Bab 5

301 19 0
                                    


Lebih kurang 2 bulan kami bakal disatukan. dalam masa ini la kami berpeluang untuk mengenali budi masing-masing. kami membuat pakatan untuk tidak keluar temu janji atau dating berdua selagi belum sah. dan dia setuju.

" Aariz! papa! mama! " aku melangkah beberapa langkah kepada mereka sebelum aku mengenal bau ini.

aku terkaku di situ. kaki ibarat digam. kenapa.. bau ni muncul balik? kenapa!? apa lagi dia nak?! aku bagaikan di dunia sendiri. aku mencari dari mana bau itu datang. aku pasti itu bau yang sama. 16 tahun yang lepas. semasa aku berumur 10 tahun. bau yang sama.

aku mencari sehingga hilang jejak dia. mana dia?! dah buat aku macam hilang akal lepas tu hilangkan diri balik? bagus betul permainan kau...

macam-macam perkara bermain dalam fikiran aku. aku gelisah. takut. rasa tak selamat. aku.. aku nak lari. yes lari. aku nak lari. lari dari semua ni.

" Elena! " aku ibarat baru sedar apabila Aariz memanggil nama aku dengan kuat.

bila aku sedar, sebuah serpihan kaca cermin berada di genggaman aku. diletakkan di pergelangan tangan kiri aku. terus aku membuang kaca tersebut. Muka aku diraup kasar. Badan jadi lemah lepas lihat apa yg aku cuba lakukan.

Ya Allah apa aku dah buat ni... aku tiada niat Ya Allah.. sumpah demi nama Mu aku tiada niat.. Ampunkan aku Ya Allah..

" Ya Allah, sayang! apa dah jadi ni?! " mama muncul dari belakang Aariz dan terus memeluk aku. aku yang tidak tahu hendak bertindak seperti apa, terdiam memandang Aariz. aku tahu dia mahu peluk dan menenangkan aku tapi masih belum halal.

dapat aku nampak dia genggamkan kedua-dua tangan dia sebelum berlalu pergi. mungkin dia kecewa sebab aku dah lakukan larangan Allah. cubaan membunuh diri.

Aku bersumpah itu semua di luar kawalan aku. pujukan mama membuatkan aku semakin sedar. Ya Allah aku sudah berdosa PadaMu.

disebabkan perbuatan aku tadi petang, kami batalkan pencarian barangan hantaran. dan Aariz juga larang aku keluar ke kerja untuk beberapa hari. aku dah kata yang aku baik-baik saja. cuma terkejut. mungkin memori lama bangkit. memori apa? aku masih tidak mau bercerita. maaf.

﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

kedengaran lonceng rumahku di tekan beberapa kali. aku mengambil tudung sarung warna maroon dan jalan ke arah pintu hadapan.

Aariz.

" kenapa? " tanya aku pada dia.

dia senyap. bagaikan menatap mata aku.

" dah okay? " eh aku tanya dia, dia tanya aku balik?

" saya sentiasa okay. awak tu yang okay ke tak? "

jujur aku kata, aku masih rasa kecewa dengan diri aku tempoh hari. rasa jijik sangat nak hadap Allah di muka sejadah.

" you're still not okay, Ma chère"

okay fine kau menang! kau johan! aku tak okay.

" sorry "

aku memandang ke lantai jubin ruang tamu dengan jari di kuis.

" listen. if you're not okay, tell me. don't hide it from me. i can't always read your ugly face. tell me your problem if you want. i don't want to force you tell everything. i'm here as your fiancee. i have you. you have me. we have each other. remember that, mon coeur" lembut saja dia berkata pada aku.

makin aku nak menangis lepas dia kata macam tu. ya sekarang aku ada dia.

" terima kasih, Aariz. " aku menguntumkan satu senyuman manis untuk dia.

Mienne [C]Where stories live. Discover now