Bab 4: Revealed

407 6 0
                                    

"So, saya di sini sebagai nude model untuk awak jadi, boleh saya buka baju saya di sini?" Kata Putra sambil mencabut topinya dan mula membuka butang baju satu per satu.

"Yeah.." jawab Syed sepatah sambil menjengah marahnya seketika. 'Huh? Macam tu je? Buka baju macam tu je, eh? Senang betul dia ni..'

"Letak baju awak dalam bakul tu." Kata Syed sambil menunjuk ke arah bakul di sebelah almari kayu. "Lepas tu, sila berdiri di atas platform tu."

"Okay" sepatah dijawab lalu dituruti.

Sementara menunggu Putra membuka pakaiannya, Syed bersiap sedia dengan alatan melukisnya. Sejenak, dia terfikir, 'dia tak pernah tunjuk badan dia kepada sesiapa sebelum ni, tapi sekarang dia jadi nude model. Tak faham aku.'

Selepas Putra meletakkan bajunya, dia berdiri di atas kotak yang dipanggil 'platform' itu. "Alright, sudah."

Sedang Syed meletakkan kanvas lukisannya, dia mengankat kepala sebaik saja Putra bersuara. Terlihat tubuh Putra yang bogel sepenuhnya dihadapan Syed. Tubuh Putra yang sangat sempurna dan ideal sekali membuatkan Syed tidak beralih matanya.

"Ah." Tersentak Syed apabila Putra bersuara. "Maaf, saya lupa nak tanggalkan rantai saya, sekejap ya!" Segera Putra menanggalkan rantainya. Manakala Syed cepat-cepat mengalihkan matanya kerana dia sedar bahawa dia terlalu asyik tenung badan Si Putra itu.

'Siapa yang sebarkan berita tu? Tiada pun satu lebam di badannya, tapi lawa macam patung Laocoon and His Son. Warnanya sangat cantik. Terlampau lain dengan aku.' tanpa sedar, Syed memandangnya terlalu lama.

"Um, saya terasa malu bila awak tenung saya lama-lama begitu." Tegur Putra. "Awak! Awak nak tenung saya berapa lama lagi..."

"Ah, sorry..." Kata Syed.

"Uh, baiklah, mari kita mulakan. Kalau boleh saya nak awak berdiri tegak sebaik mungkin dalam keadaan santai dan relax."

"Baiklah. Saya cuba." Kata Putra.

UncoverWhere stories live. Discover now