hai sorry dh lama tak update sbb malas gilaaaaa nak update aihhh tapi kalini aku cuba la buat even malas"kau nak buat apa ni Lia" Azira terus menahan bahu Lia dengan kedua dua tangannya.
"kau tanya aku?" Lia smirk dan secara tiba tiba Lia mencium pipi Azira. Azira terkejut dengan tindakan Lia.
deg
Jantung Azira berdegup kencang "aku suka kacau kau baca buku" ucap Lia meninggalkan Azira yang hanya terdiam kaku.
Setelah Lia meninggalkan Azira, Azira memegang dadanya mengingat kembali apa yang terjadi tadi.
"apa jadi tadi? did she just....kiss meee!" ucap Azira perlahan, entah kenapa Azira tersenyum sorang sorang seperti terlihat bahagia.
"arghhh sedar Azira sedar kau tak suka dia...dia selalu buli kau" ucap Azira sedaya upaya melupakan apa yang terjadi tadi dan meletakkan buku yang di baca di atas meja.
Lia yang tadi meninggalkan Azira kembali masuk ke dalam bilik mandi dan menatap cermin.
Lia tersenyum sendiri dan menggelengkan kepalanya mengingat kembali betapa comelnya Azira apabila dia di dalam keadaan gugup.
"macam tak percaya aku cium dia" ucap Lia dengan senyum yang tidak pudar.
Lia keluar dari bilik mandi dan melihat Azira sudah tiada di dalam bilik. Lia dengan cepat memakai baju dan mengeringkan rambutnya.
Sehabis Lia mengeringkan rambutnya...Lia baru sahaja membuka pintu bilik tiba tiba ia melihat Azira membawa makanan ringan di tangannya.
Lia yang mahu memulakan perbualan dengan Azira tiba tiba Azira terus masuk ke dalam bilik meninggalkan Lia yang hanya duduk tercangak di depan pintu.
Lia yang melihat perubahan Azira pun berasa aneh kerana Azira seperti cuba menjauhi dirinya dari Lia. siapa je tak rasa awkward lepas kejadian tu en
Azira meletakkan makanan ringan di atas meja dan mengambil buku yang di baca nya, duduk di atas katil sambung membaca buku.
Lia kembali menutup pintu dan duduk di depan Azira. Lia melihat muka Azira yang sedikit berpeluh dan melihat air cond yang masih terbuka.
"panas ke?" tanya Lia dan Azira tidak menjawab
"kau marah ke aku buat macam tu?" tanya Lia dengan cepat Azira memandang Lia seolah olah mengatakan tidak. Namun Lia tidak berapa faham apa yang di sampaikan oleh Azira dia pun berfikir bahawa Azira tidak suka di cium olehnya.
"sorry laa Azira..aku mintak maaf..lepasni aku tak buat" ucap Lia
"ishhh aku bukan marah la" ucap Azira sedikit tegas
"..buat jela bukannya aku tak suka.." bisik Azira perlahan dan itu dapat di dengar oleh Lia.
"apa tadi?" ucap Lia berpura pura tidak mendengar apa yang di katakan oleh Azira. Azira dengan cepat menukar topik dan mengambil keropok super ring yang berada di atas mejaa sebelah katilnya.
YOU ARE READING
unbelievable love
Romancejust abt gxg and wlw if korang yang anti LGBTQ tak payah tngok kalau cringe!