BAB 2

47 5 0
                                    

                   NAFAS diatur laju. Jantung berdegup kencang. Tangan aku sudah mula menggigil. Terdapat kesan darah zombi-zombi tadi di tapak tangan aku ketika sedang menyelamatkan Erissa dan Alisha. Terus aku lap kan di seluar hitam milik aku. Takut nanti terjangkit pula. Nak minta air, tapi nanti dululah. Aku pun tengah trauma lagi sekarang ini dengan apa yang sedang terjadi.

Aku beralih memandang tingkap. Kelihatan keadaan sekolah sekarang ini tersangatlah huru-hara. Suara jeritan mahupun meraung jelas di koklea telinga. Semakin kuat jeritan tersebut, semakin kuat jantung berdegup bagaikan ingin terkeluar dari badan.

Lalu aku kembali menatap satu persatu wajah yang ada di dalam perpustakaan ini sekarang. Kelihatan Erissa dan Alisha yang sedang duduk di kerusi sambil menenangkan diri masing-masing.

Selain itu, ada juga beberapa pelajar lelaki dan perempuan yang lain. Yang peliknya, semua classmates aku.

"Apa kita nak buat sekarang ni? Ada apa dengan sekolah? Benda apa yang sedang terjadi?!", Soal Alisha gusar. Jelas sekali wajahnya tampak sangat takut dan cemas.

Namun, tiada yang menjawab. Masing-masing masih belum pasti dengan apa yang sedang berlaku di sekolah ini. Kata-kata itu hanya berbalas menggunakan hati masing-masing. Tidak sanggup untuk membalas.

"Sistem dalam pusat sumber ni, boleh guna lagi kan?", Tanya aku tiba-tiba.

Semua mata tertumpu kepada aku.

"Rasanya, boleh lagi", jawab Ammar mendatar.

Lalu, aku menuju ke arah kaunter pusat sumber dimana ada sebuah komputer disitu.

Yang lain hanya mengikuti aku dari belakang. Mungkin mereka juga ingin tahu apa yang sedang terjadi di luar sana? Adakah situasi di luar sana sama dengan apa yang sedang berlaku di sekolah kami? Atau lebih teruk?

Jari aku laju menekan punat papan kekunci komputer. ID Instagram aku masukkan beserta password.

Automatik skrin komputer tersebut menayang banyak video mahupun gambar yang telah dimuat naik oleh followers-followers aku. Terdapat video yang jelas memaparkan bahawa keadaan di luar sana juga turut memberangsangkan dan juga dunia semakin tenat dengan wabak yang sedang mengganas ke seluruh serata dunia.

"Dekat luar lagi teruk dari apa yang kita jangka", ujar Afif. Matanya hanya tertumpu pada video yang telah dimuat naik oleh seseorang di media sosial.

"Aku ada phone",

Kepala aku terteleng menghadap ke arah Taufiq yang sedang memegang telefon canggihnya. Iya awak. Dia hidup lagi. Pandai pula dia cari tempat selamat. Ingat dah arwah tadi.

"Telefon mahal, tapi tak ada kredit buat apa we", ejek Afif sambil menggulingkan matanya ke atas.

"Eh, siapa cakap telefon aku tak ada kredit?! Ada okay! Aku dah minta mak aku topup dah tadi ni", balas Taufiq menafikan.

"Beli kredit pun guna duit mak. Lemah lah weh", ejek Erissa pula.

"Fuck", decit Taufiq perlahan.

"Mungkin kita boleh buat panggilan kecemasan melalui telefon kau, Taufiq", ujar aku tiba-tiba bijak.

"Hmm, betul tu. Aku sokong", kata Ammar menyokong tindakan aku.

Telefon itu aku serahkan kepada Erissa. Alah, aku manalah suka nak bercakap telefon dengan orang asing ni. Naik bagi dia. Tangannya laju menaip nombor kecemasan, 999.

Dalam beberapa saat, panggilan itu dijawab.

"Hello, selamat pagi. Kami dari pihak polis. Ada apa-apa yang boleh kami bantu?", Soal nya dari sebalik talian.

"Selamat pagi. Kami dari Sekolah Menengah Tengku Hashim Tengku Hash ingin memaklumkan bahawa ada wabak pelik yang telah melanda sekolah kami!",

"Zombi-zombi!",

"Ouh, ha'ah zombi!",

Talian itu sunyi seketika.

"Minta maaf. Kami harap kamu semua tidak main-main dengan laporan ini. Kerana, laporan yang dibuat ini tidak masuk akal sama sekali. Dan, kemungkinan jika kau semua buat laporan palsu, kami pihak polis akan mengambil tindakan",

"Eh, bak sini aku jawab", kata Alif meminta telefon itu dari Erissa.

Telefon bertukar tangan.

"Assalamualaikum. Kami pun tak ada masa lah nak main-main sekarang ni! Makcik ingat kitaorang ni menipu ke apa huh?! Memang sekolah kitaorang kena serang dengan penyakit zombi lah!",

"Maaf, kami tak boleh terima laporan ini tanpa bukti yang kukuh",

"Kalau kau nak sangat bukti yang kukuh tu, datanglah sekolah kami! Aku doa bagi kau kena gigit dengan zombi-zombi tu! Padan muka!",

Bip!

Hampir sahaja iphone 14 itu dibaling oleh Alif yang sudah tiba ke tahap stres tahap gaban namun cepat-cepat ditahan oleh Taufiq.

"Kau ingat aku beli phone ni singgit dua ke? Suka hati kau nak baling", kata Taufiq merampas kembali telefon canggihnya. Aku baru beli dua hari yang lepas kot telefon ni.

Alif meraut kasar wajahnya. Rambutnya yang terjuntai ke depan dibawa ke belakang.

"Kita nak buat apa sekarang ni? Takkanlah nak duduk dalam ni sahaja?", Tanya Afif gelisah.

"Duduk saja lah dalam ni. Dekat luar tu bahaya. Kita tak tahu apa yang akan jadi kalau kita keluar tanpa sembarangan", ujar aku mendatar.












               “ROGER satu roger dua. Wabak zombi semakin melanda ke seluruh negara. Wabak zombi semakin melanda ke seluruh negara. Over", bunyi suara itu dari sebalik walkietalkie.

Para-para penganalisis makmal mahupun penganalisis segala maklumat itu bertungkus lumus mencari punca-punca penyakit wabak zombi ini. Semua yang ada disitu kelihatan sangat sibuk.

"Emily, macam mana dengan kawasan negeri-negeri yang telah diserang rakus oleh penyakit ini?", Soal Leftenan Shazwan seraya menghampiri gadis yang sibuk menaip papan kekunci itu.

"Semakin mengganas tuan. Kota Tengku Hashim Tengku Hash dilanda 95% oleh penyakit ini. Jadi, kemungkinan besar tiada lagi penduduk yang terselamat", ujarnya. Matanya masih lagi tertancap pada skrin komputer.

Leftenan Shazwan berfikir buat seketika waktu. Matanya juga hanya fokus menatap skrin komputer yang memaparkan segala maklumat.

"Mungkin kita boleh hantar pasukan kita untuk periksa jika ada lagi penduduk yang masih terselamat?", Kata Leftenan Shazwan.

"Antara tempat-tempat yang boleh diperiksa ialah, termasuklah Sekolah Menengah Tengku Hashim Tengku Hash dan juga Kolej Tengku Hashim Tengku Hash",

"Saya dengar, sekolah menengah inilah yang merupakan punca wabak ini menular",

"Ya, betul tuan. Wabak ini menular dari Sekolah Menengah Tengku Hashim Tengku Hash dimana ada beberapa orang pelajar yang telah disyaki mengambil bahan terlarang", terang Emily penuh berkarisma.

Leftenan Shazwan hanya mengangguk faham. Lalu, dia menapak menuju ke tempat pengumuman besar untuk diumumkan.

"Perhatian kepada sayap A dan sayap B, sila berkumpul di lobi sekarang. Kita akan bertolak ke kota Tengku Hashim Tengku Hash dalam kadar segera. Sekali lagi saya ulang, perhatian kepada sayap A dan sayap B, sila berkumpul di lobi sekarang. Kita akan bertolak ke kota Tengku Hashim Tengku Hash dalam kadar segera. Over", umumnya dengan jelas sekali.

Kemudian, beliau membuka langkah menuju ke lobi untuk berjumpa dengan pasukan-pasukan yang akan menentang sebentar lagi.

"Semua dah ada dekat sini?", Soalnya dengan tegas.

Satu persatu wajah itu dipandangnya.

"Dah tuan!",

"Bagus. Seperti yang telah dimaklumkan, kamu semua akan turun padang untuk memeriksa sekitar kawasan kota yang menjadi punca penyakit ini menular. Jadi, saya akan meletakkan seratus peratus kepercayaan saya kepada kamu semua untuk menyelamatkan penduduk dan pelajar-pelajar yang masih hidup. Faham!",

"Faham tuan!",

School Disaster | ZombieWhere stories live. Discover now