Part 1 : butterfly

997 19 0
                                    


oky senanye aku buat citer ni sbb aku bosan je bukan sbb ap pn aih .
















































Di pagi hari terlihat seorang gadis yang sibuk menyiapkan dirinya hendak ke sekolah. Gadis itu keluar dari biliknya setelah menyiapkan diri nya untuk turun ke dapur sarapan pagi.

"mamaaaa" panggil gadis itu kepada ibunya

"ehh anak mama dah bangun" ucap ibunya tersenyum sambil menolong tukang masak rumahnya membawa lauk pauk di letakkan atas meja.

"hmm sudaa" ucap gadis itu sambil menganggukkan kepalanya

"sini duduk sarapan dulu lepastu pergi sekolah okay?" ucap ibunya kepada anaknya yang sedang terliur melihat makanan di atas meja.

Gadis itu dengan cepat mendudukkan dirinya di meja makan dengan hidangan yang lazat berada di depan matanya. Ibunya juga turut duduk di depan anaknya sambil tersenyum melihat gelagat anaknya.

"Azira,harini balik pukul berapa?" tanya ibunya kepada Azira yang sibuk mengambil makanan yang sudah disajikan depan mata..yeahh itulah Azira nampak garang tapi sebenarnya manja orangnya

"oh yaaa harini Azira nak keluar dengan Laila nak pergi study dekat rumah dia so memang balik lambat sikit" ucap Azira seakan akan terlupa untuk memberitahu ibunya

"lambat balik ke?hmm tapi mama ada hal dekat luar dalam 2 3 minggu macam tu mama ada urusan kerja..apa kata Azira duduk dekat rumah Laila?" tanya ibunya was was dan itu lantas membuat Azira tersenyum..yela siapa je tak suka duk umah mem

"boleh jeee mamaaa" ucap Azira tersenyum lebar dan ibunya tersenyum melihat Azira yang tidak terasa dengan kata-katanya bahawa dia tidak boleh bersama anaknya selama 3 minggu.

.
.
.

20 Minit Kemudian

Azira sudah berada di sekolahnya setelah ibunya menghantarnya ke sekolah.

Di kelasnya dia melihat Laila kawannya sedang membaca buku. Azira pergi ke Laila kerana mereka memang duduk bersebelahan.

TUKKK

bunyi hempasan beg Azira di atas mejanya dan itu sudah pasti membuat Laila terkejut. Laila melihat kawannya yang sedang duduk di sebelahnya dengan muka masamnya.

"mak uu aiii pagi pagi datang muka terus masam eh" Laila

"heishhh mana tak masamnya kau tengok la tu" ucap Azira sambil melihat Lia yang sedang tersenyum ke arahnya dan itu turut membuat Laila ikut berpaling memandang ke arah Azira tujukan.

"Lia?? kenapa dengan dia?" tanya Laila sambil mengerutkan keningnya.

"eii kau tahu takk tadi masa aku datang sekolah....."

flashback datang sekolah

Sesampai Azira di depan sekolahnya Azira baru sahaja ingin keluar dari pintu kereta tiba tiba seorang gadis melambaikan tangannya ke arah ibunya dan itu membuatkan Azira terkejut apabila melihat ibunya juga turut membalas lambaian itu.

unbelievable loveWhere stories live. Discover now