Beomgyu membuka helaian buku itu perlahan.Dia menghelakan nafas berat seakan tau isi tak baik dalam buku hitam itu.
Dia dengan berat hati membaca setiap helaian yang terisi tulisan yang sudah tentu tulisan Soobin.
Bola matanya ke kiri ke kanan.Bibirnya bergerak terbuka tertutup membaca bait-bait ayat.Suaranya tidak terdengar ditelinga aku.
Terkadang matanya akan membola besar.Bibirnya terhenti membaca.
Aku faham reaksi itu,reaksi yang sama sewaktu aku membaca buku milik Soobin.
"Kenapa eh?Gelaran tu bukan milik aku?"Tidak bukan Beomgyu berniat katakan itu.Dia hanya membaca ayat yang sememangnya tertulis di antara banyak-banyak helaian di dalam buku hitam itu.Aku baru dengar balik suara dia.
"Melampau aku memang kena hapuskan dia."
"Kenapa Moa selalu puji dia je,aku ni tak hebat ke?"
"Yeonjun hyung kan hensem,pandai menyanyi,menari....dia perfect...aku bencikan dia."
"Moa lagi suka dia dari aku."
"Aku patut bunuh dia kan?"
"Taehyun?Aku tak sangka dia pun bencikan Yeonjun."
"Taehyun kata dia nak join aku."
"Baik."
"Harijadi dia.Hari terakhir dia titik."
Hati mereka terguris.Tidak sangka,rancangan Soobin sudah begitu lama.Kenapa mereka tak pernah perasan perubahan Soobin?
Sehingga helaian terakhir,suara Beomgyu tercekat sewaktu membaca helaian yang tertulis pendek tapi mampu membuatkan Beomgyu terkejut.
"Plan A or B?"
Aku yang mendengar Beomgyu berkata begitu mula terkejut kerana ingin tahu aku melihat sekali helaian terakhir yang dia baca.
Aku mebulatkan mata,helaian yang satu ini aku belum baca lagi.
Muka surat yang terakhir itu bertulis.
Plan A : Bunuh di restoran
Plan B : Bunuh di Rumah
"Gila..Soobin memang gila..."Kataku setelah membaca helaian itu.
"Tak silap aku....bukan ke Yeonjun hyung pilih plan B?"Tanya Beomgyu kepadaku.Dia memandang aku.
Aku memandang dia balik dengan dahi berkerut.Aku cuba memahami dan mengingati balik masa lalu.
Aku baru teringat!
"Hyung!Plan A or Plan B?" -Soobin
"Plan...B?" -Yeonjun
"Pilihan apa tu hyung?" -aku
"Nak buat kat restoran atau rumah.Yeonjun pilih plan B maksudnya kat rumah." -Soobin
YOU ARE READING
Hari Jadi {✓}
Mystery / Thriller⚠Mengandungi sedikit carutan dan adengan keganasan Bukan salah Hueningkai,kalau dia tak pernah faham dengan maksud ayat Soobin. "Kai,kau pernah terfikir tak?" "Kalau TXT yang sebenar bukannya berlima." Tapi,Hueningkai menyesal dengan dirinya sendiri...