BMT 48

9.9K 524 22
                                    

Basikal makciknya ditolak keluar dari garaj. Daripada terperap di dalam rumah lebih baik dia keluar ambil angin.

Tanpa sedar kakinya berhenti mengayuh di hadapan sebuah rumah besar. Teruja punya pasal sampai lupa dia sedang mengayuh basikal. Qayla hampir hilang kawalan. Dia tersungkur tepat di hadapan rumah besar tersebut. Qayla mengerang kesakitan. Kakinya mula terasa berdenyut.

"Kau okay?" Tegur seorang lelaki yang kebetulan ingin keluar dari rumah tersebut. Qayla mendongak. Hampir saja mulutnya melatah. Cepat-cepat dia menekup mulutnya dengan tangannya.

Dayyan sedikit menunduk. Dengan selamba dia menyentuh buku lali perempuan itu membuatkan Qayla mengerang sekali lagi. Suka hati dia je tekan kaki aku macam tekan loceng. Rungut Qayla dalam hati.

"Kau terseliuh ke?" Aku sendiri tak pasti aku terseliuh atau apa. Tau-tau je dah jatuh. Dayyan pandang aku. Tanpa sengaja pandangan kami bertembung tetapi dia terlebih dahulu mengalihkan pandangannya ke arah lain. Aku tak curi pandang dia okay. Dia yang pandang aku. Sempat lagi aku bela diri.

"Awak..saya okay..err awak.." Dayyan masih ralit membelek kakiku tanpa mempedulikan kata-kataku.

"Abang Dayyan! Abang buat apa tu?" Dayyan cepat-cepat bangun. Dania muncul di belakang Dayyan. Siapa dia agaknya? Isteri mamat ni ke? Tapi asal muda sangat?

"Siapa ni abang?" Tanya perempuan itu pelik. Dengan keadaan aku yang terduduk atas jalan rayanya. Naik segan aku diperhati begitu.

"Dia jatuh tadi. Kebetulan aku nak keluar tadi," Jelas lelaki itu. Perempuan itu mengangguk faham.

"Abang dukung la dia..dia macam tak boleh bangun je tu." Bisik Dania tetapi masih boleh didengari olehku. Dayyan jeling Dania. Dia fikir ini drama korea ke? Ingat boleh ke nak dukung anak dara orang sesuka hati?

Qayla cepat-cepat bangun. Urat kakinya tiba-tiba terasa kejang, seakan tidak membenarkan dirinya berdiri dengan betul. Qayla hampir terjatuh.

Laju Dayyan menyambut tubuhnya dari terjatuh. Pandangan kami bertembung lagi. Ini bukan drama korea Dayyan. Dayyan telan liur. Qayla pula kaku. Suara deheman Dania menyedarkan kami ke dunia nyata.

Aku cuba menegakkan tubuhku. Dania cepat-cepat menghulurkan tangannya untuk membantu.

"Biar Dania tolong akak." Lenganku dipimpin masuk ke dalam rumah.

"Dania rase lah kan, kaki akak terseliuh kot, sebab tu akak tak boleh berdiri." Komen Dania.

"Eh Dania..tak perlu la bawak akak masuk, akak okay je, lagipun rumah akak dekat-dekat sini je."

"Takpe akak..sekejap je, nanti abang Dayyan hantar la akak balik, jangan risau. Jom masuk akak, Dania tolong tuamkan kaki akak tu."

Dayyan menolak bahu Dania kasar. Suka hati dia je keluarkan arahan suruh aku hantar minah ni. Dania membalas dengan senyuman nakalnya.

DARREN menyusun hidangan makan malam di atas pinggan dan menghiasnya dengan cantik. Malam ini dia akan buat kejutan khas untuk isteri tercinta. Dari dulu dia suka memasak dan pernah juga bercita-cita untuk menjadi chef terkenal.

"Abang..buat apa tu?" Darren sedikit terkejut dengan kemunculan isterinya.

"Sayang turun la pulak..abang baru nak buat suprise. Takpelah, alang-alang sayang dah ada kat bawah, jom la kita makan terus." Darren menarik kerusi untuk isterinya.

"Abang masak semua ni?" Tanya Elvina teruja.

"Ye..abang masak, kenapa? Sayang tak percaya ke?"

"Bukan. El percaya je, cantik sangat abang hias, sayang pulak nak makan."

"Apa guna ada camera? Tangkap gambar puas-puas, lepas tu kita makan." Darren menghulur iPhone nya kepada isterinya. Perempuan kan suka ambil gambar makanan. Faham sangat.

"Sayang..esok abang ada hal tau, maybe abang balik lewat sikit, kalau sayang bosan, ajaklah V keluar jalan-jalan."

"Abang nak pergi mana? Kalau El nak mintak izin balik rumah umi boleh tak abang?" Darren angguk.

"Boleh sayang. Yang penting sayang jangan drive sendiri, nanti abang suruh V hantarkan."

"Eh, tak payahla abang. El boleh drive sendiri, El taknak susahkan V. Dia kan dah nak bertunang, mesti dia busy, boleh kan abang?" Darren terpaksa bersetuju.

"Sayang..sebenarnya abang ada benda nak bagitau." Wajah Darren bertukar serius. Elvina tenang menunggu perkataan seterusnya keluar dari mulut suaminya. Apa pula kejutan kali ini.

Darren menarik nafas panjang sebelum memulakan bicaranya. Mata isterinya ditatap dalam-dalam . Elvina sudah mula tidak senang duduk. Pandangan Darren buat dia rasa resah dan berdebar. Kenapa suami aku lain macam ye malam ni?

Perlahan-lahan Darren bangun dan mendekatinya. Tangannya dihulur kepada isterinya. Teragak-agak Elvina menyambutnya.

"Tadi abang kata nak cakap sesuatu, apa dia?" Darren menghadiahkan sebuah senyuman misteri kepadanya. Aku kenal pandangan ini. Tak lain tak bukan ...

"Jom sayang. Kita menari." Aku menyambut huluran Darren sambil tersenyum manis. Darren menarik lembut pinggangku supaya merapat dengannya. Sebelah tanganku didaratkan di atas dada bidangnya.

Aku merapatkan telingaku ke dadanya. Laju jantung Darren bekerja. Aku pandang Darren pelik. Takkanlah dia nervous lagi dengan aku?

"Abang nervous ke?" Soalku. Soalan yang sama aku pernah tanya pada hari pertama kami disatukan.

"Tch! Mana ada." Nafinya.

"Habis tu ini apa?" Tanganku dilekapkan pada dadanya. Jelas kedengaran rentak jantung Darren. Darren mengenggam tapak tanganku kemas.

"Ye sayang..abang sentiasa berdebar-debar bila dengan sayang, seolah-olah abang pertama kali jatuh cinta dengan sayang."

"Ish abang ni..ingat sweet la tu?" Darren ketawa kecil. Laju kakiku mengikut rentak tari Darren.

"Pandai sayang menari. Sayang belajar dari mana?" Tanya Darren.

"El dah practice, abang apa tau? Sebelum El kahwin, El selalu berangan kahwin dengan putera raja, tengok- tengok dapat yang lagi helokk dari putera raja, abang boleh jadi prince charming El kan?"

"Boleh. Bukan setakat tu je, kalau sayang nak abang tambah scene macam dalam cerita cinderella pun boleh," Darren mendekatkan wajahnya.

"Err abang..El haus lah pulak, nak minum.." Aku menepuk dadanya lembut. Minta untuk dilepaskan.

"Jangan nak tukar topik sayang." Bisik Darren perlahan di telingaku. Meremang bulu tengkuk aku. Kenapa Darren miang semacam ni?

"Okay..okay. Abang buat la apa yang abang nak buat." Aku memejam mata rapat. Redha jela dengan kehendak suami. Lagipun tak baik tolak permintaan suami. Darren tergelak melihat tona warna kulitku yang sudah bertukar merah. Perlahan-lahan dia mencium pipiku.

"Bukak mata sayang..sebelum abang tambah scene lain pulak." Ugutnya.

"Miang!!" Pecah tawa Darren.

Orang single kena sabar🌚

𝘽𝙚 𝙈𝙮 𝙏𝙚𝙨𝙤𝙧𝙤  Where stories live. Discover now