𝗳𝗶𝗳𝘁𝗲𝗲𝗻 <3

18 6 14
                                    

[🏹🌷]

Selesai mandi aku terus memakai baju yang diberikan oleh Mira kemudian turun ke bawah.

"Ibu !, Masak apaa ~ "

Terdengar suara Mira sedang bermanja dengan ibu ina didapur .

"Mira, ibu tengah goreng ikan ni ! Nanti kang ibu goreng kamu sekali kang ."

Ibu ina menjauhkan diri dari Mira .

"Ala ibu ni, Mira tau la mira tak macam abangg~ "

"Dah kenapa pula mengungkit pasal abang kamu ni ?"

"Ele, ibu selalu tak bagi abang masuk dapur walaupun dia pandai masak, tapi Mira ? Sanggup ibu nak goreng Mira ?"

Ibu ina menjulingkan mata malas dengan perangai anak muda bernama Mira ini .

Aku hanya mengintai di tepi almari melihat gelagat ibu dan anak ini .

Haih, rindu pulak dekat umi .

"Pergi tengok akak Hana tu, mana tahu dia tergolek ke apa . Risau ibu ."

"Eish ibu ni, akak Hana tu pandai lah jaga diri, Mira pernah nampak akak Hana tu bersilat lagi kat depan katak !"

jap jap jap-

Mana Mira tahu aku pernah buka tarian silat aku depan katak ni ?

Shoot, mesti dia pernah nampak !

"Haih, tu mempertahankan diri bukan jaga diri."

Ibu ina bersuara , ikan goreng diletakkan diatas tapis minyak .

"Pergi tengok kejap, dia tu duduk dengan kita, which means.. bawah jagaan kita ."

Tegas ibu ina mengarah Mira .

Mira menjuihkan bibir, merajuk la tu .

Kemudian berjalan menuju ke hadapan .

Shoot ! , Aku sempat berlari anak menuju ke sofa ruang tamu . Kang kantoi aku skodeng diorang membawang .

Aduuuu, kaki aku mulai cramp. Hah ni lah padahnya kau main lari lari .

Aku melunjurkan kaki , perlahan-lahan mengurut kaki yang berbalut itu .

"Kak ! , Kenapa ?"

Mira berlari kearahku apabila melihat raut wajah ku.

Laju betul dia lari sia, sah Mira ni atlet sekolah dulu !

"Kaki cramp ja, lek ah ."

Kataku selepas melihat keningnya seakan mahu bercantum .

Mira pun perlahan-lahan menolongku mengurut kaki yang cramp.

"Mira !!, Meh tolong ibu buat air !!"

Terdengar suara Ibu Ina memanggil Mira .

"Ibu ! Tadi kata suruh Mira tengok-tengok kan kakak !"

Mira memprotes, mungkin malas mahu disuruh ibunya .

"Pergi jelah Mira, akak ok je "

Kataku .

Mira perlahan-lahan bangun dan berlalu ke dapur . Aku memandang disekeliling rumah .

Terdapat beberapa frame yang tergantung pada dinding. Kalau ditengok sekilas.. seorang budak lelaki sedang buat sign peace dengan lolipop ditangan kirinya .

𝗟𝘂𝗸𝗶𝘀𝗮𝗻 [OG]Where stories live. Discover now