Bab 2: Tema

445 8 0
                                    

Di dalam dewan kuliah...

"Semua dah dapat nota,kan?" Kata Prof Hafidz. "Jadi, mari kita teruskan presentation projek yang seterusnya. Temanya ialah The Everyday Lives of Human dipanggil sebagai Genre Paintings, dan barang-barangnya mestilah-"

Syed yang memandang kertas tersebut, bermonolog, 'Manusia, huh... Tak pernah-pernah lagi aku lukis subjek macam ni.

Hmm... Since ni projek bertemakan manusia, aku rasa aku perlu mula dengan lakaran...'

Apabila kelas tamat, Syed mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Prof Hafidz. "Sekejap eh Adam. Aku nak tanya something, so kau boleh pergi dulu." Pesan Syed.

"Oh, alright. Jumpa nanti."

Syed terus berlari ke pintu keluar untuk menahan Prof Hafidz. Nasib baik sempat..

"Prof, ada masa sikit tak?"

"Kenapa Syed?" Tanya Prof Hafidz.

"Um... Saya tak ada pengalaman melukis orang, jadi boleh tak saya nak prof kenalkan kepada saya mana-mana nude model? Tak kesah jantina apa-apa pun." Kata Syed dengan mukanya yang selamba badak sumbu itu.

"Ooh... Wah, awak nampak bersemangat, ya! Sure! Nanti saya hantar contact info model tu pada awak." Kata Prof Hafidz sambil menepuk-nepuk baju Syed.

"Okay. Maaf mengganggu Prof." Jawab Syed.

"Ah... Lukisan awak yang landscape tu semua lawa-lawa! Tak sabarnya nak tengok hasil awak untuk projek kali ini." Prof Hafidz memuji Syed sambil memegang rambut Syed yang lembut itu.

"Yea..." Sepatah saja Syed mampu menjawab.

UncoverWhere stories live. Discover now