PANDANGAN aku agak kabur buat seketika waktu apabila dikejutkan dengan dentuman kuat oleh guruh beserta dengan petir yang datang menyambar. Aku pandang ke kanan dan ke kiri. Kelihatan yang lain masih nyenyak dibuai mimpi. Lalu aku bangun dari duduk ku dan menghayun langkah menuju ke tingkap.
Keadaan masih sama. Blok tingkat satu dan dua penuh dengan zombi sedangkan blok yang sedang kami duduki tidak seberapa zombi yang ada. Adalah dalam seekor dua zombi yang sedang berlegar-legar di kawasan depan perpustakaan.
"Kau tengok apa?",
Bagaikan disambar petir aku dibuatnya apabila menerima sapaan mengejut dari Erissa yang baru sahaja bangun dari tidurnya.
"Tak ada apa. Aku cuma tengok keadaan dekat luar saja", jawab aku mendatar. Lalu membuka langkah menuju ke meja dimana tempat aku tidur tadi. Beberapa hembusan nafas dihembus keluar dengan berat.
Kepala masih bekerja untuk memikirkan strategi. Harini sudah masuk hari ke tiga kami terperap di dalam perpustakaan. Memang agak mencabar lah juga hidup ramai-ramai macam ni. Mana nak kencing, mana nak berak.
Nasib baik lah si Ammar tu bijak dan kreatif. Dia bina tandas dalam bilik tayangan untuk sesiapa yang nak buang hajat.
Hujan semakin lebat membasahi bumi yang semakin tenat dengan kemunculan makhluk zombi. Semakin kuat sambaran kilat, semakin kuat zombi-zombi itu menjerit melantang menuju ke arah kilat yang muncul di suatu tempat.
"Perlu ka kita bertindak sendiri?", Kedengaran suara serak basah Ammar yang baru sahaja bangkit dari tidur itu memecahkan lamunan aku.
Kepala diteleng memandang lelaki itu. Kedua-dua bahu aku dijongket tidak menafikan. Kau jangan tanya aku, aku pun tak tahu nak buat apa sekarang ini.
"Tak bahaya ke?", Tanya Alif yang masih meletakkan kepalanya di meja. Matanya memandang wajah Ammar yang kosong.
"Tak salah kan kalau kita cuba?", Cadang Ammar.
"Kau dah ada plan ke?", Soal aku ingin tahu. Manalah tahu dia ada plan yang bijak.
"Ada, tapi aku tak confident. Takut merosakkan kesemuanya nanti", jawab Ammar mendatar.
"Cuba kau bagitahu dulu plan kau tu. Manalah tahu kita boleh bincang dengan lebih detail untuk next strategy", cadang aku. Teringin juga nak tahu apa yang ada di fikiran Ammar ketika ini.
Ammar menarik nafas, kemudian dihembus perlahan sebelum dia mula membuka pembicaraan nya.
"Okay. Korang nampak kan yang sekarang ni hujan?", Tanya Ammar kepada kami semua kecuali Taufiq yang sedang elok diulit mimpi.
Semua mata beralih ke arah tingkap. Melihat hujan semakin lebat membasahi bumi.
"So?",
"Jadi, ini adalah peluang untuk kita cuba larikan diri dari sini",
"Ada tempat lain ke yang lebih selamat selain dekat sini? Macam mana kalau salah seorang dari kita terkorban sewaktu kita larikan diri?", Soal Erissa bertalu-talu.
"Tak salah kan kalau kita cuba? Lagipun, aku percaya yang mesti akan ada tempat yang lagi selamat selain dekat sini. Takkan lah kita asyik nak terperap saja dalam ni?", Alif menjawab soalan.
YOU ARE READING
School Disaster | Zombie
AkčníDunia dikejutkan dengan satu wabak penyakit zombi yang semakin lama semakin mengganas menyerang setiap negeri. Sehinggalah tiba di sebuah sekolah menengah yang pada awalnya dikatakan penyakit histeria dimana penyakit tersebut tidak dapat dirawat dal...