CHAPTER 18

3.5K 42 3
                                    

Pagi yang cerah membuatkan Mark sedikit silau tambahan pula langsir yang terpasang di dalam bilik milik Hanna berwarna putih dan jarang.

"Hanna.." Mark meraba kawasan yang menempatkan Hanna semalam.

'Kosong!!'

Mark mencelikkan matanya. Mata Mark meliar di setiap penjuru kamar beradu milik Hanna.

"Sayang!" Mark memanggil sekali lagi.

Peristiwa dia ditinggalkan di Busan, Korea tempoh hari bermain di minda.

Adakah Hanna akan meninggalkan dirinya buat kali kedua? Tidak!

Mark pantas bangkit dari pembaringannya dengan hanya seluar dalam yang masih tersarung di tubuh tegap miliknya.

"Sayang!" Mark berjalan menuju ke arah kamar mandi di penjuru bilik tidur Hanna.

Terasa cemas didadanya. Nafasnya seakan susah untuk ditarik. Adakah penyakit kemurungan ketika Hanna meninggalkannya dulu datang kembali. Peluh merenik keluar membasahi dahi Mark.

Mark melangkah laju menuju ke kamar mandi berharap Hanna ada disana.

Baru sahaja Mark ingin menolak pintu bilik mandi tersebut, Hanna memunculkan diri di sebalik daun pintu tersebut.

"A.. Awak kenapa, Mark?" Hanna memandang aneh wajah Mark. Kelihatan dahi milik Mark berpeluh. Dadanya pula berombak kencang seakan baru lepas menamatkan perlumbaan lumba lari.

Lantas Mark terus memdakap tubuh Hanna. Hanna kaku sebentar.

"Hey, what's wrong?"

"Ja.. Jangan tinggalkan aku lagi.. Aku takut.."

Seakan tidak percaya Hanna dengan ungkapan Mark itu. Sebelum ini, Mark kelihatan kuat sekali tetapi kenapa selepas mereka dinikahkan semalam, Mark nampak seperti lemah  sekali tika ini.

Hanna membalas pelukkan Mark.

"Hey.. I'm here... I won't go anywhere."

Semakin kemas pelukkan Mark berikan kepada Hanna.

"Aku takut.. Aku takut Hanna.."

Hanna diburu rasa serba salah. Adakah ini kesan yang Mark alami selama ini ketika Hanna meninggalkan Mark di Busan? Jadi selama ini, Mark juga merasakan penyeksaan yang sama seperti Hanna.

Hanna mengusap halus belakang badan Mark.

"Saya janji tak akan tinggalkan awak.."

Hanna cuba menenagkan Mark.

"Breathe slowly dear. "

Nafas Mark mula teratur.

Dalam pelukkan kemas, Hanna membawa Mark untuk kembali ke katil.

Hanna menolak Mark agar dia melabuhkan punggung di atas katil.

Pelukkan kemas Mark beralih ke dada Hanna kerana Hanna masih berdiri manakala Mark sudah mengambil kedudukan di birai katil.

"Mark.. I'm sorry.."

Air mata mula mengalir halus ditubir mata milik Hanna. Tidak sangka begitu hebat sekali kesan peristiwa lalu terhadap Mark.

Disangka hanya Hanna seorang sahaja yang terluka tetapi Mark juga menangung beban yang cukup hebat.

Mark mengangkat kepala. Matanya merenung anak mata milik Hanna.

"Jangan tinggalkan aku lagi.."

Hanna mengangguk dengan senyuman.

Wajahnya mendekati Mark. Memberi ciuman halus dibibir milik Mark.

TUAN MARK AYDENWhere stories live. Discover now