𝘁𝘄𝗲𝗻𝘁𝘆-𝘁𝗵𝗿𝗲𝗲 ·‌·♡

16 3 13
                                    

[🏹💐]

"Banyak banyak ayam, ayam apa yang tak boleh terbang ?"

"Hmmm ayam penyek kan ?"

"Salah ! Jawapannya ayam ! Ayam mana boleh terbang !"

Pak !

"Sakitlah Hanaa"

"Tulah siapa suruh bagi teka teki cetek akal lagi."

Aku menjeling Angah. Entah apa-apa jelah teka-tekinya.

"Layankanlah abang istimewa mu ni Hana."

"Mulut kau Anep.. aku lahir alhamdulillah cukup semua tau !"

Dan mula lah mereka bertekak kokok seperti ayam tadi. Lepastu nanti Angah juga yang merajuk sebab kalah adu mulut dengan Along. Tabahlaaahh.

"Alonggg, Hana lapaaa"

"Singgah mekdi, Anep. Aku belanja. Jom."

"Sungguh diluar jangkaan manusia. Ayuh."

Dengan itu kami pun singgahlah McDonald's berdekatan.

"Order mahal mahal Hana."

"Rogerrr"

"Kepala paip kau. Duit cash aku tinggal 80 inggit je. Jangan lebih-lebih."

"Cih, alasan."

Aku dan Along bersama menjulingkan mata.

"Orderkan untuk budak tu sekali lah, alang alang tu."

"Baik."

Aku order happy meal, burger double cheese bersama burger mac chicken. Aku orderkan Mirza burger jugak. Taktahula dia minat ayam ke daging, aku beli burger mac chicken lagi satu.

Selesai mendapatkan makanan Along memarkir keretanya ke tepi jalan.

Along mengambil burger double cheese miliknya, happy meal... Angah punya.

Happy meal dan Angah berpisah tiada. Angah aku ni memang minat kumpul toys happy meal ni. Kat rumah tu berlambakk koleksi. Firaz nak main pun dimarahnya.

Dua burger mac chicken berada ditangan aku. Aku memandang Along dan Angah berulang kali.

"Habis ni ? Siapa nak bagi Mir-.. budak tu hah budak tu .."

Fuhh, nasib baik sempat tahan.

"Kau lah, takkan aku pulak ? Aku busy ni pasang Dinasour !" Balas Angah.

"Pergilah kejap Hana, Along punya tangan kotor ni." Along menunjukkan tangannya yang penuh dengan cheese dan sos lain-lainnya.

Aku pasrah lalu turun dari kereta. Kaki bergerak menuju ke kereta Mirza. Aku berdiri dihadapan pintu keretanya. Muka di selambakan.

Tingkap pintu kereta Mirza diturunkan. Mirza memandang aku keliru selepas aku menghulurkan burger mac chicken itu dihadapan mukanya.

"Angah belanja."

Mirza menyambut burger itu berserta senyuman kecil.

"Thanks, kebetulan aku memang tak makan dari tadi."

𝗟𝘂𝗸𝗶𝘀𝗮𝗻 [OG]Where stories live. Discover now