𝗲𝗶𝗴𝗵𝘁𝗲𝗲𝗻 <3

21 4 10
                                    

[🏹💐]

"Nampak ke ?"
Balas aku .

"Aku pakai airpod tak dengar lagu pun, aku boleh dengar tapak kaki kau, belakang aku tadi ."

Aku dah agak dah, bapak tajam dia punya pendengaran. Beza betul dengan aku pekak cap badak ni .

Aku keluar dari belakang dinding . Tersengih memandang Mirza janggal .

"Do you have anything to tell me?"

Aku menggeleng.

"Then, bye bye ."
Katanya sebelum mula berjalan pergi .

"Eh ? Eh !!"
Aku mengejar langkah Mirza, berjalan mengiringi langkahnya .

"Kau kenapa ?"

"Awak nak pergi kantin kan ? Hah jom jom pergi sekali."

"Siapa kata aku nak pergi kantin ?"

"Oh, tak eh ?"

"Kau sebenarnya kenapa ?, Rapat semacam dengan aku, oh please jangan kata kau terhutang budi dengan aku ."

"Hah ?"

"Kau sebenarnya nak belanja aku makan kan, Hana ?"

"Eeee, perasan gila awak !"

"Dahtu ? Ohhh !, Ke kau sebenarnya nak aku belanja kau makan ?"

Aku mendiamkan diri. Malas lah nak cakap dengan mamat ni kalau dah sampai part tuduhan camni .

"Takde apelah ."
Kataku malas lalu berjalan berlawan arus menuju ke kantin.

Kenapa eh ? Kau beria tegur Mirza pastu kau ajak dia makan kantin pastu time dia tanya soalan, kau ngelak . Kau apahal, Hana ??

"Woi ! Hana !"

Aku tak menghiraukan pekikkan Mirza .

Aku terus berjalan laju menuju ke kantin. Sesampai saja kantin aku order nasi ayam dan air sirap barli sejuk .

Baru je baca Bismillah nak makan, seseorang menegur aku .

"Hana ."

Haih, apa lagi mamat ni nak !! Berilah aku makan dengan aman dan tenang !!.

Aku menjeling sekilas, lalu buat pura-pura tak nampak . Aku tengah lapar ni, jangan sampai aku makan rumput kat tepi pokok tu .

"Apa ?"
Balas aku menyampah.

Dia duduk di kerusi dihadapan aku, aku menarik nafas lemah . Haihh apa lagi lahhhh .

"Sorry, sorry, sorry ."

"Kenapa sorry ?, Awak ada buat salah ke ?"

"Saya rasa, Ya . Sebab awak makin menjauh dari saya ."

Makin jauh kejadahnya, aku memang kalau boleh TAKNAK pun jumpa mamat ni .

"first, awak tak buat salah. second, jangan ovt boleh tak ?. Awak siapa nak overthinking bagai ?"

Hambek kau hambekkkk, memang sedas aku belanja .

"Hana, tak boleh ke awak bagi saya peluang ?"

"Awak-"

"Berapa kali saya kata, Hariz . Saya tak sukakan awak lebih dari seorang kawan . Can't you take that hint ?, Berapa kali lagi nak kena terang ? I'm getting annoyed by your action ."

kali ni aku bagi penjelasan terang benderang. PLEASE, TAKE THE HINT, DUDE .

"Kenapa ? Ni mesti sebab Mirza kan ?"

THE FISHHHHHHHH, APA KENA MENGENA DENGAN MIRZA SEKARANG NI ??????

"woooah, apa kena mengena benda ni dengan Mirza ?, Awak yang tak boleh terima kena reject then boleh pula nak libatkan orang lain ?"

Makin panassssss hati ni, orang elok elok nak makan, dia bagi soalan tah datang dari mana entah .

"Jangan tuduh sebarangan ye, Mirza dan saya tiada apa-apa, sama macam awak dan saya . Ni mesti Saaid yang kata bukan-bukan kan ?"

"Jauh-jauhkanlah diri awak dari Saaid yang talam muka tu . Dia tu ular ."

Sempat aku membebel sebelum aku menyedut sirap bali aku .

"Awak tak faham, Hana ."

"Apa bendanya ?, Awak nak kata saya dengan Mirza couple ? Kahwin ? Laki bini ke ? Ada nampak cincin tunang kat tangan saya ? Takde kan ? Jadi tak payah lah buat kecoh pasal ni . Saya penat tahu . Penat ."

"Mirza, dia suka saya ."

Sedang elok aku menyedut sirap barli tu kembali, tersedak aku sebaiklah tak tersembur, kalau tak memang padan la kau. Tapi.. Mirza- suka siapa ??????

"Awak ok ?"

Hariz mengambil tisu dari poketnya lalu memberi kepada aku .

"Awak.... Awak ni banyak pengaruh dunia ni . Ingat ingatlah, akhirat. Dunia makin tenat ni ."
Kataku sambil mengelap tisu itu di mulutku.

"Hana, saya serius."
Aku memandang muka Hariz .

Ya, dia memang serius ... Jadi ? Mirza .. g-gay ?

Aku menggeleng kepala tak percaya .

"Eh ? Mana awak dengar fitnah ni hah ?, Ni mesti Saaid kan ?, jangan percaya si kuih talam tu !!"
Suara aku makin meninggi.

"Dia betul Hana, Kalau awak tak percaya, awak boleh try tanya dia sendiri."

"No way, saya percayakan Mirza. Jangan buat fitnah, Hariz ."

Aku memandang wajah Hariz tajam . Tak suka Hariz menuduh kononnya Mirza 'gay' . Dan kalau betul la Mirza gay.. apa sebabnya ?.

Aku bangun dari kerusi. Nasi ayam yang tak bersentuh tu aku pandang tidak berselera lagi .

"Awak makan la nasi ayam tu, saya takde selera. Jangan risau . Nasi tu saya tak sentuh lagi . Anggap sajalah saya sedekah ."

Selepas berkata demikian, aku meninggalkan Hariz keseorangan.

Di sepanjang perjalanan, aku terfikir.....

Ini ke warning yang Saaid cuba bagitahu aku dulu ?

Mirza ? Bad guy ? Gay ? Hah ?

Bersambung . . .

⏝꒷۰꒷⏝꒷۰꒷⏝꒷۰꒷⏝꒷۰꒷⏝꒷۰꒷⏝

𝗟𝘂𝗸𝗶𝘀𝗮𝗻 [OG]Where stories live. Discover now