Bab 1: Eh?

927 6 0
                                    

Cuaca yang indah untuk memulakan hari. Namun, Syed mukanya tetap hensem walaupun serius. Syed dalam perjalanan ke bangunan kursusnya. "Syed!" Orang yang memanggilnya berlari ke arah Syed.

"Weh, mulai hari ini, kita adalah senior." Kata Adam.

"Yup." sepatah Syed menjawab.Mereka berdua meneruskan perjalanan kerana arah yang sama ditujui.

"Weh, dengar ni. Aku dah dapat girlfriend masa cuti haritu."

"Hm, baguslah." Jawab Syed. Mukanya langsung tidak teruja. Malah, hanya memandang kosong kepada Adam.

"Ish, boleh tak kau bersemangat sikit?" Adam mula bengang.

"Tak. Aku tak berminat langsung nak dengar." Jawab Syed.

Adam merengus. "Ish, sudahla kau."

"Anyway, girlfriend kau macam mana? Kalau dia menyusahkan, lebih baik break and jangan susahkan diri sendiri. Kau masih ada masa untuk cari jalan yang betul." Kata Syed.

"Ah, kau cakap macam pakcik-pakcik lagi..." Adam mengeluh.

Mereka berdua memasuki kedalam bangunan jabatan seni. Suasana agak kecoh didalam.

"Apapun, kitorang dah rancang nak date bila kitorang dua free..."

"Ada girlfriend ni, akan membuatkan masa kau akan berkurangan untuk melukis. Jadi, jangan ada girlfriend lagi dah." Pesan Syed.

"Yelah, head of the art department..."

Tiba-tiba, "Ah!" Syed terlanggar buku-buku yang bertimbun yang dibawa oleh seorang jejaka. Nasib baik tak terjatuh dan bersepah. Hanya sebuah buku saja yang jatuh.

"Sorry." Kata Syed. Syed menundukkan badannya lalu mengambil buku tersebut. 'aku tak bagi perhatian kat depan pulak!'

"Huh? Apa kau buat tu Syed?" Tanya Adam yang sudah semester ke hadapan.

"Urgh! Bising!" Kata Syed.

Dia berdiri semula lalu meletakkan buku tersebut ke atas timbunan buku yang dipegang oleh jejaka tidak dikenalinya itu. Sambil dia berkata, "Sorry. Salah aku sebab aku cuai..."

Mata jejaka itu membulat. Muka seakan terkejut. Syed memandang aneh walaupun air mukanya tetap sama (serious je manjang!!).

"Ah, terima kasih sebab ambilkan!" Kata jejaka itu sambil tersenyum.

"No problem..?" Kata Syed.

"Saya gerak dulu, ya!" Kata jejaka tersebut sebelum berlalu pergi.

Adam berpatah balik dan terlihat Syed sedang memandang jejaka yang dikenalinya berlalu pergi. "Itu Putra." Adam bersuara.

"Kau kenal dia ke?" Tanya Syed.

"Bukanlah kenal, cuma kitorang satu sekolah menengah dulu." Jawab Adam.

"Dia terkenal jugaklah. Thanks to muka dia and badan dia. Walaupun aku ada jelah dengar-dengar gossip pasal dia." Sambung Adam.

"Gossip?" (Nohh muka hensem pon ade bad rumor keee)

"Dikatakan dia tak pernah tukar baju depan sesiapa pun. Walaupun tengah musim panas bahang scam mana sekalipun, dia tetap pakai long sleeves. Then, walaupun dia popular, dia tak pernah bergaul dengan sesiapa. Ada yang kata dia ada tattoo penuh satu badan dia. Ada jugak yang kata badan dia dipenuhi dengan lebam. And ada sebab-sebab yang tertentu kenapa dia hormat sangat pada lelaki. Tak ada siapa yang tahu. Even aku pun nak tahu, tau." Jelas Adam.

"Biarlah. Mestilah ada perkara-perkara yang kau tak nak bagitahu orang. Sudah, Kita dah lambat nak masuk kelas." Kata Syed.

Mereka berdua mempercepatkan langkah.

"Kau? Ada ke benda yang kau tak nak bagitahu orang?" Tanya Adam.

"Nope." Jawab Syed sepatah.

"Hm, aku pun rasa macam tu."

UncoverWhere stories live. Discover now