𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝗲𝗲𝗻 <3

15 4 10
                                    

[ 🏹💐 ]

Akhirnya hari ini, hari terakhir bersama assignment yang hampir selesai dibuat .

Akhirnya ! Cuti Semester ! Kembali lagi !

Terlalu lama dengan laptop sampai stress dibuatnya berminggu-minggu . So today, the pain pay off !!

"Hana !!! Jom teman aku pergi jumpa Saaid ."
Ain menarik lengan aku selepas tamat kelas .

"eh ? kenapa aku pulak yang kena teman kau ?"
Aku menjauhkan diri.

Tak nak aku jumpa Saaid, nanti start la overthinking aku yang pelik-pelik. Lagipun , Mirza kata nanti dia handle. Lucky me .

"Jomlaaaa, aku kena bagi benda ni kat dia."
Ain menunjukkan file di tangannya.

"So ? , Ada kena mengena ke dengan aku ?"

Ain buat muka . Tanpa apa-apa dia seret aku ikut sekali bersamanya . Tak makan saman la pompuan ni .

"Saaid .. ni .. file yang kau suruh buat tu .."
Ain shy-shyton kat depan muka aku .

Saaid mengambil file tu dari tangan Ain. Aku tersenyum dibuat-buat . Kalau boleh taknak pandang pun Saaid dan .. Hariz !

"Thanks Ain, nanti bila-bila aku belanja kau .. McD ? Mamak ? KFC ? Baskin-Robbins ?"

"Eh .. takpe takpe.. alang alang sekali aku nak buat , aku buatkan sekali kau punya hah . Tak perlu balas apa-apapun. Aku ikhlas tolong ."

Saaid membalas dengan senyuman.

"Thank you so much, Ain. I'm glad we're partners ."

"Me .. too .."
Balas Ain blushing.

Aku rasa nak termuntah dah kat situ. Memang aku buat muka selamba je . Lengan aku diayun-ayunkan oleh Ain .

"Em .. thanks again .. and see you soon ??"

"Yeap, see you soon, Saaid !"

Ain membalas. Saaid dan Hariz berjalan pergi meninggalkan kami .

Aku menjeling Ain yang masih lagi di awang-awangan . Srsly? Saaid?? Dalam banyak-banyak manusia kenapa mesti Saaid ?

"Kau suka Saaid ?"

"M..mana a..ada !"

"Kau tak pandai nak tipu aku, Ain ."

Ain shy-shyton mengangguk perlahan.

"Dia tu nampak macam baik luaran tapi dalaman ... I don't think both of you suit for each other ."

"Kau ni tak baik lah, Hana. Kau ni dah dikira mengumpat dia tau ."

Aku mencebikkan bibir .

"Kesah apa aku ."

"Kau dengan Mirza apa citer ?"

Tanya Ain mengubah topik tadi .

"Macam tu jela . Macam mana lagi ?"
Balas aku malas .

Aku mempercepatkan langkah . Aku dah lapar tahap gaban dah ni .

"I mean, takde ..."
Ain mengerakkan tangannya memberikan isyarat.

"Apa yang .... .... ... nya ?"
Aku berjalan perlahan mengikut langkahnya .

Tak faham la aku minah ni .

"tuuuuu mirza !"
Bisiknya lalu menunjukkan jari kearah lelaki bersweater biru gelap yang sedang memberi makan kucing di tepi longkang.

"Pastu kau nak suruh aku buat apa ?"
Bisik aku kembali .

Nak suruh aku tegur? Aku kenal dengan dia pun cokiah cokiah je . Pastu nak tegur macam dah kenal lama gila . Sorry not sorry la .

"Pegi jela tegur . Kau ni pun, shuh . Ajak dia makan ke apa go go ."

Ain menolak belakang badanku . Aku hampir tersadung sebaiklah aku pandai imbangkan diri . Kalau tak memang aku cekik minah tu .

Aku memandang Ain yang perlahan-lahan menghilang disebalik sekelompok manusia .

Ah sudah, memang aku kena tegur Mirza la jawabnya ?

Tegur jela, apa yang kau takutkan ?

Kau tahu tak aku takut.. tah .. aku tak tahu... aku takut ke ? Atau gemuruh ?

Gemuruh sebab apa ? Sebab Mirza ? Hanya sebab dia ?

Apa benda yang kau merepek ni, Hana !

Be confident ! Hassul esso ! Hwaiting !

Tanpa aku sedar, aku berjalan mendekati Mirza . Perlahan.. berniat mahu menegurnya.

"Mirza ! Haiii !"
Tak, tu bukan suara aku. Cepat-cepat aku menyorok di belakang dinding. Mengintai sedikit siapa yang menegur Mirza tadi .

Oh ?? Yania ?? The art student ??

"Mirza ? Helloo?? Are you there ??"

Yania memanggil Mirza buat kali kedua, tapi Mirza tidak memberikan sebarang reaksi. Aku memandang Mirza yang semakin galak mengusap kucing tadi .

Telihat benda putih disumbat kedalam telinga . Oh ? airpod ?.

"Mirza ?"
Yania dihadapan Mirza berusaha untuk memanggil lagi . Mirza menoleh kearah Yania .

Airpod ditelinga dibuka .

"Siapa kau ?"
Soalnya bersama kerutan di dahi .

"I lah, Yania, satu kelas dengan u . Takkan u lupa ?"

"Perlu ke aku nak ingat ?"

Aku cuba menahan gelak, hah kau padannn . Mirza dan jawapan yang menyakitkan hati dan perasaan dia memang takkan pernah berpisah .

"Ish u niii, hah apa-apapun assignment u dah siap ke ?, kalau dah boleh tolong i tak ?"

"First, ya . Second, tak . Aku tak berminat nak tolong kau ."
Mirza terus bangun dari posisinya tadi .

Yania memandang wajah Mirza penuh berharap .

"Pleaseeeee Mimiiiii, i ada urgent and i perlukan orang macam u tolong siapkan assignment i ."

"Mimi ?, Kau suruh kucing ni ke siapkan assignment kau ? Urgent tak urgent assignment sendiri siapkan la sendiri."

Mirza memandang Yania atas bawah . Yania yang kepanasan dengan jawapan Mirza terus berjalan meninggalkan Mirza .

Mirza tersenyum sinis .

Aku yang melihat drama tadi wahhh terpukau ya, yeokshi Mirza Anaqi !! Memang layak dapat tepukan ni .

"Kau fikir aku tak nampak kau ke, Hana ?"

Aku tersentak . Mengintai sekali lagi disebalik dinding.

Mirza berdiri sambil menyilangkan tangan memandang aku .

Aku tertangkap !

Bersambung ...

⏝꒷۰꒷⏝꒷۰꒷⏝꒷۰꒷⏝꒷۰꒷⏝꒷۰꒷⏝

𝗟𝘂𝗸𝗶𝘀𝗮𝗻 [OG]Where stories live. Discover now