"Bukan dia selalu bawak buku ni ke mana-mana?Mana kau dapat?"
"Dan dia kan tak kasi sesiapa baca?"Bertalu-talu soalan dari bibir pucat Beomgyu.
Aku mendengarkannya tapi masih belum ingin jawab.
"Baca dulu."Itu sahajalah yang aku cakap.
Beomgyu mendecih.Tatapannya kini beralih ke buku hitam itu.
Jari-jemarinya membuka helaian kertas yang pertama.
"Jap,sebelum aku baca....Taehyun..dia pun..akan masuk penjara sekali ke?"Soalnya nadanya terdengar khawatir.Mimik wajahnya berubah risau.
"Ya,"Aku mengangguk.
"Dia serahkan diri dia kat polis sewaktu dekat balai polis tadi,"Sambungku lagi.
"Soobin pula mulanya tidak mengaku tapi sebabkan Taehyun pun akan ikut kena hukuman sekali dia serahkan diri dia."
Beomgyu mengetap bibirnya.
"Aku tak sangka Taehyun memang cakap benda yang dari hati dia...."Beomgyu merenung kosong buku hitam yang dipegangnya.Diusapnya perlahan.
"Hyung.....dengar ke waktu diorang bertekak tadi?"Aku takut,dia memang dengar waktu Taehyun cakap camtu.
Beomgyu mengangguk.
Aku menghela nafas berat.Dia dengar juga rupanya.
"Kerana lama sangat Taehyun pergi dan aku dengar Taehyun pulak bertekak ngan Soobin.Aku keluar pergi tengok."Jelas Beomgyu.
Beomgyu mula menceritakan lebih lanjut apa yang berlaku tadi.
"Hyung..maafkan gyu,Gyu tinggalkan hyung sekejap."Beomgyu dengan berat hati berdiri meninggalkan mayat Yeonjun di dalam bilik air.
Suara pekikan di luar membuatkan Beomgyu semakin ingin tahu apa yang berlaku.Dia keluar dari pintu bilik air dan berjalan perlahan ke arah langsir yang menuju ke ruang tamu.
Suara semakin kuat dia semakin dekat.Tangannya menggenggam langsir bewarna ungu itu erat di jari jemarinya.Sebelum dia menyelak,tangannya tercekat pada langsir itu umpama tangannya digam di langsir.
Beomgyu membesarkan mata,terkejut.Sangat-sangatlah terkejut sehingga jantungnya serasa berhenti berdegup seketika.
Telingannya tidak tuli untuk mendengarkan segala-galanya yang keluar dari mulu seorang Kang Taehyun.
"KAU PENGKHIANAT KANG TAEHYUN!!!!"
"Pengkhianat apa?"Ujar Beomgyu perlahan agar tidak didengari mereka.
YOU ARE READING
Hari Jadi {✓}
Mystery / Thriller⚠Mengandungi sedikit carutan dan adengan keganasan Bukan salah Hueningkai,kalau dia tak pernah faham dengan maksud ayat Soobin. "Kai,kau pernah terfikir tak?" "Kalau TXT yang sebenar bukannya berlima." Tapi,Hueningkai menyesal dengan dirinya sendiri...