? Lemah

Sebaik saja mereka sampai Malaysia, mereka berpecah sampai sekarang. Ada juga mereka berjumpa semasa aku dan Aariz kena culik. Dan rupanya yang culik kami dulu adalah Daniel! Yes ayah Danish culik kami!

Dia mahu balas dendam dengan anak mereka. Jadi dia culik Aariz dulu dan kemudian dia culik aku. Aku jadi mangsa perkosaan dia, buatkan daddy sangat marah dan terpaksa libatkan polis. Daniel datang secara haram. Jadi agak sulit nak settle kan semuanya. Akhirnya Daniel meninggal dalam penjara akibat bunuh diri.

Alhamdulillah sejarah tidak berulang.
Aariz putuskan hubungan mereka bertiga lepas tangkap Hawa dan Danish berduaan. Aariz tiada satu pun perasaan terhadap Hawa tapi dia kecewa dan malu bila kawan dia sendiri khianat larangan Allah. Hawa sendiri yang Islam banyak membantu dia mengenal Islam. Walaupun banyak kali Hawa cuba terangkan apa yang berlaku, dia tak nak dengar. Akhirnya mereka bertiga putus kawan. Aariz tak mahu ada hubungan dengan orang yang dah laknat Allah.
Pada masa kejadian, Aariz berjaya halang perbuatan Danish daripada menikam aku. Orang-orang yang datang bersama dia itu rupanya konco-konco papa. Memang betul, papa bekas mafia. Tapi sudah lama papa tinggalkan sejak dia jumpa mama.

Hawa pula sudah bebas daripada ikatan Danish. Hawa juga jadi hamba pada Danish. Menghantar Hawa untuk perhati aku dan laporkan semua pada dia. Pada mulanya, aku marah sebab dia tidak meminta tolong aku. kemudian kami berbaik dan berkawan.

Cerita cinta pertama Aariz? Itu semua palsu. Dia saja reka cerita untuk buatkan aku benci Aariz. Aariz cuma anggap Hawa kawannya saja. Tapi dia benci bila tangkap Hawa berduaan di dalam hotel bersama bukan mahramnya. Itu yang membuatkan Hawa dan Aariz berenggang. Dan masa tu hanya hawa seorang yang panggil dia dengan nama 'Aariz' tapi disebabkan kejadian itu buatkan Aariz benci nama melayu dia. Jijik bila ada orang macam Hawa panggil nama melayu dia. Tapi dia mula cintakan nama melayu dia balik selepas aku kerap panggil dia gunakan nama tu.

Danish kini dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atas kesalahan cubaan membunuh, menculik dan cubaan rogol.

Itu semua kisah yang berlaku sebelum kami bersatu. Agak tragis untuk kami terima tapi alhamdulillah kami mula terima hakikat.

Hakikat kami kehilangan anak pertama kami. Aku disahkan keguguran di tempat kejadian . Aku ambil masa sangat lama untuk terima fakta yang aku sudah hilang anak aku. Sampai kena makan ubat balik. Kuat suami aku pada masa tu, setia bantu aku pulih sehingga kini.

Mienne [C]Where stories live. Discover now